Forum
Forum Guru
Forum Pelajar
Forum STPM
Forum SPM
Forum PMR
Status Pelawat
Sila nyatakan status anda.
Pelajar
Pendidik
Lain-lain


Lihat keputusan
Mesin Pencari
CARI
Catcha
Malasyia Directory
Search Malaysia
Kemaskini
16 Oktober 2001
Baner
Falsafah Pendidikan Negara
        "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan dan Perananya
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
        Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Negara ini adalah digubalkan daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan - sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan.

Peranan Falsafah Pendidikan Negara
1. sebagai suluh yang memberi panduan dan tuju arah kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;
2. menjadi dasar dan pertimbangkan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara;
3. sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara;
4. sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan;
5. sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
6. sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan ; dan
7. menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Tandatangan Buku Pelawat Baca Buku Pelawat
Pengenalan
Rukunegara
Falsafah
Tatasusila
Cuti Persekolahan
Tapak Web
Universiti
Maktab
Sekolah
Pendidikan
Berita
Peperiksaan
HTML
B. Inggeris
Matematik
Sains
Menarik
Direktori Guru
Uji Kepintaran
Humur
Berkenalan
Keratan Akbar
Webmaster
Apa khabar ?
Anugerah
Pengumuman
E-mel