GAMBAR KENANGAN BERSAMA
MASA/LEPAS ANGKAT NIKAH

Ni gambar masa lepas aku akad nikah. Ada orang kata acara batal air sembahyang. Ni pertama kali aku sentuh dan pegang tangan dia.hehehe. Terketar-ketar gak aku masa tu.hehehe. Masa tu kami berdua macam robot jer, tak tau nak pikiaq apa-apa masa tu. Hanya ikut arahan saja apa yang depa suruh. Malu tu biasa la.hehehe. Kami ni jenis lebih kurang jer malu sikit.

Ni antara hantaran dari pihak perempuan masa hari akad nikah. Bagi pihak lelaki tak sempat ambik gambar dan tak la banyak macam ni.hehehe.

Gambar ni diambik lepas acara diatas tu. Ehh aku dalam gambar ni tak sempat sedia..Isteri aku sempat gak, tu yang nampak dia ok. Masa tu aku nak perbetul sampin aku yang macam nak terlondeh tu depa terus ambik gambar. Dah la masa tu peluh membasahi badan aku sebab keadaan panas gak kat dalam bilik tu dah la depa lindung kipas angin dari kena aku.hehe. Ni la pertama kali aku bergambar ngan dia. Malu tu ada la juga sebab tak biasa bergambar berdua macam tu.

Ni gambar kami bersama ngan sebahagian dari keluarga aku. Sebelah aku tu abang aku yang nombor 2. Saiz dia nampak macam adik aku jer. Sebelah isteri aku tu mak aku, macam aku la juga berisi.hehe dan sebelah dia isteri abang aku yang dok sebelah aku tu. Ha yang kat bawah depan abang aku tu adik aku Hafizah. Dia pun masa tu tunggu hari nak nikah. Yang depan aku tu adik aku nombor 2 Hana masa tu dok tunggu masuk Politeknik. Yang sebelah dia tu Atikah anak abang aku yang sulung baru darjah satu tapi saiz nak sama ngan isteri aku. Yang pakai cekak rambut tu Aufa anak abang aku yang ada sekali tu. Yang senyum tu adik aku yang bongsu Asyiken masa ni dia tingkatan 4 Sekolah Agama Sungai Petani kat Bedong.

Lepas Akad Nikah || Masa Kenduri Kawin ||

|| Seterusnya...|| Menu Foto Kenangan ||

m_a2121@hotmail.com

srvg_baby@hotmail.com

Sila klik gambar disebelah untuk mengisi atau melihat  Buku Pelawat.

 

Laman Web Bersama Azizi & Suhana © Hakcipta Terpelihara 2002

Laman ini mula di bina pada 23hb. Ogos, 2002 dan tarikh akhir dikemaskini pada

 28/09/1423 01:34:19 م