TANDA KEHAMILAN


  FOKUS

Intro & Penghargaan

  Merancang Kehamilan
  Tanda Kehamilan
  Fasa Kehamilan
  Merancang Jantina
  Risiko Penyakit Ketika Hamil
  Tanda Saat-saat Kelahiran

  PAUTAN
  Kesihatan Ibu & Bayi
Panduan penjagaan kesihatan dan kecergasan badan ketika hamil
  Penjagaan Bayi

Panduan penjagaan bayi selepas bersalin

 



Satu atau lebih perubahan berikut dapat memberitahu anda bahawa anda hamil. Anda mungkin tidak menyedari perubahan ini pada mulanya tetapi naluri anda memberitahu anda bahawa anda hamil kerana anda rasa 'berlainan'.

  • Tidak datang haid - tetapi jika kitaran haid anda biasanya tidak tetap atau anda sedang risau, sibuk atau sakit, ini tidak boleh di jadikan petunjuk. Anda juga mungkin mengalami sedikit perdarahan sekitar waktu yang anda jangka anda akan didatangi haid, selepas anda telah hamil.

  • Buah dada semakin besar, lembut dan mungkin rasa berdenyut-denyut sedikit.

  • Rasa berlogam yang ganjil dalam mulut.

  • Berasa keletihan, bukan sahaja pada waktu malam, tetapi juga pada siang hari.

  • Berasa hendak pitam dan mungkin pening.

  • Penigkatan dalam pembuangan air dari faraj.

  • Berasa mual dan mungkin muntah; ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

  • Perasaan tidak suka yang kuat terhadap beberapa bahan seperti alkohol, kopi atau asap rokok, sebaliknya mempunyai keinginan kuat terhadap bahan lain.

  • Mengalami perubahan emosi yang luar biasa disebabkan perubahan hormon dalam badan.

  • Rasa hendak buang air kecil yang kerap

Ibu sebaiknya segera memeriksakan diri ke bidan atau doktor untuk memastikan kehamilannya dan meminta nasihat mengenai kehamilannya dan meminta nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan selanjutnya.