Demi
Aishu..Sumpahan Bisu IX
(Antara
Bayangan, Kenyataan dan Penyatuan)
Terbuka mata
ku kembali….
Namun samar
pandangan …kabur sekali
Tiada warna
dan warni
Hanya hitam
putih nipis menyelubungi
Apa ni… apa
semua ini?
Alam barzakhkah
aku kini?
Apa.. memangkah
aku dah mati?
Tapi .. munkar
nakir.. kenapa aku bersendiri?
Dan… dalam
hitam putih nan sepi….
Terbalam bayangan
berlari
Seperti terasa
aku kenali…
Bayang.. lari…
ke arahku terus berlari
Hampir ..makin
menghampiri
Dekat … semakin
mendekati
Dan … terus
sahaja aku didakap beremosi
"Aishu.. kau
dah ke mari?
Tapi… bagaimana
kau ketahui?
Adakah.. jeritan
mautku kau dengari?
Dan.. hari
ini.. dah berapa hari?
Thali.. mana
thali?
Yang kau beri
tempoh hari
Sesama kurta
dan dothi
Aishu… Aishu..
thali ….thali
Demi mu Aishu..
takkan lagi aku pergi
Terimalah
aku.. usah dibunuh diri"
Tanpa terduga
tubuhku digegari
Lemah lembut
… namun berulangkali
Disulami rayuan
menghiris hati…
"Baiya.. di
tanganmu dah kau pakai thali
Bukalah mata
… wahai pati (suami)
Bukalah matamu..
ini realiti, bukan ilusi
Aurat (isteri)..
auratmu dah lama menanti
Hari ini..
betul genap tujuh hari
Sukriya..
doaku dimakbul Baghwan suci
Di Gobi… hanya
kamu ditemui
Jauh dari
pesawat… aneh nan misteri
Baghwan… kau
belum diizinNya mati
Ku percaya..
demi thali dan janji…
Bangunlah…
demiku ..wahai dharwaza hati.."
Tetiba terasa
mengalir di pipi
Air hangat
membasahi
Dan waktu
mata terbuka kembali….
Wajah Aishu
menyelubungi
Bersama erat
tubuhku didakapi
Dalam tangisan
cinta nan suci
Suci sesuci
sesejuk salji…
Perlahan-lahan
sekitar ku perhati
Nyata jelas
aku dapati..
Bukan hospital
seperti dijangkai
Tapi di katil
berhias rapi
Kelambu dijalin
daun nyiur hindi
Ruang semerbak
berbau chamali
Dan aku… dah
berkurta berdothi
Dan Aishu
pula… sundar (cantik) berseri
Sempurna dandanan
tanda merah di dahi
Indahnya…
bak pari-pari
"Aishu… aku
dah sedar ni…
Aishu… usahlah
lagi aku kau tangisi"
Saat dan tika
suaraku Aishu dengari
Tersungging
senyuman penuh erti
Lantas hidung
dan bibirnya aku dirapati….
Namun…
Belum habis
ku sebut le kin le kin (tetapi)
Bibirku diasak
bibirnya ...bersatu sekali lagi…
Dan dalam aksi
bibir Aishu bernafsi
Terhidu kembali
segar nafas syurgawi….
Bak dulu di
pohon kemboja penuh memori....
Next
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices | Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post