KESIHATAN 
IBU HAMIL & BAYI


  FOKUS

Intro & Penghargaan

  Amalan Pemakanan Seimbang
  Makanan Untuk Ibu Hamil
  Menjaga Kecergasan Badan
  Petua dan Amalan Ketika Hamil

  PAUTAN
  Kehamilan
Panduan persediaan kehamilan, tahap kehamilan sehingga menjelang saat kelahiran.
  Penjagaan Bayi

Panduan penjagaan bayi selepas bersalin

 



AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

Bermakna makanan yang kita makan atau sediakan mengandungi kesemua zat dengan jumlah yang di perlukan oleh badan.

Zat-zat dalam makanan terdiri daripada :

a. Protein

Berfungsi untuk membina, membaiki tisu-tisu badan dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b. Kabohidrat

Berfungsi untuk memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c. Lemak
Bertugas untuk memanaskan badan dan juga menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan
seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d. Vitamin
Berfungsi untuk menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e. Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang,
dan makanan laut.