Masih
di Mumbai, Ogos 88
Aisyu… oh Aisyu
Kalaulah aku
tahu
Kalaulah aku
mengerti budayamu
Kalaulah aku
seiring seadat dengan mu…
Dalam lirik
tangisan mu ku kenangkan
Dalam getaran
jiwa terasakan
Harum nafas
wangian di badan
Lembut gaya
ayu mengasyikkan
Dan bila kemeja
ku perhatikan
Penuh warna
yang kau sapukan
Kau jelita
tapi kenakalan…
Aku dah jadi
tak keruan
Berputik hati
terombak perasaan
Adakah aku…
padamu dah kejatuhan?
Lakshmana oh
Lakshmana
Kau rupanya
menyedari semua
Hanya tertawa
bila ku tanya..
"Latif.. kau
sahabatku dari Malaysia
Aku senang
jika kau di sini bersama
Tinggallah
di Mumbai selama-lama
Aku ada..
Aisyu juga pasti serupa
Kau dah jadi
miliknya
Suami dan
baghwan, sang dewa
Kerana dalam
adat susila kami percaya
Bila tersentuh
kulit dia
Apatah lagi
bibir kamu bersua
Anak dara
keponakanku tercinta
Secara suka
atau tak senghaja
Dan bila dia
tidak meronta
Lalu lari
malu terasa
Itu bermakna
dia suka
Kau teman
selama usia….
"Lakshmana
oh Lakshmana
Apakah benar
semua dikata?
Apakah ini
adat budaya?
Apakah ini
bukan cerita dan reka?
Dan… kalau
benar dia suka
Kenapa lirikannya
berair mata….???"
"Latif ohh
Latif.. sahabatku setia
Tunggulah
sehari dua
Kau pasti
percaya
Bila bukti
datang menjelma
Mengikat kasih
bersatunya jiwa….
Kau dan aku
pasti bersaudara!!!"
Aisyu…. Ohh
Aisyu
Kalaulah aku
tahu….
Next