xzxz
BIMBINGAN MENJAWAB
drama
KERIS LAKSAMANA BENTAN

wb01059_.gif (1899 bytes)

PEMIKIRAN
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Berikan fakta / pernyataan tentang pemikiran
2. Huraikan fakta / pernyataan yang dinyatakan itu
3. Elakkan daripada menyebut nama watak ketika membina fakta / pernyataan

CONTOH SOALAN 1

Berdasarkan drama " KERIS LAKSAMANA BENTAN " oleh Shahrom Husain, huraikan pemikiran yang terdapat di dalamnya.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Drama ini mengemukan pemikiran tentang kebangkitan rakyat untuk menentang golongan bangsawan atau pemerintah dalam usaha menegakkan kebenaran dan keadilan. Atau dalam erti kata lain " raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

Laksamana Bentan telah bangkit dengan nekad dan beraninya berjuang menentang Sultan Mahmud II yang telah bertindak zalim dan kejam membunuh isterinya, Wan Anum.

Pada mulanya Laksamana Bentan seorang yang amat setia dan patuh pada perintah Sultan. Beliau sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung bila dititahkan oleh Sultan menghapuskan kerajaan Jambi dan Haru yang bangkit menderhaka kerhadap Johor Lama. Namun segala jasa, pengorbanan dan kesetiaannya itu tidak pernah diambil kira oleh Sultan. Akibat seulas nangka yang diidamkan oleh Wan Anum, dia telah dihukum bunuh oleh Sultan.

Tindakan Sultan ini dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Laksamana Bentan, lalu beliau bangkit untuk bela. Buka sekadar itu saja, beliau juga mahu menghapuskan kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Sultan. Pada Laksamana Bentan keadilan dan kebenaran perlu ditegakkan.

Laksamana Bentan tidak berseorangan. Perjuangannya disokong pula oleh Tun Aman. Sasaran Laksamana Bentan dan Tuan Aman bukan sahaja kepada Sultan, tapi juga kepada pembesar- pembesar seperti Penghulu Bendahari, Seri Bija Wangsa dan Petanda yang mementingkan diri, dengki dan bertindak zalim seperti sultan.

CONTOH SOALAN 2

Berdasarkan drama " MALANG " karya A. Shukor Harun, huraikan:
                     (a) Pemikiran ( tema ) drama tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Drama ini memaparkan pemikiran tentang keretakan dan kehancuran sesebuah rumahtangga yang ada hubungan-kaitnya dengan keadaan kepincangan dalam masyarakat.

Perkahwinan Yazid dan Misnah atas dasar cinta sama cinta telah digugat oleh ibu Mak Yam iaitu Yazid sendiri. Mak Yam mahukan Yazid berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri yang berasal dari keturunan baik dan berdarjat mulia. Perkahwinan Yazid dan Misnah menyebabkan cita-cita dan rancangan Mak Yam gagal. Mak Yam begitu bencikan Misnah. Pelbagai fitnah dan tohmah dilemparkan kepada Misnah. Misnah dikatakan tidak pandai mengurus rumah, tidak tahu melayan suami dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan kampung. Semua fitnah dan tomahan ini bertujuan supaya Misnah berpisah dengan Yazid dan meninggalkan rumahnya. Semua itu tidak berhasil mengugat kesabaran Misnah. Bagaimanapun keadaan menjadi berubah bila Dollah, adik ipar Misnah cuba menodanya. Apabila Misnah enggan menduakan suaminya, Dollah telah memutar-belitkan cerita dengan menuduh Misnah sebagai punca sehingga tercetusnya kejadian itu. Kesempatan ini telah digunakan oleh Mak Yam untuk mempengaruhi Yazid supaya bencikan Misnah. Dan ekoran dari kejadian inilah rumahtangga Yazid dan Misnah yang dibina atas dasar cita itu retak dan runtuh. Misnah telah keluar meniggalkan rumah mertuanya dan pulang kepangkuan ayahnya di Singapura.

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

PERSOLAN
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Bina fakta/pernyataan persoalan
2. Beri contoh berdasarkan peristiwa dalam teks yang disoal
3. Jawapan hendaklah ringkas, padat dan tepat dengan kehendak soalan

CONTOH SOALAN 3

Berdasarkan drama " KERIS LAKSAMANA BENTAN " oleh Shahrom Husain, huraikan

(a) persoalan-persoalan

CADANGAN ISI JAWAPAN

(a) Persoalan-persoalan

Antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam drama ini ialah:

1. Kepahlawanan dan keberanian
Laksamana Bentan seorang yang pahlawan yang gagah dan berani. Keberaniannya terbukti dengan kejayaannya mengalahkan kerajaan Jambi dan Haru yang bangun menentang Johor Lama.

2. Cinta kepada negara
Keadaan ini dapat dilihat pada Laksaman Bentan. Cinta pada negara lebih utama daripada yang lainnya. Kerana itulah dalam saat-saat isterinya yang sarat mengandung anak sulungnya, beliau masih sanggup meninggalkannya.

3. Kasih sayang
Laksamana Bentan begitu kasih dan sayangkan isterinya Wan Anum. Bila Wan Anum dibunuh, beliau bangkit untuk menuntut bela di atas kematian isterinya walaupun terhadap sultan atau tuannya sendiri.

4. Dengki dan khianat
Seri Bija Wangsa dengkikan Laksamana Bentan kerana sering mendapat perhatian daripada sultan dan bendahara. Akibat daripada rasa dengki inilah beliau telah mengkhianati Laksamana Bentan dengan cara menyokong dan menghasut sultan supaya membunuh Wan Anum.

5. Kuasa mutlak sultan
Sultan Mahmud II ternyata mempunyai kuasa mutlak. Setiap kata dan perintahnya tidak boleh dibantah. Kerana itulah bila baginda mahukan Wan Anum dibunuh, semua pembesar termasuk bendahara terpaksa akur.

6. Konsep Derhaka
Konsep ini memaparkan yang rakyat mesti taat, patuh dan setia kepada pemerintah atau sultan. Menentang sultan bererti derhaka. Rakyat yang menderhaka kepada raja atau sultan akan menerima bencana kerana baginda mempunyai kelaulatan. Lanjutan dari sinilah, Laksamana Bentan dan Tun Aman yang bangkit menentang sultan menerima akibatnya. Tuan Aman mati dibunuh oleh Bentara Luar atas perintah Sultan dan Laksamana Bentan mati akibat kedaulatan sultan.

7. Perbuatan jahat akan menerima pembalasan yang setimpal dengannya.
Hal ini terllihat pada Sultan Mahmud II. Perbuatannya yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup membunuh Wan Anum kerana seulas nangka menerima pembalasanya. Baginda telah mangkat ditikam oleh Laksamana Bentan.Begitu juga dengan Seri Bija Wangsa yang dengki dan khianat telah menemui ajalnya ditangan Tun Aman

8. Keagamaan
Laksamana Bentan menikam Sultan Mahmud II ketika baginda berada di atas usungan dalam perjalanan untuk menunaikan sembahyang jumaat. Begitu juga semasa baginda kesakitan kerana bisa keris Laksamana Bentan, baginda berkali-kali mengebut perkataan Allah

CONTOH SOALAN 4

Apakah persoalan-persoalan yang dipaparkan oleh Abd. Talib Mohd. Hassan dalam drama " PENANTIAN "

CADANGAN ISI JAWAPAN

Melalui drama Penantian ini, Abd. Talib Mohd Hassan mengungkapkan beberapa persoalan. Antaranya:

1. Kasih sayang
Anjang Aki sangat sayang akan anaknya. Saban hari dia menunggu dengan penuh harapan kepulangan anaknya. Dia ingin mencium, memeluk dan menjulang anaknya yang telah berpisah dengannya lebih daripada sepuluh tahun itu bila anaknya tiba di pangkalan.

2. Kesabaran / ketabahan / kegigihan
Anjang Aki begitu sabar dan tabah menanti kepulangan anaknya dari sehari ke sehari walaupun diejek dan dipersenda oleh orang-orang kampung. Dia bersabar menghadapi pemuda-pemuda yang selalu mempermainkannya.

3. Fitnah
Anak Anjang Aki yang lari meninggalkan kampung kerana difitnah melakukan perbuatan sumbang dengan Saniah.

4. Tidak menghormati orang tua
Pemuda-pemuda kampung seperti Akil, Samin dan Sani ternyata tidak menghormati orang tua. Mereka mempermain-mainkan Anjang Aki. Pangkin yang selalu diduduki oleh Anjang Aki dirobohnya.

5. Kerjasama dan tolong-menolong
Keluarga Pak Shukur banyak memberi pertolongan kepada Anjang Aki. Mereka selalu bertanya khabar tentang kesihatan Anjang Aki dan mereka juga menasihati Anjang Aki supaya menjaga kesihatannya.

6. Budi bahasa atau tingkah laku mulia akan disenangi.
Soadah, anak dara Pak Shukur yang mempunyai budi bahasa yang baik dan tingkah laku yang elok menyebabkan Latih ingin menjodohkan Saodah dengan anaknya Lamin. Anjang Aki pula menunjukkan reaksi untuk menjodohkan soadah dengan anakanya bila anaknya pulang nanti.

7. Pelajaran atau pendidikan
Dengan adanya pelajaran manusia dapat mengubah corak hidupnya. Anak Anjang Aki telah mendapat pelajaran tinggi. Hidupnya berubah. Dia kini telah menjadi Pegawai Daerah.

8. Pengorbanan
Anak Anjang Aki terpaksa berkorban meninggalkan kampung dan orang tuanya keran sesuatu. Akhirnya dia berjaya. Dia berjaya dalam pelajaran. Dia berjaya dalam hidup. Demikian juga dengan Anjang Aki yang tidak jaemu-jemu menanti kepulangan anaknya. Akhirnya anaknya pulang dengan kejayaan.

9. Ketidakadilan seorang ketua atau pemimpin.
Sidang Buyung yang menjadi ketua Pasir Roboh bertindak tidak adil dan kejam ke atas Anjang Aki. Dia tidak membenarkan Anjang Aki menunggu kepulangan anaknya semasa upacara menyambut rombongan Pegawai Daerah kerana Anjang Aki tua dan pakaiannya comot dan kotor.

10. Kasih dan cinta kepada kampung halaman.
Anak Anjang Aki yang diusir sepuluh tahun dulu masih cintakan kampung halamannya. Dia pulang ke kampungnya untuk menziarahi dan mendapatkan bapanya.

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

MESEJ / PENGAJARAN
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Bina fakta/pernyataan yang mengandungi unsur pengajaran / nasihat / saranan. Sebaik-baiknya fakta/pernyataan yang dibina itu biarlah ada saranan dan kesan saranan
2. Bentuk ayat jenis mengajar dalam pembinaan fakta / pernyataan
3. Berikan contoh yang berupa peristiwa dari teks kiranya diminta oleh soalan

CONTOH SOALAN 5

Apakah pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam drama " PENANTIAN " karya A. Talib Mohd Hassan

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Sekiranya kita mahu sesuatu usaha yang dilakukan itu berjaya, kita hendaklah tabah, gigih dan yakin ketika mengerjakannya.
2. Kita mestilah menghormati orang-orang tua
3. Berilah kerjasama dan pertolongan kepada pihak yang lemah dan memerlukan pertolongan
4. Sebagai anak kita hendaklah mematuhi arahan dan nasihat ibu-bapa dan orang yang lebih tua daripada kita
5. Kita janganlah mengejek dan mempersendakan orang lain
6. Seorang ketua mestilah bersifat amanah dengan tugas dan tanggung jawab yang diberikan kepada kita
7. Lakukanlah pekerjaan dengan kesanggupan dan kemampuan diri sendiri.
8. Fitnah memfitnah adalah perbuatan terkutuk dan boleh memecah belahkan masyarakat.
9. Pelajaran boleh mengubah corak hidup seseorang dan menjamin hari depan yang baik
10. Tingkah laku yang baik dan budi bahasa yang mulia akan disenangi dan disayangi ramai.

CONTOH SOALAN 6

Berdasarkan drama " MALANG " karya A. Shukor Harun, apakah mesej-mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Kebahagian dan kerukunan rumah tanggga bukan terletak kepada nilai-nilai kebendaan tetapi kepada kesucian cinta dan peribadi yang mulia
2. Keharmonian sesebuah rumah tangga akan menjadi retak dan musnah bila ada campur tangan mertua
3. Kasih sayang ibubapa terhadap anak tidak pernah luntur dan berpanjangan sampai bila-bila.
4. Menghormati orang tua dan ibu bapa adalah sikap terpuji
5. Manusia mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segala- galanya.
6. Bertindak terburu-buru tanpa usul periksa akan membawa padah dan merugikan.
7. Fitnah adalah perbuatan terkutuk. Akibatnya sebuah rumah tangga boleh runtuh.
8. Bertindak melulu dan mengenepikan nasihat orang tua akan membawa akibat buruk
9. Meminta dan memberi maaf adalah perbuatan terpuji dan dituntut oleh Islam.
10. Orang yang kecewa sanggup melakukan apa saja untuk menutup rasa kekecewaannya.

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

PLOT
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Pelajar-pelajar perlu tahu rentetan peristiwa dan teknik yang membangunkan plot
2. Bincangkan TIGA aspek berikut:

(a) Jenis Plot
(b) Struktur Plot
(c) Unsur / Teknik Plot

3. Elakkan dari memberi ringkasan cerita / sinopsis.

CONTOH SOALAN 7

Berdasarkan drama " REKAAN UTAMA " karya Kala Dewata, huraikan:

(a) huraikan plot drama tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Plot drama ini berkembang secara kronologi. Peristiwa-peristiwanya berkembang mengikut urutan masa.

2. Perkembangan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita saling berhubung atas dasar sebab dan akibat.

3. Keadaan ini menjadikan plot drama ini tersusun dengan kemas dan teratur sehingga audien mudah mengikuti ceritanya.

4. Cerita bermula dengan pengenalan tentang tiga buah negara iaitu negara Rakanda, Sia-sia dan Gelanda.

5. Negara Rakanda yang telah kaya tetapi tidak kuat mahukan saintisnya mencari jalan ke arah itu. Negara Sia-sia yang telah kuat mahukan saintisnya mencari jalan supaya menjadi kuat. Sementara negara Gelanda yang tidak menpunyai kekayaan dan kekuatan berikhtiar untuk mendapatkan semua itu.

6. Cerita berkembang dengan Saintis di negara Rakanda berjaya mencipta senjata moden yang boleh menghancurkan negara yang terkuat di dunia.

7. Kejayaan negara Rakanda itu telah menyebabkan Gelanda datang menemui Rakanda. Dalam pertemuan Rakandan bukan sahaja dapat melihat sejata moden itu tapi juga berjanji akan berusaha mempengaruhi Sia-sia supaya menyerang Rakanda.

8. Cerita terus berkembang dengan negara Sia-sia berjaya pula mencipta senjata yang beasaskan transuranik yang boleh memusnahkan segala bom nuklear negara Rakanda.

9. Cerita terus berkembang lagi bila Gelanda berkunjung ke negera Sia-sia dengan membawa berita Rakanda akan menyerang Sia-sia

10. Bagaimana pun usaha-usaha diplomasi perang yang dilakukan oleh Gelanda tidak berhasil.

11. Cerita sampai ke klimaksnya bila saintis negara Gelanda berjaya mencipta alat yang dipanggil Rekaan Utama yang boleh menghilangkan ingatan manusia sehingga lupa akan ilmu pengetahuan yang sedia ada.

12. Cerita dileraikan bila semua yang memakai atau menggunakan alat Rekaan Utama itu berubah kepada keadaan asal dan lupa kepada segala pengetahuan yang sedia ada.

13. Walaupun ceritanya berkembang secara kronologi tetapi tetap menarik kerana pengarangnya berhasil menggunakan unsur suspen dengan baik dari awal hingga ke akhir cerita. Misalnya audien akan tertanya-tanya:

(i) Bagaimanakah usaha Gelanda supaya Rakanda dan Sia- sia berperang?
(ii) Berperang atau tidak Rakanda dan Sia-sia?
(iii) Mampukan Saintis Gelanda mencipta alat yang boleh mendorongkan Rakanda dan Sia-sia berperang
(iv) Siapakah akan memulakan serangan? Rakanda atau Sia- sia?
(v) Adakan Rekaan Utama berjaya mencapai matlamatnya?
(vI) Apa akan jadi kepada ketiga-tiga pemimpin negara itu?

14. Kesimpulannya, plot drama ini menarik dan teratur dismping dialog sinis, penuh wits dan unsur jenaka mampu memaksa audien mengikuti ceritanya dari awal hingga keakhirnya tanpa jemu.

CONTOH SOALAN 8

Berdasarkan drama " PENGADILAN " karya Mana Sikana, huraikan peristiwa-peristiwa yang menimbulkan unsur suspen dalam drama ini.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Antara peristiwa-pwristiwa yang menimbulkan unsur sunpen yang terdapat dalam drama " Pengadilan " karya Mana Sikana ini ialah seperti berikut:

1. Peristiwa Hitam menyampaikan berita kematian Ngah Deman kepada Pak Aji. Pak Aji begitu terperanjat kerana inilah pertama kali kejadian ngeri seperti ini berlaku di kampung ini. Disini timbullah tandatanya siapakah yang telh membunuh Ngah Deman?

2. Peristiwa Budin pula yang memberitahu Pak Aji yang konon Ngah Deman tidak terbunuh seperti yang didakwa oleh Hitam tapi sebaliknya dialah yang membunuh. Budin menegaskan yang dia sendiri melihat mayat yang terbujur bukan lah mayat Ngah Deman. Timbul lagi tandatanya siapkan yang benar? Budin atau Hitam

3. Peristiwa Hitam dan Bidin berkelahi dan masing-masingmahu menegakkan kebenaran, degil sehingga Pak Aji membuat kesimpulan " Agaknya kedua-duanya sekali yang mati. Kamu Bidin melihat mayat laki Bibah tu, dan kau pula Hitam ternampak mayat si Ngah Deman itu" Keadaan menjadi semakin suspen. Siapakah yang mati? Adakah Ngah Deman? Adakah laki Bibah? Adakah kedua-duanya sekali? Atau mungkin orang lain?

4. Peristiwa Bibah yang dipersalahkan sehingga berlakunya pembunuhan. Kata Hitam, " Mereka merebutkan engkau sampai terjadi pembunuhan". Timbul lagi tandatanya siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Hitam itu? Siapakah pembunuhnya?

5. Peristiwa Bibah mendakwa yang lakinya tidak mati dan mendakwa yang Ngah Deman mati kerana membunuh diri. Timbul pertanyaan, betulkah keterangan Bibah itu? Dan mengapa pula Ngah Deman membunuh diri?

6. Peristiwa kemunculan Ngah Deman secara tiba-tiba dalam keadaan Bidin dan Hitam yang sedang berkelahi dan Bibah yang sedang menangis menimbulkan kehairanan kepada mereka semua. Timbul kehairanan dan suspen. Siapakah yang mati?

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

WATAK DAN PERWATAKAN
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Para pelajar perlu membincangkan dua aspek berikut :

(a) Sifat fizikal ( luaran)
(b) Sifat Psikologikal ( dalaman )

2. Sebaik-baiknya berikan contoh-contoh yang sesuai semasa membincangkan sifat psikologikal untuk mengukuhkan jawapan.
3. Cari dan catat aspek-aspek perwatakan terlebih dahulu sebelum menjawab supaya pelajar tidak memberi sinopsis ketika menjawab.
4. Jawapan tidak perlu melerek. Mesti ringkas dan padat.

CONTOH SOALAN 9

Drama " REKAAN UTAMA " karya Kala Dewata mengemukan tiga watak utama iaitu Ketua Negara Rakanda, Ketua Negara Sia-sia dan Ketua Negara Gelanda. Buat satu huraian ringks tentang watak dan perwatakan watak-watak tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

Ketua Negara Rakanda

1. Pemimpin Negara Rakanda, sebuah kerajaan yang paling kaya berbanding dengan Negara Sia-sia dan Gelanda.
2. Bercita-cita inginkan negaranya kuat dan ingin menakluki negara lain.
3. Mementingkan kebendaan dan tidak pernah menitik beratkan kebajikan rakyat. Rakyat tidak cukup makan tidak apa asalkan ada motokar
4. Berperwatakan keras dan tegas. Perintahnya tidak boleh dibantah
5. Ada kuasa Veto - memaksa sintisnya mencipta sesuatu yang baru
6. Mesra dan peramah - menerima kedatangan Ketua Negara Gelanda sebagai tetamu
7. Perahsia - tidak mahu memberitahu ciptaan terbaharu kepada Ketua Negara Gelanda
8. Mudah terpengaruh - Apabila Ketua Negara Gendala memberi pandangan bahawa ciptaan terbaharrunya perlu diumumkan untuk menakut-nakutkan musuhnya Negara Sia-sia, beliau terus bersetuju dengan pandangan itu
9. Angkuh dan sombong - Bila ciptaan terbaharunya siap beliau bersedia untuk menyerang Negara Sia-sia cuma menunggu shaja Negara Sia-sia menyerang negaranya.
10. Menjadi mangsa kepada negara yang lemah - beliau tersipu-sipu dan menari-nari seperti kanak-kanak setelah memakai alat Rekaan Utama ciptaan pakar saintis Negara Gelanda.

Ketua Negara Sia-sia

1. Pemimpin Negara Sia-sia, sebuah negara yang kuat tetapi tidak sekaya Negara Rakanda.
2. Mempunyai sikap tamak - walaupun negaranya sudah kuat tetapi beliau masih tidak puas hati dan mahukan pula negaranya kaya.
3. Tidak bertimbang rasa - Beliau memaksa saintisnya mencipta senjata termoden untuk menyerang negara Rakanda
4. Bercita-cita jahat - Beliau akan menyerang negara Rakanda dan merampas semua motokarnya kalau negara Rakanda tidak mahu menjualkan motokor kepada negaranya.
5. Angkuh, sombong dan bongkok - Beiau menganggap negaranya yang terkuat di dunia kerana negaranya berjaya menguasai semua hipron, proton dan positron. Sekarang beliau bercita-cita mahu menjadikan negaranya kaya dengan cara menyerang negara Rakanda dan merampas semua motokar di negara itu.
6. Sikapnya berubah menjadi takut dan gementar bila beliau mengetahui negara Rakanda telah berjaya mencipta senjata baru yang lebih baik dan hebat daripadanya.
7. Berpegang kepada prinsip tunggu dan lihat - Beliau tidak mahu menyerang negara Rakanda terlebih dahulu tetapi akan membalsnya bila negara itu menyerang negaranya.
8. Tidak berhati-hati dan gelojoh - Beliaulah orang yang mula-mula mencuba alat Rekaan Utama dengan anggapan dengan berbuat demikian dia akan dapat menghilangkan segala pengetahuan manusia.
9. Menjadi mangsa kebodohon diri sendiri - setelah memakai alat rekaan utama dia tersenyum-senyum kambing dan takut melihat kerusi yang disediakan untuknya.

Ketua Negara Gendala

1. Pemimpin Negara Gendala iaitu sebuah negara yang sederhana, tidak kaya dan tidak juga kuat.
2. Saintisnya berjaya menghasilkan alat Rekaan Utama iaitu sejenis alat yang boleh melupakan ingatan manusia terhadap segala yang telah dicipta.
3. Bercita-cita mahukan negaranya menjadi lebih kuat dan lebih kaya daripda rakan-rakannya Negara Rakanda dan Sia- sia.
4. Mempunyai keazaman yang kuat - Beliau berazam mahu menghapuskan kerajaan Rakanda dan Sia-sia
5. Bersikap zalim dan tidak berperi kemanusiaan - Untuk menghapus kedua-dua negara yang menjadi musuhnya, beliau telah memaksa saintisnya menghasilkan satu ciptaan yang yang terbaik dan sedia memenjarakan saintisnya bila ciptaam itu tidak berjaya kelak.
6. Mengagung-agungkan pingat dan bintang kebesaran - awal- awal lagi beliau sanggup memberi anugerah bintang kebesaran kepada saintisnya bagi mencipta senjata moden yang akan digunakan untuk mengalahkan musuh-musuhnya.
7. Bersikap tergesa-gesa dan tidak sabar - Beliau mahu saintisnya mencipta senjata moden sseberapa segeranya
8. Cekap dalam diplomasi perang - Beliau memainkan diplomasinya untuk melaga lagakan Negara Rakanda dan Sia- sia supaya saling berperang antara satu sama lain.
9. Mementingkan diri dan sanggup menaburkan fitnah - Beliau sanggup berbaik-baik dengan kedua-dua musuhnya dan kepada Ketua Negara Sia-sia beliau membawa berita palsu kononnya Negara Rakanda akan menyerang negara itu.
10. Tidak mudah putus asa - Beliau tidak kecewa walaupun usaha nya memujuk musuh musuhnya berperang gagal.
11. Menjadi mangsa kerana keangkuhan diri sendiri - Bila memakai alat Rekaan Utama beliau kemudianya telah menanggalkan baju dan seluarnya satu persatu sehingga tinggal seluar dalam sahaja dan menjadi amat berbudi bahasa.

CONTOH SOALAN 10

Huraikan watak dan perwatakan Misnah seperti yang digambarkan dalam drama " MALANG " karya A. Shukor Harun

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Watak utama dan pratagonis
2. Anak perempuan kepada Encik Ariffin. Berasal dari keluarga yang mewah di Singapura
3. Isteri kepada Yazid dan menantu kepada Mak Yam. Kegemaran nya adalah menjahit pakaian
4. Secara fizikalnya, Misnah seorang yang masih muda, cantik dan menarik
5. Tidak sombong dan bongkak dengan segala kekayaan dan kemewahan keluarganya, kerana itu dia tidak memilih kawan.
6. Sanggup meningggalkan kemewahan dan kekayaan keluarganya kerana cintanya kepada Yazid.
7. Cintanya kepada Yazid adalah cinta sejati, kerana itu dia menolak cinta seorang pemuda yang bernama Kasim kepadanya.
8. Seorang isteri dan menantu yang baik hati dan tahu diri. Dia tidak meninggikan suara walaupun sentiasa disindir dan dileteri dan dimarahioleh mertuanya.
9. Cepat mengikut perasaan dan bertindak melulu. Dia sanggup meninggalkan ibubapanya bila keluarganya menghalang perkahwinannya dengan Yazid.
10. Mempunyai pandangan yang sempit dan tidak mampu menjangka serta merencana masa depan dengan baik. Perkahwinannya dengan Yazid atas dasar cinta tidak mendatangkan kebahagian seperti yang dijangkakan.
11. Isteri yang tabah dengan nasib malang yang mmenimpanya. Misnah tetap sabar dan tabah menjalani hidupnya sebagai isteri Yazid walaupun setiap masa dimarahai dan dileteri oleh mertuanya.
12. Keras hati - Misnah bertekad keluar meninggalkan suaminya tidak akan datang lagi ke rumah mertuanya setelah difit nah oleh adik iparnya
13. Akur dan patuh kepada nasihat bapa - Misnah akur dan patuh dengan nasihat bapanya supaya jangan kemana-mana setelah dia meninggalkan suaminya dan kembali ke rumah bapanya.
14. Sopan dan menghormati suami - Dia tidak bertindak kasar dan derharka kepada suaminya sewaktu akan keluar daripada rumah mertuannya. Dia bersalam dan mencium tangan suaminya. Dia juga sanggup kembali kepada suamiinya asalkan suminya sanggup menetap di rumah ayahnya.
15. Pemaaf - Dia sedia memaafkan kesalahan ibu mertuanya dengan cara menerima baik kedatangan ibu mertuan ke rumah aya di Singapura.
16. Tegas dan yakin kebenaran memihak kepada pihak yang benar. Ini terbukti dengan kedatangan suami dan ibu mertuannya yang datang meminta maaf dan ingin mengambilnya semula.

CONTOH SOALAN 11

Bandingkan watak LAKSAMANA BENTAN dalam drama " KERIS LAKSAMANA BENTAN " karya Shahrom Husain denga watak HANG JEBAT dalan drama " MATINYA SEORANG PAHLAWAN " karya Usman Awang.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Kedua-duanya pahlawan
Laksamana Bentan pahlawan kerjaan Johor lama. Hang Jebat pula pahlawan kepada kerajaan Melayu Melaka

2. Kedua-duanya gagah dan berani
Laksamana Bentan berjaya mengalahkan Jambi dan Haru yang bangun menderhaka kepada kerajaan Johor lama. Hang Jebat pula berani menyanggah perintah perintah raja bila raja menjatuhkan hukuman ke atas Hang Tuah tanpa usul periksa.

3. Kekuatan kedua-dua watak ini terletaka kepada senjata masing-masing.
Kekuatan dan kehebatan Laksamana Bentan terletak pada keris Bentannya dan kekuatan Hang Jebat pula terletak pada keris Taming Sari. Bila keris Taming Sari berada ditangan Hang TUah, Hang Jebat dengan mudah dialahkan oleh Hang Tuah

4. Pada mulanya kedua-dua watak ini amat setia dan mentaati perintah raja, tetapi kemudiannya bangkit menentang raja bila raja bertindak zalim dan tidak adil
Laksamana Bentan pada mulanya ternyata amat taat dengan perintah raja. Beliau sanggup meninggalkan isterinya yang sarat mengandung anak sulong semata-mata untuk menghapuskan penderharkaan Jambi dan Haru terhadap Johor Lama tetapi keada menjadi berubah dan bangkit menentang raja bila beliau mendapat tahu isterinya Wan Anum dihukum mati cuma kesalahan yang kecil kerana memakan seulas nangka kepunyaan raja. Begitu juga dengan Hang jebat. Beliau pada mulanya begitu setia, akur dan taat kepada raja Melaka seperti juga rakan-rakannya Hang Tuah dan Hang Kasturi, tetapi bila Hang Tuah dijatuhkan hukuman mati kerana fitnah bermukah dengan gundik kesayangan raja, Hang Jebat kemudiannya bangkit menentang raja Melaka.

5. Kedua-duanya bercita-cita tinggi bagi menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan
Kepada Laksamana Bentan tindakan raja yang membunuh isterinya kerana alasan yang kecil berbanding dengan jasa yang telah diberikan kepada raja adalah keterlaluan dan zalim. Kerana itu beliau bertindak membunuh raja supaya cita-citanya untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kesdilan tercapaai. Keadaan ini terdapat juga pada Hang Jebat. Hang Jebat bercita-cita menegakkan keadilan yang dirasakan tindakan raja membunuh Hang Tuah tanpa usul periksa adalah zalim.

Kerana cita-citanya inilah kedua-duanya menjadi pendendam, pemarah dan kemudian sanggup melakukan penderhakaan kepada raja.

6. Kedua-duanya juga punyai perasaan kasih sayang.
Cuma bezanya, Laksamana Bentan sayangkan isterinya dan Hang Jebat pula sayangkan persahabatannya dengan Hang Tuah.

7. Kedua-duanya bertindak dengan kejam. Namun yang jelas tindakan Hang Jebat ternyata lebih kejam lagi.
Selepas ditikam oleh Hang Tuah, beliau telah mengamuk dan membunuh rakyat Melaka. Kekejaman Laksamana Bentan hanya ditumpukan kepada raja sahaja.

8. Kedua-duanya mati akibat perbuatannya.
Hang Jebat mati ditikam oleh Hang Tuah. laksamana Bentan pula mati kerana kedaulatan raja

 

Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Back || Up || Next