Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu

 

Copyright ©Ahmad Arafat

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  K   L  M  N  O  P  Q  R  S  T  U  V  W  X  Y  Z               LAMAN UTAMA

 

 

Huruf O

 

 

Ogos
1 nama bulan yang kelapan dalam tahun Masihi


August



Oktober
1 nama bulan yang kesepuluh dalam tahun Masihi


October



Olimpik
1 nama sukan antarabangsa sedunia yang diadakan empat tahun sekali


Olympic

 

 

oak
1 nama sejenis pokok berkayu keras yang malar hijau di kawasan sederhana


oak



oasis
1 kawasan yang subur dan berair di gurun panas; wahah


oasis



oat
1 nama sejenis bijirin di kawasan sederhana


oat



objek
1 perkara yang diperkatakan, dilukis dsb; hal; tajuk
2 tujuan sesuatu tindakan; sasaran; matlamat
3 pencerita dalam ayat aktif; penyambut


object



objektif
1 perihal pembicaraan yang melibat perkara pokok dan meninggalkan pendapat, perasaan dsb
2 tujuan sesuatu kegiatan, tindakan dll; matlamat; sasaran


objective



obo
1 sejenis alat muzik yang dibuat daripada kayu dan ditiup untuk membunyikannya


oboe



obor
1 sesuatu yang dibakar untuk menerangi; suluh; jamung


torch



obor Olimpik


1 obor yang dinyalakan ketika sukan Olimpik dijalankan


Olympic torch



obstetrik
1 cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan kelahiran


obstetrics



odometer
1 alat untuk mengukur jarak perjalanan kereta beroda


odometer



ofset
1 jarak terdekat antara satu titik dengan suatu garis lurus


offset



ogah
1 sejenis paip tembakau yang asapnya dihisap melalui air
2 menggoyang-goyang agar mudah dicabut; menggoncang


hookah
to shake loose



oh
1 kata seru untuk menyatakan rasa terperanjat


oh!



ohm
1 unit untuk mengukur rintangan elektrik


ohm



oksida
1 sebatian oksigen dengan unsur lain; CTH kalsium oksida


oxide



oksigen
1 sejenis gas yang tidak mempunyai warna, rasa atau bau yang diperlukan oleh hidupan


oxygen



oktagon
1 rajah yang mempunyai lapan sempadan dan lapan sudut


octagon



oktana
1 bahan kimia yang terdapat dalam petroleum dan yang menentukan mutu petroleum itu


octane



olah
1 tipu daya; muslihat; akal
2 perbuatan yang aneh-aneh; senda gurau; canda
3 cara membuat sesuatu; kaedah


trick; deception
unusual behaviour
manner of doing something; method



olahraga
1 kegiatan gerak badan; sukan


athletics



olahragawan


1 ahli sukan lelaki


male athlete; sportsman



olahragawati


1 ahli sukan wanita


female athlete; sportswoman



olak
1 gerakan berpusing; kisaran; putaran; pusaran
2 ombak kecil


whirl; eddy
small waves



olak - alik


1 pergi dan balik, bagi perjalanan; ulang-alik
2 tidak tetap, bagi pendirian, fikiran dsb; bolak-balik


to and fro
unsure; for stand; thought etc



olakan


1 gerakan berpusing; kisaran; putaran; pusaran
2 ombak kecil


whirl; eddy
small waves



olang-aling
1 berayun ke kiri ke kanan, bagi perahu dll; beroleng


to rock, for boat etc



oleander
1 nama sejenis pokok kawasan Mediterranean dan bunganya


oleander(tree)



oleh
1 kata yang menunjukkan pembuat suatu perbuatan
2 kerana; akibat
3 dengan
4 pada; kepada; bagi


by
because of
with
to



oleh - oleh


1 barang yang dibawa sebagai hadiah; buah tangan


gift; present



oleng
1 berayun ke kiri ke kanan, bagi perahu dll; olang-aling


to rock



olengan


1 ayunan ke kiri ke kanan, bagi perahu dll


rockings



oligarki
1 pemerintahan yang dikuasai oleh sekumpulan kecil orang


oligarchy



oligopoli
1 keadaan pasaran yang dikuasai oleh beberapa pengeluar sahaja, yang terhad persaingannya


oligopoly



olimpiad
1 sela masa empat tahun antara sukan-sukan Olimpik


olipiad



olok - olok
1 perbuatan, percakapan dsb yang tidak sungguh-sungguh; gurau senda; jenaka


jest; joke



ombak
1 permukaan air yang turun naik kerana tiupan angin; gelombang


wave



omboh
1 alat seperti silinder yang bergerak turun naik dalam suatu silinder; pelantak


piston



omel
1 marah sambil berkata-kata dengan panjang lebar; berleter; bersungut; merungut


to grumble



omelan


1 kata-kata yang diucapkan ketika mengomel atau mengomeli; leteran; sungutan; rungutan


grumble



omnivor
1 haiwan yang memakan daging dan tumbuh-tumbuhan; haiwan yang makan serba-serbi


omnivorous



omong
1 bicara; percakapan; bahasa; perkataan


chat



omongan


1 apa yang dibualkan; buah mulut; bualan; pembicaraan


chat; gossip



onak
1 sejenis tumbuhan menjalar yang berduri
2 duri yang bengkok hujungnya


buckthorn
curved-end thorn



onani
1 perbuatan mengeluarkan mani dengan tangan


masturbation



onde - onde


1 sejenis kuih bulat yang berinti; buah melaka


a type of Malay cookie



ondoh
1 dengan berasak-asak kerana ramai; berhimpit-himpit; bersesak-sesak


profusely



oneng - oneng


1 turunan yang kelima; anak kepada piut


great-great-great-grandchild



onggok
1 timbunan; longgok


heap



onggokan
1 timbunan; longgok


heap



ongkos
1 wang yang akan dibelanjakan untuk sesuatu; belanja; biaya


cost; expense



opah
1 nenek perempuan


grandmother



opas
1 orang suruhan di pejabat; pelayan pejabat; peon


office boy; peon



opera
1 pertunjukan pentas yang disertai muzik dan nyanyian


opera



operasi
1 gerakan tentera, polis dsb untuk memburu musuh atau mengawal keselamatan
2 tindakan beramai-ramai oleh orang awam untuk sesuatu tujuan


operation



operator
1 orang yang kerjanya mengendalikan alat, mesin dll


operator



operator telefon


1 orang yang kerjanya mengendalikan telefon di pejabat


telephone operator



opor
1 sejenis masakan ayam atau itik yang dipanggang dengan rempah


a type of chicken or duck dish



oportunis
1 orang yang pandai menggunakan kesempatan
2 orang yang mengutamakan diri sendiri dengan tidak mengira buruk baik tindakannya


opportunist



opsyen
1 pilihan; alternatif


option



optik
1 yang berkaitan dengan mata atau penglihatan; CTH alat optik, ilmu optik


optics



optimis
1 orang yang selalu melihat sesuatu dengan harapan baik
2 sifat selalu melihat sesuatu dengan harapan baik


optimist
optimistic



optimisme


1 pandangan hidup yang menumpukan perhatian kepada sudut kebaikannya; pandangan hidup yang melihat masa depan sebagai cerah


optimism



optimum
1 keadaan yang paling menguntungkan dari segi nilai, kadar dsb


optimum



orak
1 membuka ikatan; menguraikan
2 mencari angka pengisi sesuatu angka; menguraikan


to untie, to undo
to solve



orakan


1 kaedah mencari angka pengisi sesuatu angka


solution



orang
1 makhluk berakal; manusia, insan
2 manusia dari
3 suku; kaum; bangsa
4 ganti diri ketiga secara umum
5 penjodoh bilangan bagi manusia


man
a person from
tribe; race
one; someone
numeral coefficient for man or woman



orang asing


1 orang dari negara atau negeri lain; orang luar


stranger; foreigner



orang asli


1 penduduk asal sesebuah negeri; anak jati


native; aborigine



orang atasan


1 orang yang berpangkat tinggi; orang besar


one of high status



orang awam


1 orang ramai, orang biasa
2 bukan anggota tentera; orang preman


common man
civilian







orang bawahan


1 orang yang berpangkat rendah atau tidak berpangkat


one of low status; subordinate



orang dagang


1 orang asing
2 orang yang berniaga; saudagar


a foreigner
a trader



orang darat


1 orang asli


aborigine



orang gaji


1 orang yang bekerja di rumah orang; pembantu rumah; amah


domestic help; servant



orang gasar


1 orang yang kasar lagi ganas; orang yang tidak bertamadun


barbarian



orang halus


1 makhluk yang ghaib; orang bunian; jin; roh


spirit; genie



orang kanan


1 pembantu yang utama; orang harapan


right-hand man



orang kenamaan


1 orang yang masyhur; orang besar


distinguished person



orang lama


1 orang yang banyak pengalaman


man of experience



orang muda


1 orang yang muda; pemuda; pemudi


young man; young lady



orang orang


1 sesuatu yang dibuat menyerupai manusia; patung; boneka;(orang-orang)


scarecrow; puppet



orang orangan


1 sesuatu yang dibuat menyerupai manusia; patung; boneka; (orang-orangan)


scarecrow; puppet



orang ramai


1 orang biasa, orang awam; umum


common man; public



orang rumah


1 orang yang tinggal serumah
2 isteri


housemate
wife



orang sebelah


1 jiran; tetangga


neighbour



orang tengah


1 orang yang menjadi pendamai dalam persengketaan
2 orang yang menjadi perantara antara pengeluar dengan pengguna


middleman, mediator
middleman



orang tua


1 orang yang sudah tua
2 ibu bapa


old man
parents



orang upahan


1 orang yang diupah untuk melakukan sesuatu yang tidak baik bagi seseorang


hitman



orbit
1 jalan yang diikuti oleh planet mengelilingi bintang; jalan yang diikuti satelit mengelilingi planet


orbit



ordinat
1 garis tegak yang bersudut tepat dengan garis lintang dalam graf


ordinate



oren
1 buah limau yang kulitnya kuning kemerah-merahan atau jingga
2 air perahan buah oren
3 warna kuning kemerah-merahan; jingga


orange
orange juice



organ
1 bahagian tubuh manusia atau binatang yang mempunyai tugas khusus; bahagian tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas khusus
2 sejenis alat muzik yang seakan-akan piano


organ



organik
1 yang berkaitan atau mengandungi dengan unsur karbon; CTH baja organik, kimia organik


organic



organisasi
1 badan yang susunan bahagian-bahagiannya bersistem; pertubuhan; perbadanan; lembaga; yayasan


organization



organisma
1 benda-benda hidup yang menjalankan fungsi kehidupan


organism



orientalis
1 orang Barat yang mempelajari bahasa dan kebudayaan Timur


orientalist



orientasi
1 perbuatan untuk memperkenalkan seseorang dengan sesuatu yang baru; suai kenal


orientation



orkes
1 pasukan pancaragam yang kecil bilangan pemuziknya


musical group



orkestra
1 pasukan pancaragam yang ramai pemuziknya yang dipimpin oleh seorang konduktor


orchestra



orkid
1 nama sekumpulan pokok dan bunganya, yang bunganya cantik dan menarik; anggerik


orchid



ortodoks
1 kepercayaan, sistem atau kaedah yang diterima umum


orthodox



oskar
1 hadiah sesuatu pertandingan yang berupa arca atau ukiran


oscar



osmosis
1 proses resapan larutan melalui pepejal tipis seperti akar pokok


osmosis



otak
1 benda lembut dalam kepala yang menjadi pusat saraf; benak
2 daya berfikir; fikiran; akal


brain
mind; intelligence



otak ayam


1 bodoh


stupid



otak udang


1 bodoh


stupid



otak- otak


1 sejenis makanan atau lauk ikan berempah yang dipanggang atau dikukus


a fish dish



otot
1 tisu kenyal dalam tubuh manusia dan haiwan yang menghasilkan pergerakan organ


muscle



ovari
1 organ pembiakan pada haiwan betina dan manusia perempuan yang mengeluarkan ovum
2 organ pembiakan pada tumbuh-tumbuhan mengandungi ovul


ovary



overdraf
1 kemudahan menggunakan wang daripada bank melebihi jumlah wang simpanan


overdraft



overtur
1 sebuah muzik pendek yang dimainkan oleh orkestra sebagai pendahuluan kepada opera atau lakonan


overture



ovul
1 benih yang akan menjadi biji setelah persenyawaan


ovule



ovum
1 gamet betina pada haiwan atau manusia


ovum



ozon
1 sejenis oksigen yang mempunyai molekul tiga atom yang biasanya terdapat di lapisan atas atmosfera


ozone