![]() |
Keseluruhannya, majikan perlu membayar sejumlah RM3145.00 (Tiga Ribu Seratus Empat Puluh Lima Ringgit Sahaja) untuk mendapatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Bayaran sejumlah RM3145.00 adalah meliputi bayaran-bayaran berikut: RM1500.00
Caj Perkhidmatan yang dikenakan oleh Yayasan kepada majikan meliputi tambang
ke Malaysia, belanja pembantu rumah sebelum berangkat ke Malaysia, pemeriksaan
kesihatan pembantu rumah dan bayaran proses dokumentasi dengan pihak-pihak
yang berkaitan di Indonesia RM445.00
yang dibayar kepada Jabatan Imegresen. Klik disini
untuk melihat perincian pembayaran yang dibuat ke Jabatan Imegresen. (Lihat
Prosedur Pembayaran Ke-2)
Walaubagaimanapun, kami menyediakan satu skim menarik yang mana majikan boleh mendapat balik sejumlah RM2400.00
daripada sejumlah RM3145.00 yang dibayar. Wang tersebut AKAN DIPULANGKAN
kepada majikan melalui potongan gaji pembantu rumah seperti penerangan
berikut:
Satu kontrak selama 24 bulan akan ditandatangani di antara majikan dengan pembantu rumah. Dalam perjanjian
tesebut dinyatakan bahawa gaji pembantu rumah ditetapkan sebanyak RM400.00
sebulan.
Sepanjang 24 bulan pertama gaji pembantu rumah akan dipotong sebanyak RM100.00 setiap bulan (RM100/bulan
x 24 bulan = RM2400.00).
Ini bermakna majikan hanya perlu membayar gaji pembantu rumah sejumlah
RM300.00 setiap bulan untuk 24 bulan yang pertama. Masuk bulan yang ke-25
dan seterusnya, majikan mula membayar gaji penuh sebanyak RM400.00 setiap
bulan kepada pembantu rumah.
Ini bermakna jumlah sebenar yang majikan belanjakan untuk mendapat seorang pembantu rumah warga Indonesia
hanyalah sejumlah RM745.00
sahaja. (RM3145.00 - RM2400.00). Di samping itu, majikan dapat berjimat sebanyak RM2400.00
untuk gaji pembantu rumah sepanjang 24 bulan yang pertama.
Pembayaran kepada Yayasan boleh dibuat dengan wang tunai atau postal order. Bayaran kepada
Jabatan Imegresen boleh dibuat menggunakan bank draf di atas nama Ketua Pengarah Imegresen.
Deposit sebanyak RM1200.00 dibayar sebaik sahaja majikan bersetuju untuk
berurusan dengan Yayasan. Baki bayaran sebanyak RM1500.00 boleh dibayar
secara berperingkat (maksimum 2 kali bayaran). Bayaran terakhir hendaklah
diselesaikan sebelum pembantu rumah sampai ke Malaysia.
|
|Menu Utama|
|Ringkas Yayasan| |Prosedur Pengambilan| |Dokumen|
|Calon Pembantu Rumah|
|Perkhidmatan
Lain| |FAQ's| |Lihat Buku Pelawat| |Tandatangan
Buku Pelawat| |Email|