Demi
Aishu..Sumpahan Bisu I
Ogos, 1998...
Mumbai
Di rumah Lakshmana
Teman karib
sebidang kerjaya
Kita bersua
kali pertama
Ku lihat dikau
bergembira
Berseda sesama
teman seusia
Rani, Anita
dan Pooja
Menabur serbuk
berwarna
Pada sesiapa
saja...
Tak kira tua
tau muda
Dalam Holi
pesta warna
Waktu ku sapa
Dikau tersenyum
manja
Merkah bibir...
Gigi teratur
putih menggoda
Biburmu..
ya tuhan.. cantiknya..
Lebih indah
dari delima
Aku terpaku
tak terkata apa
Dan.. kau
rapat badanmu ke dada
Meremang roma
dibuatnya
Tertutp mataku..
menahan rasa
Tetiba tak
tersangka
Terasa tetangan
menyentuh kemeja
Dari hadapan,
sisi dan belakang juga
Dan bila mata
ku buka
Terdengar
hilai tawa
Kau dan teman
semua
Mengelilingi
aku yang tak mengerti apa..
Masya Allah..
kemeja putih dah bertukar rupa
Merah hijau
biru segala…
Dan kau terus
melirik manja
Mencuih bibir
mengenyit mata
Aisyu.. betul
kata orang tua
Kenangan menghantui
jiwa
Menambah gembira
mengiris luka
Menjeruk rasa
membakar lara…
Dan waktu wajahku
mecuka
Kemeja berubah
warna
Kau bergerak
beredar segera
Tapi sayang
hujung sarimu ku gapai segara
Kau berlari
aku menunda
Aku mengejar…
kau tertawa
Ke sana ke
mari merata-rata
Hingga terhenti
dipohon kemboja
Di hujung
halaman rumah Lakshmana
Yang ada memerhati
semua
Telatah kita
yang baru bersua
Tapi macam
dah kenal lama…
Next
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices| Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post