Demi
Aishu..Sumpahan Bisu VI
(Tragedi 737
Mumbai)
Jam 7 pagi,
hari ke lima dah Aishu nantikan
Hatiku dah
tak keruan
2 hari lagi
yang Aishu peridamkan
Dan jam 3
nanti harus aku berpergian
Ke Goa meneruskan
tugasan
Lebih penting
dari bercintan
"Lakshmana…
bantulah selesaikan
Kemelut di
akal dan fikiran!!!"
Namun jeritan
hanyalah jeritan
Di hati ..
tak siapa mendengarkan..
Jam 1 petang
Ku kemas beg
ke lapangan terbang
Thali tergenggam
rapi ku pegang
Pada semua
tak mahu ku bilang
Biarlah..
biar aku menghilang
Jauh tak berkesan
tak berbayang
Yang direncana
tak pasti terlaksana
Yang dihajat
tak mesti dapat
Yang dipinta
tak semudah itu tiba
Tak tersangka
timbul celaka….
Dalam 737 Air
India
Dari Mumbai
Ke Goa
Cuaca luar
jelas cerah bersuria
Ku jangkaan
70 minit pastikan tiba
Tapi….
Masa terasa
terlalu lama
Dan aku sendirian
di lorong ke tiga
Yang ada di
kabin hanyalah pramugari tua
Bersari merah
muda perut lembik melata
Ke hulu ke
hilir mendulang teh halia
Aku terasa
bosan
60 saat berlalu
begitu perlahan
Teh halia..
tak teringinkan
Dalam mengira
saat berjalan
Tak tersedar
aku terlena dalam impian
Impian dalam
lesu kebosanan
Tanpa terduga
Teh halia
jatuh keriba
Entah dari
manalah datangnya
Panas hangat
melecur peha
Hantu raya..
siapalah punya kerja…
Dan dalam
mencari empunya angkara
Enjin di kiri
berdentum memecah telinga
Lantas berasap
kuning putih bercahaya
Diringi siren
kecemasan talu bergema
Dan hanya
beberapa ketika..
Ruang kabin
berasap semua
Hiruk pikuk
dah tak tentu hala
Menjerit menangis…
Appa Amma segala rupa
Sesak nafas..
nak tercabut nyawa
Topeng oksigen
… ahhh langsung tak guna
Next
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices | Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post