Navigation Bar

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Back to top

  Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
.
Falsafah Sekolah
Pendidikan di Sekolah Menengah Mahsuri ialah suatu proses bersepadu ke arah melahirkan insan cemerlang yang mencakupi perkembangan intelek, pemupukan nilai-nilai kerohanian, memandu arah emosi dan kekuatan jasmani menerusi aktiviti yang terancang agar dapat menggarap semula permasalahan
.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.