"Barangsiapa
yang mendirikan Ramadan/berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh
keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan segala dosanya yg telah lalu"
- AlHadith.
Sejarah
Ramadan
Ramadan:
ertinya panas terik
Bulan di turunkan Al Quran dan
disebut (syahru ramadhana)
Berlakunya Perang Badar Al-Kubra
dan Islam mendapat kemenangan.
Bulan dimana nabi mengambil
balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya
penyembahan berhala.
Di dalamnya terdapat malam al-Qadar
yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
Di pilih sebagai kewajipan
ibadat puasa.
Di pilih untuk ibadat-ibadat
lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)
Kelebihan
Bulan Ramadhan
Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi
yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
Bulan penuh keberatan
Di dalamnya terdapat satu malam
al-Qadar
Ganjaran solat sunat sama dengan
solat fardhu
Manakala solat fardhu diberi 70
kali ganda ganjarannya
Bulan sabar dan pahalanya adalah
syurga
Bulan menambah rezeki
Menambahkan pahala dalam buku
catatan amal
Bulan
keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa,
- juga doa pada sepertiga malam.
10
hari pertama adalah rahmat,
10 hari pertengahan -
pengampunan daripada Allah
10 hari terakhir -
kemerdekaan dari api neraka.
Amalan-amalan
yg digalakkan di bulan Ramadhan
Mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
Menempah
pakaian untuk Ramadhan
Niat
puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
Hendak
tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun
malam
Berazam
melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
Bertadarus
Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
Solat
berjemaah setiap waktu
Solat
jemaah di masjid/surau
Amalkan
Qiyamulail walaupun pendek
Sahur
diwaktu akhir
Sahur
- untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
Berbuka
dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
Berbuka
bersama org tua
Jemput
tetamu berbuka
Kurangkan
berat badan - diet
Banyakkan
i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
Baiki
hubungan suami isteri & keluarga
Baiki
hubungan jiran
Isteri
jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
Elakkan
belanja berlebihan
Kuatkan
kesabaran
Banyakkan
selawat,istighfar,bertasbih
Berazam
beramal (pada malam Lailatul Qadar)
Mengejut
anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
Elakkan
menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
Elakkan
mendengar radio berunsur hiburan
Berdoa
dengan nada lembut dan merayu
Jauhkan
bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
Mendoakan
ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
Melazimkan
solat pada awal waktu
Sebelum
berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
Elakkan
banyak berhutang
Merasa
pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
Tunaikan
zakat fitrah
Cara
Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
Kepada
Orang Tua yang lemah
Kerjakan
solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
ini
sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
Orang
yang tidak sanggup solat malam yang panjang
Baca
ayat akhir surah Al Baqarah
Baca
ayat Kursi
Baca
surah Yaasin
Baca
surah Al Zalazah
Baca
surah Al Qafirun
Baca
surah Al Ikhlas
Bagi
orang yang kuat dan cergas
Bangunkan
isteri dan anak
Bersihkan
badan / mandi
Solat
malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca
Al-Quran
NUZUL
Al QURAN ( 17 Ramadhan )
Tarikh
turunnya Al Quran
Beramallah
di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik
Cara
Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali
disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran
dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah
mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah
dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir
Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas
solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan
bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah
anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2
mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka.
Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah
meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd
kita.
Takbir Di Malam Raya
Banyakkan
bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan
melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.
Kesimpulannya Bulan
Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan
penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa
seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn
amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi
insan yg soleh/solehah.
*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran, maklumlah waktu
lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah.