Petua 1:Menghalang tikus
Tikus adalah satu
binatang perosak yang boleh membawa penyakit. Jadi untuk
menghalangkan dari memasuki rumah kita ialah dengan
menggunakan daun durian belanda yang diletakkan ditepi-tepi
atau diatas bendung rumah. Tikus akan lari dan tidak
datang lagi ke rumah anda. Sekian.
Petua
2:Membersihkan permaidani
Selain menggunakan penyedut
hampagas, anda boleh membersihkan permaidani anda dengan cara
menyapu terlebih dahulu habuk yang ada dengan menggunakan
penyapu lidi. selepas itu basahkan kain dan lapkan pada
permaidani anda. Lakukan beberapa kali sehingga puas hati dan
dijemur. Sekian
Petua 3:Menyimpan baki cat
a) Tutup tin cat
ketat-ketat. b) Terbalikkan tin itu semasa menyimpannya.
c) Apabila hendak digunakan semula, guling-gulingkan tin
itu dan tonggang terbalikkan beberapa kali. Buka tutupnya dan
kacau rata sebelum digunakan.
Petua 4:Hilang kesan
dakwat
Sekiranya masih basah, anda boleh curahkan air pada
kawasan yang terkena dakwat itu bagi mengurangkan kesannya.
Ataupun anda boleh bancuh sedikit susu dengan sedikit air,
biar pekat dan celup atau remdam pakaian tadi selama 20 -
25 minit sebelum di basuh
Petua 5:Air nasi tambah berat badan
Caranya
ialah apabila anda menanak nasi, cedoklah air didihan sebanyak
segelas. Biarkan sejuk dan minumlah pada waktu pagi dan
petang. Bagi menambah perisanya, bolehlah dimasukan sedikit
gula.
Petua 6: Baju terkena darah
Untuk
menghilangkannya, bancuh satu sudu besar garam ke dalam satu
mangkuk air sejuk, Remdan atau celupkan bahagian yang terkena
darah itu seketika hingga kesannya hilang. Kemudian basuh dan
bilas seperti biasa. Sekiranya kesan itu seharian, rendamkan
semalaman dan keesokannya baru dibasuh.
Petua 7: Hilangkan jerawat
Tumbuk cekur sehingga
lumut, kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Sapukan ke muka
sebelum masuk tidur. Amalkan selalu, Insya-Allah jerawat akan
berkurangan dan wajah kembali berseri.
Petua 8:
Haluskan kulit
Seandainya kulit muka anda kelihatan kasar
dan ada titik-titik hitam, ambil air perahan mentimum yang
diparut, Gunakannya untuk mencuci muka pada waktu siang, Untuk
lebih berkesan, tampalkan hampas parutan mentimum pada muka.
lakukan setiap hari sehingga kulit menjadi halus dan licin.
Petua 9: Putihkan gigi
Ambil beberapa biji asam
jawa, basuh sehingga bersih dan goreng tanpa minyak dingga
garing. Kemudian tumbuk hingga lumat dan ambillah serbuknya
lalu digosakkan pada gigi sama ada menggunakan jari atau berus
gigi.
Petua 10: Lebatkan kening
Ambil lendir pucuk
paku yang baru dipetik dan sapukan kedua belah kening.Lakukan
beberapa kali sehingga terlihat perubahannya.
Petua
11: Langsingkan badan
Petua pertama:- Ambil beberapa batang kayu manis dan
rebus. Biarkan ia mendidih dan berwarna kehitaman. Biarkan
sejuk dan campurkan ke dalam baldi air mandian dan mandilah
dengannya tiga kali seminggu.
Petua kedua:-
Campurkan perahan limau nipis dengan perahan asam jawa, biar
sederhana pekat. Minumlah tiga minggu sekali pada awal pagi.
Dan, kawallah permakanan.
Petua
12: Cara memilih daging. limpa dan hati
Pastikan daging yang dibeli berwarna merah, segar, tidak
berlemak dan berurat. Limpa atau hati yang tidak lebam dan
hancur.Limpa yang baru berasa anjal, tidak berlubang-lubang
dan arinya nipis.
Petua
13: Memilih ayam
Jangan memilih ayam yang terlalu besar kerana ianya mungkin
ayam tua dan dagingnya liat serta banyak lemak.
Petua
14: Telur yang baik
Ciri-cirinya:- Tidak bergoncang, tampak segar dan tidak retak.
kulitnya agak kesat dan tidak berkilat dan jika ditayangkan
pada cahaya matahari, ia kelihatan cerah. Anda juga boleh
mengujinya dengan memasukkan telur ini ke dalam air garam, dan
jika ianya terbaringdi dasar air, ia menunjukkan telur itu
segar. Jika telur itu menegak menunjukkan telur itu di masuki
air dan jika ia terapung menunjukkan ia banyak dimasuki air.
Petua
15: Melunatkkan suara
Ambil halia daripada pokoknya dan bersihkan. Kemudian parut
dan ambil air perahannya. minum dan amalkan selalu.
Insya-Allah suara akan merdu dan lunak.
Petua
16: Hilangkan parut
Caranya ialah dengan mengambil kulit pisang masak dan lenyek
pada tempat yang berparut itu. Selepas beberapa ketika,
cucilah dengan air biasa. Insya- Allah.
Petua
17: Sembuhkan jerawat
Petuanya cuba gunakan air cucian beras pula. caranya, air
cucian beras kali ketiga janganlah dibuang. Asingkan dan
sapukan pada muka yang berjerawat. Biarkan ia kering, barulah
dicuci bersih dengan air biasa.
Petua
18: Segarkan mata
Tipnya ialah ambil dua helai daun sirih yang berwarna
kekuningan. ramaskan ia di dalam sebesen air hingga hancur.
Kemudian tapis dan asingkan hampas sirih dari airnya. Tekupkan
muka ke dalam besen dan pejam celikkan mata beberapa kali.
Memang mulanya, mata akan berasa pedih tapiselepas beberapa
ketika ia akan hilang. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan
kotoran di dalam mata dan mengembalikan kesegaran mata.
Petua
19: Memutihkan muka
Caranya, mudah. Bancuh susu tepung sederhana pekat dan sapukan
pada sebelah pagi dan petang. Biarkan lebih kurang 15 minit
barulah dicuci hingga bersih. Amalkan selalu. Insya-Allah.
Petua
20: Memilih ikan segar
Caranya, pilih ikan yang insangnya masih merah, Tekan isi ikan
sedikit dan jika tidak meninggalkan tanda atau kesan pada
tempat yang ditekan, ianya segar. Akhirnya perhatikan mata
ikan. Mata ikan yang jernih menandakan ikan itu masih segar.
Jika ikan sudah lama disimpan dalam air batu, matanya berwarna
merah-kemerahan. Ikan ini masih elok tapi manisnya kurang.
Atas |