|
"Okeylah, macam ni . Kali ini aku minta maaf dan aku tak dapat pergi . Katakan aku ada hal mustahak yang hendak diuruskan. Ucapkan terima kasih Lynn pada dia kerana sudi mempelawa Lynn keluar," potong Lynn pantas sebelum sempat Wahidah menghabiskan kata-katanya itu. Lynn bingkas bangun dan melangkah keluar .
Azlin dan Wahidah terdiam . Mereka hairan dengan perubahan yang mendadak dari kawan mereka itu. Selalunya Lynn akan bertanya lebih lanjut lagi sekadar ingin tahu saja .
" Lynn, aku tengok kau sejak akhir -akhir ini lain macam saja . Kenapa?" tanya Wahidah sewaktu mereka keluar ke bandar. Sekadar melepaskan lelah belajar .
"Entahlah Idah," Lynn bersuara perlahan. "Aku sendiri tidak tahu . Hati ini terlalu inginkan secebis kedamaian . Namun kedamaian yang aku cari itu tidak pernah wujud sehingga hari ini . Aku sendiri tidak mengerti mengapa diri ini diuji sebegini rupa. Di rumah aku seperti tunggul mati saja . Segala apa yang aku lakukan seperti tidak kena di mata mereka. Aku derita di rumah sendiri. Aku hanya gembira apabila melangkah keluar dari rumah dan bersama kalian. Aku tahu , ramai di antara guru -guru dan pelajar -pelajar di sekolah kita yang mengatakan bahawa aku ini seorang yang periang , lincah dan bebas daripada sebarang masalah . Itu hanyalah penilaian mereka dari luar saja. Mereka sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan. Ah, aku sendiri tidak pandai untuk menunjukkan yang aku mempunyai masalah. Hanya Tuhan saja yang mengerti betapa sengsaranya hidup seperti ini . Aku terlalu sayangkan teman -temanku . Biarlah aku derita asalkan mereka bahagia .
bersambung………..
|
|