
Kata-kata yg baik... juga insya-Allah membentuk peribadi yang baik.
Semoga makanan dan minuman yg disediakan oleh isteri-isteri solehah
dapat disediakan bersulaman dengan zikir dan selawat serta kasih
sayang yang penuh dengan keikhlasan. ----- Now I
know why most ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air
& dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita
minum...
=================================================================
Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib
dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air
penawar blh menyembuhkan penyakit, baca
dan hayatilah petikan dibawah: Pada
10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud
untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat
Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air,
dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa
dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar
mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru
ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri
daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah
dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya
seorang Profesor yg pakar tentang air
dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya
mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan
dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel
air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah
berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan
telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa
yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang
lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama,
sekarang saya nak tunjukkan sampel air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk
molekul air yang tersusun cantik berupa
seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar
dan sinarannya mengeluarkan warna-warna
yang menarik melebihi 12 warna seperti gambar ini.

MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah
di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM
mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah
sampel air zam-zam". Profesor berkenaan
memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia
didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata
"Saya tak tahu samada betul atau tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam." Kemudian Professor mengatakan
bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa
bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang
dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk
molikul-molikul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral
masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun
untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air
membentuk seolah-olah seperti tokong
cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca
dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi
maka nampaklah rupa molikul air
seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah.
Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang
ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin
molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah.....
daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini
adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika
hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula,
jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna
dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat
yang mulia kepadanya".
Sepertimana firman Allah S.W.T :

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran
Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan
orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua."
(Surah Al-Israa' ayat 82)
Wassalam.
|