Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan
16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan
kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran
interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak
yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah
aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan
saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain
untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut
perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum
berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak
langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan
g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai
perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut
satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang
berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk
di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan
g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan
lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan
baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di
kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa
perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti
meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.