Apa khabar?
Kami ucapkan Selamat Datang ke Laman Guru dan Pelajar Sekolah
Menengah Teknik Kajang ! Laman SMTEKNIK ini dibina untuk semua guru
dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Kajang khasnya dan juga seluroh
guru dan para pelajar Malaysia amnya. Persatuan Ibu Bapa Guru-guru
juga memberi sumbangan melalui Bulletin yang dinamakan INFOTEK. Anda
akan dapat mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi melalui
maklumat di laman ini.
Untuk memberi menafaat kepada semua pelayar web yang mengunjungi
laman ini, kami menyediakan pelbagai maklumat melalui link ke laman
laman web pendidikan yang lain. Anda juga dapat mencari laman web
sekolah, maktab dan universiti di Malaysia serta mendapat berita
pendidikan melalui keratan akhbar tempatan.
Pelawat pelawat boleh membincang isu-isu semasa serta
masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran dalam ruangan Forum guru
dan pelajar. Kami juga mengalu alukan sebarang sumbangan berbentuk
penulisan, karya, nasihat ataupun kata kata hikmat dari semua
pelawat untuk dimuatkan didalam Buletin PIBG kami.