Kaedah Nahu Bahasa Arab.
  



Dilaman ini disediakan fail-fail kaedah nahu, teks pelajaran dan teks latihan bahasa Arab. Anda boleh download fail-fail untuk kegunaan rujukan. Walau bagaimana pun, anda adalah dinasihatkan supaya bertanya kepada guru bahasa Arab anda untuk kepastian.

Bagi pelajar-pelajar yang dirangkaian kami, anda perlu tahu bahawa isi fail ini adalah bagi pelajar yang telah mencapai pelajaran dalam buku 3. Anda hanya akan dapat menghargai apa yang ada dalam fail-fail ini jika telah mampu membaca buku 3. Sila rujuk kepada guru yang mengajar anda.

English: You can download some arabic grammar files in arabic text from this page. However, you must know that these files are for reference only and has been summarised. You are advised to refer to your arabic teacher for guidance to use these references. To our students, these grammar reference can only be appreciated if you have study book 3.
Semua fail berikut adalah fail-fail pdf. Pastikan anda mempunyai adobe reader.
  • Untuk teks pelajaran sila klik sini.
  • Untuk teks latihan sila klik sini.
  • Kaedah Nahu (Summarised grammar text in arabic text)

    • Al-lam - Semua yang berkaitan dengan huruf lam, seperti lam menunjukkan milik, lam menunjukkan untuk, lam menunjukkan tafdil..
    • ismu alaat - Takrif dan asal bentuk peralatan.
    • alif ta'nis - tanda alif/hamzah sebagai muannas.
    • Adadun- Angka
    • ai- harful tafsir dan beberapa perkara lain seperti soalan, keheranan dan lain-lain.
    • Al Hal - Berkenaan sangkutan dengan perkhabaran.
    • am wa au - kegunaan "atau" didalam soalan
    • an ma - Berkenaan dengan penggunaan kalimat anma.
    • ba - kegunaan dan rumusan dari perkataan ba.
    • Dhamir - Gantinama-gantinama
    • Fa - Fa alzaida, fa sababiah, .....
    • gairu - penggunaan "gairu"
    • asma ulkhamsah - akhu, abu, ammu, zu, ...
    • hatta - penggunaan kalimah hatta.
    • al ibdal penyambung dalam ayat.
    • -
    • al istifham - perkataan soalan
    • Idz -
    • bersambung.........to be continued.....
      Fail-fail berikut didalam format pdf. Pastikan anda ada program adobe reader.

      Teks Pelajaran untuk Buku 1.
      Sila muat turun dan cetak. Ini adalah latihan-latihan..
      Digunakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan kefahaman berpandu kepada buku teks asal.


      Sila muat turun buku teks dari laman web berikut: Fatwa on line
    • Kelas - 1
      Kelas permulaan ini dimulakan oleh guru untuk berbual mesra dengan pelajar. Guru akan bertanya kepada setiap pelajar nama-nama mereka. Ini diikuti dengan pelajaran pertama ikut silibas. Bab pertama ialah pengenalan kepada kalimat yang mudah dan kalimat mengenai persekitaran yang selalu digunakan pelajar.
    • Kelas - 2
      Bab 2 dalam pelajaran permulaan pembukaan kelas. Pelajar dikenalkan kepada katanama dia jenis lelaki dan penekanan dibuat kepada kalimah (wa). Sehingga akhir bab ini, pelajar telah dikenalkan dengan hampir 40 kalimat. Kalimat-kalimat ini akan digunakan berulang-ulang kali didalam pelajaran lain nanti.
    • Kelas - 3
      Pelajaran ke 3 ini adalah pelajaran pengenalan kepada nama-nama lelaki dan perempuan dan tunjuk isyaratnya. Penekanan kelas dibuat untuk pelajar memahami bila menggunakan isyarat yang betul.
    • Kelas - 4
      Pelajaran ini memperkenalkan pelajar kepada (sendinama) huruf-huruf jarr dan dzarpun. I'rab dihujung kalimat diberi penekanan sekali lagi.
    • Kelas - 5
      Ini adalah pendahuluan kepada pengenalan tentang mudhaf dan mudhafun ilaih. Dalam setiap pelajaran dari awal pelajaran kalimat-kalimat yang lama akan disentuh dan kalimat baru diperkenalkan. Kalimat-kalimat tersebut sama ada kalimat untuk lelaki atau pun kalimat untuk perempuan.
    • Kelas - 6
      Bab ini ialah pengenalan kepada sifat benda. Walau pun sifat-sifat tersebut telah dipelajari secara tidak spesifik dipelajaran awal tetapi dipelajaran ke 6 ini penekanan dibuat supaya pelajar menyedarinya dari sudut bahasa Arab.
    • Kelas - 7
      Pelajar dikenalkan kepada huruf-huruf jaiza Arab yang dibahagi kepada hurufulkamariah dan hurufusyamsiah. Sekali lagi kamus perbendaharan kata untuk pelajar ditambah dan kalimat lama diulangi.
    • Nota Rumusan
      Ini adalah kumpulan perkataan / kalimat yang telah pelajar lalui dari bab 1 hingga 7.
    • Nota: Kaedah mengajar

      Teks-teks dari bab pelajaran 1-7 dibaca oleh pelajar dan dibetulkan bacaan oleh guru. I'rab dihujung kalimah disebut supaya pelajar memahami kedudukan tanda baris. Guru hendaklah memastikan pelajar menyebut hujung kalimat dengan betul. Guru juga dikehendaki mengenalkan ayat-ayat dari AlQur'an untuk mengenalkan pelajar kepada kefahaman ayat AlQur'an.

      Pada pelajaran 8 dan seterusnya banyak ayat-ayat AlQur'an akan digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Guru hendaklah memastikan pelajar dapat membaca dengan betul, memahami apa yang dibaca dan membuat latihan-latihan seperti yang ada disini.

      Sila muat turun bahan latihan, cetak, diberi kepada pelajar untuk latihan ulangkaji dan kirimkan kepada kami. Kami akan periksa / perhati dan maklumbalas prestasi akan dibuat dan diberi kepada guru dan seterusnya akan dipulangkan kepada pelajar untuk ulangkaji kelemahan atau kemajuan diri.

      Harap Maaf !!!
      Teks kelas 8 - Rumusan2 belum siap

      semula ke-awal laman ini.
      Bahan Latihan

      -Latih-tubi Projek Perintis Sekolah-

      Saya amat berterima kasih kepada pihak yang membawa kaedah ini kedalam sistem pendidikan mereka bermula dari March 2008.

      Taklimat pembinaan ayat perlu dibuat sebelum latihan-latihan tersebut diberi kepada pelajar. Fail-fail ada kata-kunci. Sila hubungi kami untuk kata laluan.
    • ada lagi ......akan bersambung dengan latihan rumusan.
    • ada lagi ......akan bersambung dengan latihan rumusan.

    Maaf>>>Ruang telah padat...sila klik sini untuk muat turun bahan Buku 2 dan 3.


    Untuk anda yang berminat untuk belajar atau mengajar bahasa Arab, sila-lah hubungi Abdul Rahim. Kami akan memberi segala sokongan untuk anda menjayakan kelas anda.

    Kami akan bantu anda dengan memberikan:

    • Latihan dan kursus mengajar peringkat asas. Sila ke kaedah kursus untuk penerangan.
    • Menyediakan Kerja-kerja latihan pelajar.
    • Memeriksa kerja latihan pelajar.
    • Panduan pelajaran dalam bahasa Inggeris / bahasa Malaysia.
    • Nota-nota kefahaman .
    • Kursus fasilitator untuk pelajar bila tamat.

    • semula ke-awal laman ini

      Untuk mendapatkan buku, CD dan bahan mengajar lain, sila klik: sini

    (keterangan lanjut buku panduan dalam bahasa lain sila hubungi kami.)

    Makluman:
    Kami mohon maaf sekiranya ada kesilapan yang berlaku dalam menyediakan bahan-bahan diatas. Pelawat kelaman ini diundang untuk menghubungi kami untuk membetulkan / menambah / mengurangkan isi kandungan atau bahan dilaman ini. Kami akan amat berbesar hati dan berlapang dada dengan segala teguran.
    Terima kasih.

    Satu Nasihat:

    Belajarlah perkara asas dengan mantap dan rujuk kepada yang asas jika was-was.
    Counter
     

    1