|
Ai Lynn Kusayang - Bahagian 3
Siti Rohani Mohd Abdah
"Bagi diri aku, kadang kala membahagiakan orang lain adalah lebih baik daripada diri sendiri," sambung Noor Ai Lynn lagi . Wahidah hanya membisu. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan .Dia sendiri terharu dengan penjelasan temannya itu.
"Lynn, aku tahu yang kau sayangkan mereka tetapi takkanlah sampai begitu sekali. Kau menjaga hati mereka sedangkan mereka sentiasa menyakiti hati kau .Kau……. kau terlalu mementingkan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri . Kau ……………… ah , susahlah bercakap dengan kau ni," kesal Wahidah.
"Ida , aku tidak mahu melihat mereka menderita seperti aku. Biarlah aku menanggung sendiri kerana aku telah terbiasa dengan situasi begitu. Aku telah masak asam garam hidup di dunia ini . Tak sanggup rasanya untuk aku melihat mereka derita. Waktu itu betapa kita merasakan yang kita hidup hanya untuk di duga saja. Sudahlah , lain kali aku cerita lagi. Jom , kita ke kedai tu .Boleh tengok- tengok baju yang cantik,"Lynn menarik lengan baju temannya itu. Mahu tak mahu , Wahidah terpaksa akur. Dia dapat melihat sendiri segala gerak geri Lynn.. Semakin tidak bermaya. Sinar matanya tidak lagi sesinar dulu.
Seolah-olah ia membayangkan satu kedukaan yang telah lama terpendam . Wajahnya semakin muram tetapi di bibirnya sentiasa mengukir senyuman manis seolah-olah dia bahagia. Segala-galanya dapat dibaca oleh Wahidah.
"Lynn, kalaulah aku berada di pihakmu tentu aku tidak setabah kau," bisik hati kecil Wahidah . petang itu mereka pulang agak lewat tetapi masing-masing berpuas hati dengan pilihan masing-masing.
"Lynn, pada cuti penggal nanti kelas kita akan mengadakan satu perkelahan . Apa pendapat kau?"
Kelihatan Azlin memberikan cadangan dan meminta pandangan selaku ketua kelas .
" Emmm…. Bagus tu."
"Selain dapat melapangkan fikiran kita, ia juga dapat merapatkan tali persaudaraan yang telah lama renggang ," sokong Wahidah . Dia mencuit bahu Lynn . Lynn membalasnya dengan jelingan yang tajam.
"Kita ada tak pelawa kelas yang lain? Bukan apa , saja ajak-ajak ayam. Dapat juga kita untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi." Giat Wahidah berceloteh. Lynn menjeling lagi.
"Ada tu memanglah ada tapi kenalah belanja sendiri.. Yang aku nak tahu ni, apa yang rapat dan apa yang renggang tu?" soal Ariff kehairanan.
|
|