Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu

 

Copyright ©Ahmad Arafat

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  K   L  M  N  O  P  Q  R  S  T  U  V  W  X  Y  Z               LAMAN UTAMA

 

 

Huruf W

 

 

 

Weda
1 nama kitab suci agama Hindu


Veda

 

 

wabak
1 kejadian penyakit berjangkit yang merebak dengan cepat; hawar


epidemic



wacana
1 satu kumpulan ayat yang mempunyai kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita


utterance; discourse



wad
1 bilik di hospital di mana pesakit yang memerlukan rawatan yang hampir ditempatkan


a ward



wadah
1 bekas untuk mengisi sesuatu


bowl; receptacle



wadi
1 sungai di
padang pasir yang mengandungi air ketika hujan lebat tetapi kering pada waktu lain


wadi



waduk
1 perut besar di mana makanan dicerna


stomach



waduk air

  • waduk


1 kolam untuk menyimpan air yang akan digunakan ketika kemarau


a tank



wafat
1 meninggal dunia bagi nabi dan rasul


to pass away for prophets



wah
1 kata seru untuk menyatakan kehairan


oh; well



wahah
1 kawasan yang subur di
padang pasir kerana ada bekalan air; oasis


oasis



wahai
1 kata seru untuk menarik perhatian orang apabila menyatakan sesuatu


oh; alas



waham
1 dugaan; sangkaan
2 syak; waswas; curiga


conjecture; supposition
suspicious



wahid
1 sifat Tuhan yang esa; tunggal


one; only



wahyu
1 ajaran yang diturunkan oleh Allah melalui malaikat kepada nabi-nabi


divine revelation



wain
1 minuman keras yang dibuat daripada air anggur


wine



waja
1 sifat kuat dan keras biasanya bagi besi; baja


hard and strong especially for iron



wajah
1 air muka; rupa; paras


countenance; face



wajar
1 sesuai; patut


fitting; just; proper



wajib
1 yang berdosa jika tidak dilakukan menurut agama Islam; mesti
2 patut; perlu; mesti


duty-bound
must



wajik
1 sejenis makanan yang dibuat daripada beras pulut, santan dan gula; pulut kacau


sweet rice cake



wak
1 panggilan bagi bapa saudara atau lelaki yang hampir sebaya dengan bapa seseorang; pak cik


uncle



wakaf
1 yang diuntukkan bagi kegunaan orang ramai


endowment



wakil
1 orang yang dilantik untuk menggantikan seseorang untuk tugas tertentu; pengganti
2 orang yang dihantar untuk melakukan sesuatu tugas tertentu; utusan
3 orang yang menguruskan perniagaan untuk orang lain; ejen


representative
envoy
agent



wakil pos

  • wakil


1 suatu badan yang menguruskan tugas pejabat pos


postal agency



wakil rakyat

  • wakil


1 orang yang dipilih untuk menjadi jurucakap rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; ahli parlimen; ahli dewan undangan negeri


Member of Parliament or State Legislative Assembly



waktu
1 jangka masa
2 masa untuk melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu
3 masa yang terluang; peluang; kesempatan


period of time
time for
time



waktu imsak

  • waktu


1 waktu mula menahan diri daripada makan dan minum


time to begin fasting



wakwak
1 nama sejenis kera; ungka


gibbon



walau
1 sama ada


even if



walaupun

  • walau


1 sungguhpun; meskipun; biarpun


although; even though



walhal
1 sebenarnya; padahal
2 sungguhpun; meskipun


in fact
although



walhasil
1 kesudahannya
2 pada hakikatnya; sebenarnya


in the end
in fact



wali
1 orang lelaki yang berhak menikahkan seorang saudara wanitanya
2 orang yang diberi kuasa untuk menguruskan harta anak yatim hingga ia dewasa


one who can give away a bride
trustee



wali Allah

  • wali


1 orang yang suci dan taat mengerjakan perintah Allah


Muslim saint



wali hakim

  • wali


1 orang yang berkuasa menikahkan seorang wanita jika tiada walinya


one who has the authority to give away a bride



walimah
1 kenduri untuk perkahwinan


marriage feast



walimatulurus
1 urusan kenduri untuk perkahwinan


marriage feast



walkie - talkie
1 sejenis radio kecil untuk dua orang yang berjauhan berhubung


walkie-talkie



wallah
1 kata seru ketika bersumpah; demi Allah


by Allah



wallahi

  • wallah


1 kata seru ketika bersumpah; demi Allah


by Allah



wallahualam
1 dan Allah juga yang lebih mengetahui


only Allah knows best



waltz
1 sejenis muzik dan tarian dari Barat


waltz



wan
1 panggilan untuk nenek perempuan; nenek
2 gelaran untuk orang yang berketurunan bangsawan


grandmother
title to some nobles



wang
1 alat tukaran yang sah sama ada dibuat daripada kertas atau logam; duit


money



wang kecil

  • wang


1 wang yang nilainya kurang daripada seringgit


small change



wang muka

  • wang


1 wang yang dibayar dahulu sebagai tanda persetujuan membeli atau menyewa sesuatu; cengkeram


advance; deposit



wang pecah

  • wang


1 wang yang nilainya kurang daripada seringgit


small change



wang pendahuluan

  • wang


1 wang yang dibayar dahulu sebagai tanda persetujuan membeli atau menyewa sesuatu; cengkeram


advance; deposit



wang pertaruhan

  • wang


1 wang yang dibayar sebagai tanda kesanggupan menerima sesuatu tawaran


earnest money



wang syiling

  • wang


1 wang yang dibuat daripada logam


coin



wang tunai

  • wang


1 wang yang boleh digunakan bila-bila masa


cash



wangi
1 sedap baunya; harum


fragrant



wangi - wangian
1 segala yang berbau harum; bau-bauan


scents



wangkang
1 sejenis jong kecil


a junk



wangsa
1 siri raja daripada satu keturunan; dinasti


dynasty



wanita
1 orang perempuan


female, woman



wap
1 gas yang terbentuk apabila air dipanaskan


steam; vapour



warak
1 taat kepada perintah Allah


pious



waran
1 surat kuasa untuk menangkap atau menahan seseorang


warrant



waras
1 sihat bagi fikiran; tidak gila atau tidak mabuk; siuman


sane; sound



warga
1 anggota; ahli


member



warga kota

  • warga


1 penduduk sebuah kota


city dwellers



warganegara

  • warga


1 penduduk sebuah negara yang mempunyai hak dan tanggungjawab terhadapnya; rakyat


citizen



waris
1 orang yang berhak menerima pusaka orang yang meninggal dunia
2 ahli keluarga terdekat yang berhak menjaga seorang kanak-kanak; wali


heir
guardian



warisan

  • waris


1 harta pusaka
2 sesuatu yang ditinggalkan oleh generasi yang terdahulu


estate
heritage



warkah
1 surat


letter



warna
1 rupa cahaya yang dibalikkan oleh sesuatu seperti merah, hijau dll
2 ragam


colour
variety



warna - warni
1 bermacam-macam warna


variety of colours



warta
1 berita; khabar


news



warta berita

  • warta


1 pelbagai berita yang disiarkan oleh radio atau televisyen


radio or television news



warta kerajaan

  • warta


1 risalah rasmi kerajaan untuk menyiarkan peraturan atau undang-undang


government gazette



wartawan

  • warta


1 orang yang kerjanya mencari dan menulis berita untuk surat khabar dsb


reporter



warung
1 kedai kecil menjual makanan dan minuman


stall



wasangka
1 rasa khuatir; kekhuatiran; kebimbangan; kecurigaan


doubt; suspicion



wasap
1 asap yang keras baunya


smoke with strong smell



wasiat
1 pesanan terakhir oleh orang akan meninggal dunia


last wish, will



waspada
1 tidak lalai; hati-hati


alert; cautious



wassalam
1 dan selamatlah hendaknya bagimu


peace be with you



waswas
1 ragu-ragu; bimbang


doubtful



wat
1 rumah berhala orang beragama Buddha


Buddhist temple



watak
1 budi pekerti; tabiat
2 tokoh dalam suatu cerita


character; disposition
character



watan
1 tempat seorang dilahirkan; tanah air


motherland



wataniah

  • watan


1 tempat seorang dilahirkan; tanah air


motherland



watikah
1 surat kuasa yang diberi kepada pegawai oleh pemerintah


credential



watt
1 unit yang digunakan untuk mengukur tenaga elektrik


watt



wau
1 layang-layang


kite



wawancara
1 soal jawab antara wartawan dengan seseorang; temu ramah; temu bual


interview



wayang
1 gambar atau patung yang digunakan untuk menunjukkan suatu cerita
2 pertunjukan pentas seperti sandiwara dsb


puppets
stage show



wayang gambar

  • wayang


1 pertunjukan gambar yang bergerak pada layar putih


cinema



wayang gelap

  • wayang


1 pertunjukan gambar yang bergerak pada layar putih


cinema



wayang kulit

  • wayang


1 pertunjukan yang menggunakan gambar atau patung yang dilihat bayang-bayangnya pada kain putih


shadow play



wayar
1 tali logam yang bersalut untuk menyalurkan arus elektrik dsb; dawai; kawat


wire



wayar bumi

  • wayar


1 wayar keselamatan yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi


earth wire



wayar hidup

  • wayar


1 wayar daripada punca elektrik yang menyalurkan arus elektrik


live wire



wayarles
1 alat untuk menghantar dan menerima berita melalui udara


wireless



wazir
1 menteri


minister



wenang
1 hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu


will; discretion



wewenang
1 hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu


will; discretion



wibawa
1 keahlian dalam sesuatu bidang
2 kuasa memberi perintah yang mesti dituruti


authority



wiket
1 pancang berpalang yang menjadi sasaran dalam permainan kriket


wicket



wiladah
1 yang berkaitan dengan bersalin; CTH mandi wiladah


giving birth



wilayah
1 kawasan di bawah suatu pemerintahan; daerah; jajahan


province; territory



win
1 jentera khas untuk mengangkat barang-barang berat


crane



windu
1 jangka masa selama lapan tahun


eight year cycle



wira
1 lelaki


man
hero



wirid
1 bacaan atau ucapan yang memuji Allah; zikir


reading or utterance in praise of Allah



wisel
1 alat yang berbunyi nyaring apabila ditiup; peluit


whistle



wiski
1 sejenis minuman keras yang dibuat daripada bijirin


whisky



wisma
1 bangunan besar biasanya untuk pejabat


building



witir
1 yang ganjil bilangannya; CTH sembahyang witir


odd in number



wizurai
1 wakil raja; gabenor jeneral


viceroy; governor-general



woksyop
1 tempat membaiki kenderaan, barang dsb yang rosak; bengkel
2 mesyuarat atau perbincangan untuk bertukar-tukar fikiran; bengkel


workshop



writ
1 surat yang berasaskan undang-undang untuk memerintah atau menahan seseorang melakukan sesuatu


writ



wuduk
1 kebersihan diri daripada hadas kecil; air sembahyang


ablution



wujud
1 sedia ada
2 berupa dan dapat dilihat, diraba dsb dengan pancaindera; nyata


to exist



wuquf
1 perbuatan berhenti sebentar di Arafah semasa mengerjakan ibadah haji


stopping at Arafah when performing Haj