DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMANHUR 

 

  Utama Sejarah Damanhur Universiti Al-Azhar Cawangan Damanhur Sejarah DPMD
Organisasi  Informasi DPMD Galeri Gambar

 

DPMD Info  


Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada seluruh Mahasiwa-mahasiwa baru sesi 2004/2005
 
 

Kandungan


Utama
Sejarah Damanhur
Universiti Al-Azhar   Cawangan Damanhur
Sejarah DPMD
Organisasi  
Informasi DPMD
Galeri Gambar  
   

E-mail




Dpmdamanhur@yahoo.com  


 
Sejarah Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur
  


DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA DAMANHUR

 

     Mahasiswa Malaysia mula dihantar ke sini pada sesi pengajian 1992 / 93 dengan jumlah seramai 151 siswa. Demi menjaga kebajikan mahasiswa di sini, Dewan Perwakilan Pelajar Damanhur (DPP) telah ditubuhkan. Dewan ini bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang kemudiannya ditukar kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD). Penubuhan dewan ini juga bertindak untuk menyatukan suara siswa Malaysia yang berada di sini.

 

Matlamat Penubuhan

 

     Matlamat penubuhan DPMD ialah bekerja dalam lapangan perkhidmatan pelajaran dan pengetahuan sebagaimana yang disebutkan di bawah ini :


a. Menyatukan suara-suara anak Melayu yang tinggal di Al Azhar, Damanhur, Mesir.
b. Meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran di kalangan ahli.
c. Menjaga kebajikan ahli dan menolong mengatasi kesulitan-kesulitan mereka.
d. Membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam menjayakan cita-citanya.
e. Mengadakan hubungan dengan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) serta pihak-pihak yang diiktiraf oleh PMRAM.
f. Mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan ahli.

 

Falsafah Pengurusan

 

     Pengurusan yang bertunjangkan asas Islam untuk memastikan kesepadanan yang mantap dengan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran bagi mewujudkan sebuah sistem pintar yang menyusun sebuah organisasi yang responsif kepada perubahan dan kompleksiti persekitaran yang stabil dan harmonis bagi membina roh ulama' dan intelektual Islam.

Agenda Pengurusan

 

· Pengurusan dinamis yang berusaha untuk membuat keputusan berdasarkan seramai mana mungkn suara ahli tanpa melupakan aspek fiqh syura di dalam Islam.
· Prihatin dan responsif terhadap perkembangan dalam persekitaran dalaman dan luaran serta punya daya kepekaan yang timggi terhadap isu-isu global mu'asorah.

· Melihat perubahan sebagai suatu proses yang berterusan bukan sebagai suatu projek atau program.
· Mengutamakan interaksi dan jaringan hubungan serta berusaha memperkasa seluruh ahli tanpa terlampau terikat dengan dengan karenah birokrasi, autoroti, formaliti dan struktur.
· Mewujudkan organisasi yang pintar dan punya daya bergerak sendiri dengan kawalan yang minimum serta daya rasa tanggungjawab yang tinggi.
 

 

Alamat 


Malaysian Student House, El Tabah Building, Umar Tusun Street, Damanhur, Behira, Arab Republic Of Egypt.

No tel : 045-3358066

 

Jaringan


PMRAM
Universiti Al-Azhar
Al-Islam
Falaq Syarie
Yayasan Dakwah
Belajar Bahasa Arab|
Belajar Bahasa Arab2  
Al-Quran MP3
 

Renungan

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar didalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik , dan mewasiatkan satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain dengan kesabaran┘..

Surah Al-Asr ayat 1 - 5


DPMD Website ® Upgrade February 2005