Demi
Aishu..Sumpahan Bisu IV
(Babak Pesan
Bertandang)
Mumbai 88
Pagi kedua
selepas peristiwa
Aku masih
di rumah Lakshmana
Mengurus lapuran
kerja bersama
Jam 10 pagi
Pintu bilik
diketuk berkali
Lakshmana
muncul menyeringai gigi
"Shri Latif…
ada pesanan menanti
Dibawa Rahul
adik Aishu bungsu sekali
Lama menunggu…
perlu kau temui
Segeralah…
usah teragak hati"
Dan Lakshmana
berlalu sepi
Rahul tercatuk
di pintu
Tangan di
belakang memegang sesuatu
Berseluar
pendek berbaju kelabu
Alis mata
panjang kulit putih gebu
Lebih cerah
dari kakakmu
"Ya Rahul…
saya baiya yang itu
Ada apa baiyi
(adik) hamba ditunggu?
Ada apa pesankah
dari Aishu?"
Rahul menyepi
tersenyum sahaja
Sambil menghulur
bungkusan dibawa
Sepucuk surat
diserta bersama
"Baiya (abang),
ini tanda mata
Aishu… bukalah
dan baca
Pasti mengerti
hajat dipinta…"
Dan sebelum
sempat aku bertanya
Rahul menjerit-jerit
selamba
"Aishu loves
baiya, Aishu loves baiya"
Terus menghilang
entah kemana
Lakshmana dan
isteri memandang ku percuma
Sambil tersenyum
mengajuk agaknya…
"Haa… Shri
Latif… betul tak apa ku kata
Haa.. hajat
dah tiba… aku gembira
Bacalah surat..
pasti tahu cerita
Bukalah bungkusan
pasti tahu semuanya"
Bungkusan ku
buka..
Kain dothi
tali pinggang tembaga
Baju kurta
sepasang sewarna biru muda
Jelas di kolar
sulaman tertera
'Asihu.. kamu
punya
Kini dan selamanya'
Dan di saku
kurta
Seutas thali
petanda...
Lakshmana dan
isteri memandangku ceria
Aku yang masih
tak mengerti budaya
Cuma mengagak
cuba menerka..
Benarkah ini
semua
Atau mainan
mimpikah belaka
Hinggalah
terasa sakit di paha
Lakshmana
mencubit .. "you are not a dreamer
See for the
whole through…
Now open the
letter!!!"
Surat ku buka
Semerbak harum
baunya
Seharum sewangi
nafasnya
Seharum sewangi
badannya
Sebagaimana
kelmarin.. di pohon kemboja
Aishu.. ohh
Aishu
Kalaulah ku
tahu….
Aishu ...
ohh Aishu
Kalaulah kau
tahu isi hati ku….
Next