Beliau merupakan isteri kepada Firaun yang dilaknat Allah.
Tetapi lihat dan contohilah Siti Asiah di dalam tindakannya
berdepan dengan Firaun.
Walaupun
Siti Asiah bersuamikan Firaun yang mengaku dirinya tuhan, tetap
melayaninya dengan baik dengan harapan Firaun akan berubah dan
mengikuti Nabi Musa serta menyembah Allah yang esa. Tetapi
rupa-rupanya kebenaran itu tidak menyebelahi suaminya. Dia tetap
berdegil, namun Siti Asiah tetap bersabar dan tidak berputus asa
serta menerima hal itu sebagi ujian dari Allah untuknya. Bahkan
beliau sentiasa berdoa agar Allah selamatkan dirinya setiap kali
Firaun memintanya untuk tidur bersamanya. Allah gantikan dengan
syaitan betina yang menyerupai Siti Asiah setiap kali Firaun
hendak tidur dengannya.
Dialah
wanita yang Allah sucikan daripada suaminya. Dan diatas
mujahadahnya melayani suaminya, Firaun yang derhaka itu
Rasulallah s.a.w telah bersabda memuji kesabaran dan mengambil
iktibar akan halnya di dalam sabda baginda :
"Dan barangsiapa yang sabar atas budi pekerti suaminya yang
buruk, maka Allah akan memberikan pahala sama dengan pahala
Siti Asiah, isteri Firaun."
Barangkali ada di antara kita yang dikurniakan dengan suami
yang derhaka dan tidak taat kepada perintah-perintah Allah.
Janganlah berputus asa mendapatkan suami yang sedemikian
kerana kita masih beruntung, sejahat-jahat suami kita pun,
tidak sampai mengaku dirinya tuhan sebagaimana Firaun.