

Kalau di fikir-fikir memang ada kebenarannya, Cuba
abis kita lihat sendiri segala tulisannya semua bukan dalam bahasa
melayu, Entah halal atau tidak, cuba-cuba bertanya kepada sahabat kita
yang mahir dalam tulisan tersebut, tapi apa yang baik tinggalkan
segala keraguan.
Sebagaimana sabda Nabi:-
"Diriwayatkan daripada Nukman
bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara
halal itu jelas
dan perkara haram itu pun jelas.
Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara
syubhat yang
tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari
perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan
kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti
dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang
menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar
binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya
setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah!
Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang
diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada
segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan
jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak
bukan itulah yang dikatakan hati *

Adakah kita masih membeli Kuaci ini lagi???
Mengapa kerajaan tidak mengharamkan terus kuaci ini???
|