Home 
Personal Corner 
Inner Voices 
Poetry Lane 
Music Box 
Web Links 
Sign and View my Guestbook 
E-mail Me! 
 
 
 
 

 

 
 Demi Aishu..Sumpahan Bisu V
 
(Babak Surat Maksud Terbuka)  

Masih Ogos, masih di Mumbai, India  
Dan masih lagi di rumah Lakshmana  

Dan surat lantas ku baca  
Bait demi bait tertera  
Satu persatu… cuba memahami makna  
Dan tetiba.. aku jadi tak bersuara….  
Hanya hati menerus bicara  
Hasrat Aishu … semuanya dinyata  

"Shri Baiya… waktu mula kita bersua  
Aku jatuh pandang pertama  
Namun tak berani lidahku berkata  
Aku gadis.. apakan daya  
Takut diejek mencari timba…  
Walau sering fotomu ku disua  
Teman mu Uncle Lakshmana  
Tapi antara foto dan nyata  
Perasaaanku kini tak serupa  
Menatap mu bergegar jiwa  
Apakah ini cinta.. atau gila?  
Apakah ini anganan cuma?  

Tika dipohon kemboja...  
Bukanlah aku merencana  
Tangisku bukanlah tangis lara  
Sedihku bukanlah sedih duka  
Tapi takut tak diterima  
Takut sekali kau mengabainya..  
Harapan dan impian remaja  
Aishu… si Dara desa   

Mungkinkah ini takdir Baghwan yang Esa?  
Mungkinkah suratan Maa tunggak wanita?  
Kamukah Pancha Bhutam yang ku pinta?  
Selalu ku doa di acara puja?  
Datang menjelma menyahut seruanNya?  

Kau tahukah budaya kami..  
Kalau disentuh lelaki dialah suami  
Syukurku Baghwan merestui  
Dalam Diwan Khana semua terjadi  
Secara terang tidak sembunyi  
Ramai melihat … pakcik ku bersaksi  
Sahlah kau.. Darwaza pintu surga hati  
Perlu sekali kau amati  
Dan bagi kami di sini….  
Kasih dan kahwin hanya sekali  
Setia selama hidup dan mati  
Jika engkar dihukum Kali  

Andai kau terima ku.. pakailah thali  
Sarunglah kurta juga dothi  
Dalam tempoh tujuh hari  
Jumpalah bua dan pitaji  
Tanda kita sepakat hati...  
Andai tiada apa terbukti  
Selamat tinggal … biarlah aku pergi  
Jauh dari fana duniawi  
Harapku di sana nanti  
Kau terima ku sebagai isteri…  
Mera jina, mera marna, horna tum ko shatabadi  
(hidupku, matiku buatmu selamanya)  
Pyar salam…Aishu.. pagal sakhti  
…. Namastee"  

Tak langsung terperasankan  
Air mata ku jadi berlinangan  
Besarnya cinta gadis pingitan  
Sucinya kasih dan impian….  

Aishu ohh Aishu…  
Kalaulah ku tahu begini laku…  
Aishu ohh Aishu  
Kalaulah kau tahu firasat hatiku…  

Aku jadi terkaku  
Hati menjadi lesu  
Lakshmana dan isteri yang membisu  
Tak mahu ganggu hiba perasaanku….  
                                                        Next



Rose's Web Directory 
Home | Poetry Lane | Music Box | Inner Voices| Personal Corner | Web Links | Guest book | Mail Post