Navigation Bar

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Back to top



Rupa perisai membawa pengertian bahawa ilmu yang diperolehi akan berkeupayaan menangkis segala keburukan yang cuba menggugat keharmonian hidup.Pembahagian tiga ruang utama amat perlu diberi penekanan dalam proses pembangunan insan iaitu jasmani, rohani dan aqli.
Lambang sains dan teknologi serta garisan orbit menggambarkan betapa penekanan kepada sains dan teknologi tidak diabaikan selaras dengan matlamat pembangunan negara yang menuju era negara maju.Lambang sukan memperlihatkan bahawa bidang ini tidak diabaikan serta usaha sekolah untuk melahirkan warga yang sihat, cergas dan bersatu padu.Warna putih membawa maksud suci dan bersih yang pasti menjadi pakaian setiap warga sekolah ke arah mencapai keluhuran cita-cita.Warna biru melambangkan keharmonian dan ketenteraman jiwa adalah kualiti yang mesti ada dalam setip warga negara sekolah ini.Obor dan buku bermakna ilmu yang diperolehi daripada sumber sumber yang betul dan sahih sudah pasti menjadi cahaya yang bakal menerangi kehidupan.Tangkai padi bermakna setiap usaha yang baik adalah ibarat benih yang pasti akan membuah hasil yang berganda -ganda.Kepala helang ditonjolkan sebagai identiti bersama dengan Daerah Langkawi yang berusaha ke arah keunggulan.Jaluran putih menjulang ke atas bermakna segala kegiatan insan mestilah dimulai dengan penentuan cita-cita yang tinggi , suci dan disertai dengan perancangan yang teliti akan membuahkan kejayaan.Warna merah melambangkan kegigihan dan keberanian untuk menghadapi cabaran.