(Nak tahu jom kiter lihat yerk)
KHASIAT TOMATO
Fungsi
dulu: Ia digunakan sebagai topeng kepada muka.Ia menegangkan kulit muka
selain membekalkan vitamin c pada wajah.
Caranya Pula:
Ambil 1 biji tomata.Kisar dan
lekatkan tomato kisar tadi pada wajah selama setengah jam.Mengamalkan makan
tomato juga bagus untuk kecantikan kulit.
Waktu yang sesuai untuk memakainya:
Malam hari
sebelum masuk tidor. Boleh diamalkan seminggu sekali
KHASIAT TIMUN,MADU,DAN TELUR
Fungsi timun:
Boleh makan begitu sahaja,dibuat ulam.sedapp....Timun ini
merupakan bahan semulajadi yang sejuk dan boleh menghilangkan kesan kemerahan
pada kulit
Fungi Madu: Melancarkan pengaliran darah,untuk tenaga dalam badan
Fungsi Telur: Menghilangkan kedutan di wajah selain menegangkan
kulit.Ketiga-tiga bahan ini berfungsi sebagai topeng muka.
Cara 1: potong timun separuh,kisarr sampai halus. campurkan dengan
sebiji telur dan sesudu madu.Sapukan pada bahagian wajah kecuali bahagian
mata dan bibir. Biarkan sehingga wajah menegang.
Waktu sesuai pakai:Sebulan sekali
Cara 2: Potong timun separuh, kisar sampai halus. Campurkan dengan
sebiji telur putih dan kuning.Sapukan pada kulit muka,sebaik bahan-bahan itu
kering bilas dengan air bersih.
Waktu sesuai pakai:Setiap hari sama ada pagi,petang ,atau
malam.
KHASIAT SANTAN DAN ASAM JAWA
Fungsi santan:Melebat dan menghitangkan rambut agar sihat berseri.
Fungsi Asam Jawa:Menyejukkan kulit kepala sekali gus menguatkan akar
rambut daripada mengalami keguguran.
Caranya:
Campurkan semangkuk kecil santan dan sesudu makan asam
jawa.Lumurkan pada kepala.Selepas setengah jam basuh rambut dengan sympu dan
perapi.
Waktu sesuai pakai: Sama ada pagi,tengah hari,atau petang semasa
mandi.Boleh amalkan seminggu sekali.
|