SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana sudi bertandang ke halaman Bujuk.

Tujuan halaman ini diadakan ialah untuk menampung kekurangan subjek memancing di Internet, terutamanya halaman yang berbahasa Malaysia. Ini hanyalah permulaan sahaja. Pada masa hadapan insyallah saya akan mengadakan halaman yang lebih dinamik, dimana saudara-saudara pemancing dapat menjadikan halaman ini sebagai tempat bertukar-tukar maklumat. Maklum balas dari saudara/saudari amat dihargai.

Buat masa ini Bujuk berkerja dengan sebuah syarikat petrokimia, anak syarikat Petronas. Masih didalam peringkat pembinaan. Kerja boleh lah tahan. Masa yang terluang untuk memancing dan surfing agak terbatas. Malah Bujuk terpaksa menahan niat memancing semenjak bulan Oktober tahun lepas kerana sekarang ini bertugas di negara orang.

Bujuk suka memancing dilaut, tak kira lah ditepi pantai atau di tengah laut. Untuk pengetahuan semua tempat kegemaran Bujuk ialah di Pasir Panjang, Segari, Perak. Setiap kali pulang ke Perak Bujuk jarang terlepas pergi kesana. Bujuk selalu balik kampung, lebih kurang dua kali sebulan. Jadi dua kali sebulan lah juga ke Pasir Panjang. Banyak pengalaman yang telah Bujuk perolehi yang manis ada yang pahit pun ada. Setakat ini rekod terbaik Bujuk ialah seekor pari seberat 8 kg.

Semenjak tinggal dinegeri orang ni timbul pula niat ingin mencuba Fly Fishing untuk laut bila pulang ketanah air nanti. Peralatan memancing di Jepun ni menarik. Tapi disebabkan pertukaran matawang asing yang telah bertambah, niat untuk memborong tu terpaksa dikawal.

Oklah lain kali Bujuk akan cuba berceloteh lagi dihalaman ini dengan cerita yang lebih menarik. Kepada sesiapa yang ingin meminta nasihat/ pertolongan, Bujuk sentiasa sedia membantu.


[ Links ] [ Kartun ]
[ Buku tetamu ] [ Siapa Bujuk ? ] [ MUKA 1 ]