Demi
Aishu..Sumpahan Bisu XIII
(Babak
Pertanyaan Aishu & Jawaban Hati)
Aishu.. demimu
yang bertanyakan
Dengarlah
hati ini menjawabkan
Tapi usah
sekali ditertawakan
Andainya tuturku
tak terkenankan…
Cinta.. mainan
perasaan
Ucapan manis
bibiran
Dua jiwa watak
berlainan
Lelaki dan
perempuan…
Cinta.. juga
sesuatu penuh kedunguan
Tak kelihatan
hanyalah anganan
Menghalal
nafsu bersatu nan teringinkan
Berbaur hasrat
juga serakahan
Hilang selepas
di gerbang perkahwinan…
Lihat sahaja..
banyaknya perceraian
Anak-anak,
itu bukti cinta, yang terbiarkan…
Bagiku.. cinta
penuh kepalsuan
Dan bagiku..
cinta sukar terimpikan!!!
Kasih…itu suatu
keagungan
Penuh bersih
dan kesucian
Perlu kental
bertirai pengorbanan
Bukan lahir
dari kasihan
Tapi dari
rasa kesayangan
Disulami ikatan
kenal dan persahabatan
Segenap jiwa
zahir batin terukirkan
Bertali arus
darah mengalirkan
Tak mungkin
sekali terguncangkan
Biar dilanda
ribut bertaufan
Kekal bersama
tak rela kehilangan
Dan bagiku..
kasih amat kuperlukan!!!
Dan mungkinkah
… darimu terharapkan?
Pergi ku dulu
tanpa pesan…
Jiwa tak keruan
Gusar lagi
menakutkan
Tak mahu thali
dalam paksaan
Maklumlah
aku musafir jalanan
Tak bersaudara
apatah bertaulan
Saat aku ditemukan…
Thali memang
sudah kupakaikan
Sejak di pesawat
nan berletupan
Kerana memang
mahu ku pastikan
Andai tubuhku
hancur berkecaian
Thali jadi
tanda pengenalan...
Dan buat pemulih
perasaan
Agar kau tak
kehibaan
Seruanmu dah
ku sahutkan
Meskipun firasatku
.. di dunia tak kesampaian
Waktu aku tak
kesedaran….
Aku tak tahu
namamu tersebutkan
Tapi mungkin
timbul sesalan
Kecapimu harus
didengarkan
Tali kecapimu
harus terus berpetikan
Irama hatimu
harus ku semadikan
Tika bibirku
dalam kucupan….
Memang tolakan
tak terlintaskan
MUngkin kerna
bukan aku memulakan
Mungkin mulai
pasrah merelakan
Meskipun tertahan
dalam kesakitan..
----
Aishu ..
mera main
Admi karam
se banta hai baton se nahin
Sundarta
ko abhushan ki awahyakta nahin
(Aishu..
dear mine
A man is
known not by his words but actions
As beauty
needs for no ornaments)
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices | Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post