abc

wb01059_.gif (1899 bytes)

BAHASA
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Para pelajar perlu menguasai aspek bahasa drama
2. Nyatakan aspek bahasa. Bagi aspek-aspek tertentu, selitkan contoh untuk menguatkan perbincangan.

CONTOH SOALAN 11

Berdasarkan drama " PENANTIAN " karya A. Talib Mohd Hassan, huraikan penggunaan bahasa drama tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Bahasa yang digunakan bersahaja dan sesuai dengan keadaan masyarakat orang-orang kampung yang taraf pendidikannya yang rendah
2. Kata-kata yang digunakan sesuai dan berkesan dengan keadaan watak yang menuturkannya
3. Terdapat penggunaan unsur strikometri. Contohnya:

Latih: Orang tua sasau! Minta aku teh
Malik: Berapa kati kamu dapat malam tadi?
Latih: Sebelah kati campur semua
Syukur: Berapa sekati?
Latih: Dapatlah tiga puluh!

3. Penggunaan dialek atau loghat tempatan. Contoh:

(i) sembilan kupang lima duit ( m/s 107 )
(ii) Moh kita robohkan pankin itu! ( m/s 117 )

4. Unsur perbandingan atau semile. Contohnya

Siah: Kamu semua ni macam budak-budak ( m/s 109 )
Aki: Kamu menyanyi macam katak ( m/s 110 )
Aki: Kamu takutkan pegawai-pegawai seperti kamu takutkan hantu ( m/s 118 )

5. Unsur bahasa sinis atau sindiran, Contohnya:

Aki: Alihlah. Robohkan pun boleh. Pankin tu pun dah uzur benar! Tentu pegawai daerah boleh menimbangkan pembinaan pankin yang baru pula

6. Unsur bahasa humor atau jenaka, contohnya:

Akil: Pegawai rambu agaknya, tuk?
Aki: Pegawai rambu apa?
Sani: Pegawai yang mengukur jalan. Pegawai yang selalu menjalankan tugasnya memperhati kerja orang lain. Kerjanya memang senang tuk, tapi gajinya tak adalah! (ketawa)
Akil: Isy.... janganlah kamu ketawakan atuk Anjang. Dia sedang menanti tu, biarkan dia
Sani: (Meninggi) Si Luncai terjun dengan labu-labunya
Akil & Samin: Biarkan, biarkan. (ketawa) ( m/s 109 )

7. Unsur peribahasa, Contohnya:

Aki: (Sindir) Hem.... Tak ada beban batu digalas. ( m/s 117 )
Si Luncai terjun dengan labu-labunya
( m/s 109 )

8. Unsur puisi, Contohnya:

Sani: (menyanyi)
Penantian kini mungkin berakhir
Anakku pulang darilah hilir
Tidakkah lagi air mataku mengalir
Duka gembira datangnya bergilir ( m/s 110 )

9. Unsur tropen juga digunakan, contohnya:

' Anjang, saya cakap bukan nak lawan Anjang. Sungguh pun saya dengan Anang tidak ada kena-mengena, tapi saya seperti bertanggung jawab dengan Anjang...' ( m/s 105 )

10. Penggunaan unsur sarkasme, Contohnya:

' Pakaian tu, amboi.......kotor dan selekeh benar '
' Maafkan orang tua ini, encik. Dia dah kurang siuman ' ( m/s 116 )

11. Repitasi juga digunakan, contohnya:

Akil : Dan masa itu belum ada balai raya!
Samin : Belum ada masjid batu!
Sani : Belum ada sekolah ( m/s 109 )

CONTOH SOALAN 12

Berdasarkan drama " MATINYA SEORANG PAHLAWAN " karya Usman Awang, huraikan:

(a) gaya bahasa

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Bahasa yang digunakan adalah puitis. Usman Awang menggunakan prosa lirik yang mampu memberi keindahan dan keberkesanan kepada dialognya.
2. Dialog yang digunakan juga sesuai dan berkesan sehingga mampu memberi kekuatan kepada pemikiran dan persoalan yang cuba hendak digambarkan.
3. Diksi atau kata-kata yang digukan juga puitis dan berkesan, contohnya ` buluh perindu , `merdu, kucupan kasih ' dan sebagainya.
4. Bahasa yang digunakan juga lebih terarah kepada bahasa klasik atau bahasa istana ( dalam ), contohnya;

' Raja Melaka lari dari istana,
yang perkasa dan megah bertahta,
hanya kerana si Jebat seorang' (m/s 61)

5. Unsur personafikasi, Contoh:

(i) Bagiku hanya keris yang berbicara (m/s 49)
(ii) Ketika maut menjamah datang (m/s 53)
(iii) kalau benarlah maut yang menyapa (m/s 54)

6. Unsur Semile, Contoh:

(i) Suaramu itu seperti buluh perindu (m/s 45)
(ii) Ia lincah seperti belut kering (m/s 52)

7. Unsur Hiperbola, Contoh:

supaya akan kubalskan darah mereka
yang telah banyak menganak air
mengalir dari tubuh-tubuh yang tidak berdosa ( m/s 50 )

8. Inversi, Contoh:

untuk menerima
sebuah kucupan kasih selama ( m/s 48 )

9. Unsur satira atau sindiran, Contoh:

Engkau tidak berdosa memang kuakui, Tuah,
tapi taat setiamu itu menyebabkan aku tertawa dan begitu anehnya kurasakan sekarang segala orang menitahkan segala kematianmu

kau junjung dengan segala kerelaan
seperti kau junjung segala titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu ( m/s 57 )

10. Repitasi, Contoh:

Darah! Darah! Darah! ( m/s 61 )
Kurnia! Kurnia! Kurnia! ( m/s 61 )

11. Peribahasa, Contoh:

Alang-alang mandi biar basah,
kepalang retak biar punah (m/s 51)
Lidah tak bertulang (m/s 52)

12. Penggunaan unsur Ironi, contohnya:

' Bukan begitu orang kaya,
hatiku tak tersabar geramnya melihat,
bangun badan yang bagus itu melayan melompat, dan Taming Sari pun telah merindui....
(m/s 57)

13. Tropen juga digunakan, contohnya:

'....pergilah Dang Wangi,
bawa kasihmu bersama
seperti yang kau tinggalkan
padaku ini' ( m/s 48 )

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

LATAR
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Para pelajar perlu menguasai tiga jenis latar:
             Latar Tempat - Tempat berlakunya peristiwa atau tempat pergerakan watak
             Latar Masa atau Zaman - Waktu dan bila berlakunya peristiwa dan pergerakan watak-watak
             Latar Masyarakat - citra masyarakat

CONTOH SOALAN 13

Berdasarkan drama " KERIS LAKSAMANA BENTAN " karya Shahrom Husain, huraikan latar tempat drama tersebut mengikut babakannya.

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Secara keseluruhannya latar tempat utama drama ini ialah kerajaan negeri Johor Lama pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II di Johor.

2. Dalam Babak I

Di istana sultan iaitu di balairong Seri. Di majlis Penghadapan di balairong seri ini tergambar susunan pembersar-pembesar iaitu, Bendahara yang bertindak sebagai penasihat sultan berdiri disebelah kanan peterana bersama- sama dengan temenggung. Disebelah kiri peterana pula berdiri Tun Aman dan Tun Indera Bongsu.

3. Dalam Babak II

Lokasinya ialah rumah laksamana Bentan. Pada lokasi ini terlihat Laksamana Bentan sedang berbual-bual dengan isterinya Wan Anum. Wan Anum kelihatan sedang merayu kepada suaminya supaya jangan meninggalkannya dalam keadaan dirinya yang sedang menunggu saat untuk bersalin

4. Balam Babak III

Babak ini menggunakan dua lokasi. Lokasi pertama ialah di jalan di kampung Laksamana Bentan. Pada lokasi ini terlihat Wan Anum berjumpa dengan Penghulu Bendahari yang sedang membawa sebiji nangka kepunyaan raja. Di lokasi ini juga kelihatan Wan Anum meminta seulas nangka dan diberi oleh Penghulu Bendahari.

Lokasi kedua pula ialah di istana, iaitu dibilik Peraduan Raja. Bilik ini dihias dengan kain yang berwarna kuning. Disebelah sebeng (layar) pula diletakkan satu pangkin berkain kuning. Di atas pangkin inilah Wan Anum dibunuh oleh Petanda.

5. Dalam Babak IV

Babak ini juga menggunakan dua lokasi. Pertama di halaman rumah Laksamana Bentam. Pada lokasi pertama ini digambar kan Laksmana yang pulang dengan jayanya membenteras musuh negara. Kemudian datang Tun Aria membawa berita kematian Wan Anum yang dibunuh oleh raja kerana seulas nangka. Dan tentang keazaman Laksamana untuk menuntut bela di atas kematian isterinya.

Lokasi kedua pula ialah di rumah Bendahara. Pada lokasi ini pula terlihat Bendahara, Tun Aman, Temenggung dan Tun Indera Bongsu sedang membincangkan tindakan raja dan kematian Wan Anum. Sedang mereka berbincang, muncul laksmana yang bertekad akan menuntut bela atas kematian isterinya. Berlaku tuduh menuduh dan pertelingkahan pendapat di antara mereka.

6. Dalam Babak V

Babak ini juga memakai dua lokasi. Pertama di rumah Tuan Aman. Di lokasi ini terlihat bagaimana Tuan Aman dan isterinya Tun Dah memerangkap Bija Wangsa sehingga Bija Wangsa akhirnya Tuan Aman berjaya membunuhnya.

Lokasi kedua pula berlaku di rumah Laksamana. Pada lokasi ini Laksamana terkenangkan isterinya Wan Anum sehingga tidurnya diganggu oleh mimpi-mimpi ngeri.

7. Dalam Babak VI

Babak ini menggunakan lokasi di halaman Masjid Johor Lama. Pada lokasi ini Laksamana Bentan telah menikam sultan ketika baginda sedang diusung di atas tandu untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara Laksaman Bentan pula mati akibat daulat sultan.

CONTOH SOALAN 14

Berdasarkan drama " MALANG " karya A. Shukor Harun, huraikan

(a) Latar tempat dan setting drama tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. BABAK I

Adegan I

Latar tempat: Di beranda di ruang rumah Mak Yam ( Keluarga Yazid ).
Setting : Peralatan perabotnya sederhana.
Latar masa : Siang

Adegan 2

latar tempat: Masih di beranda di ruang rumah Mak Yam.
Setting : Peralatan perabotnya sederhana
Latar masa : Malam

Adegan 3

latar tempat: Masih di beranda di ruang rumah Mak Yam.
Setting : Peralatan perabotnya sederhana
Latar masa : Siang

2. BABAK II

Adegan 1

latar tempat: Di ruang rumah Encik Ariffin iaitu ayah Misnah
Setting : Peralatan perabot yang mewah, mahal dan banyak.
Suasana rumah itu lengang.
Di dinding tergantung gambar ibu Misnah.
Latar masa : Siang

Adegan 2

Latar tempat: Masih lagi di rumah Encik ariffin iaitu ayah Misnah
Setting : Peralatan perabot yang mewah, mahal dan banyak
Suasana lengang
Di dinding tergantung gambar ibu Misnah.
latar masa : malam

Adegan 3

latar tempat: Ruang tamu rumah Encik Ariffin, ayah Misnah
Setting : Suasana lengang
latar masa : Siang

CONTOH SOALAN 15

Huraikan keadaan masyarakat seperti yang digambarkan oleh A. Talib Mohd. Hassan dalam drama " PENANTIAN "

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Mengambarkan keadaan masyarakat Melayu di Pasir Roboh.
2. Masyarakat yang tinggal berhampiran dengan Sungai Perak ini dipimpin oleh seorang ketua iaitu Sidang Buyung
3. Mereka terdiri daripada golongan nelayan. Pendapatan mereka bergantung kepada hasil tangkapan ikan. Selain daripada itu terdapat juga golongan peniaga.
4. Amalan kebiasaan masyarakat ini ialah singgah di gerai sebelum pergi atau sesudah pulang dari menangkap ikan.
5. Gerai dijadikan tempat berbual, bertukar fikiran dan tempat mendapatkan maklumat mengenai perkembangan yang berlaku dikampung mereka.
6. Masyarakat di sini menghormati tetamu. Apa lagi kalau tetamu itu berpangkat. Maka sambutan yang meriah akan diberikan. Contohnya, Sidang Buyung mengarahkan anak buahnya membuat persiapan secara besar-besaran untuk menyambut kedatangan pegawai daerah baru yang akan datang ke kampung itu
7. Masyarakat di sini juga cuba menyembunyikan kelemahan dan keburukan yang ada daripada pengetahuan orang luar. Misalnya, Sidang Buyung melarang Anjang aki di pangkin buruk untuk mengelakkan daripada Anjang Aki bertanya Pegawai Daerah entang anaknya. Pak Syukur pula mahukan Anjang Aki berpakaian kemas dan cantik supaya penduduk- penduduk di sini tidak dianggap miskin oleh Pegawai Daerah
8. Amalan fitnah-menfitnah dan tuduhan melulu tanpa usul perikasa berlaku dalam masyarakat ini. Anak Anjang Aki pernah difitnah dan dituduh berlaku sumbang dengan Saniah sepuluh tahun yang lalu.
9. Anggota masyarakatnya suka mengejek perlakuan ganjil anggotanya yang menderita. Mereka menggangapnya tidak siuman dan tidak cuba mahu memahami penderitaan anggota yang lain. Anjang Aki yang setiap hari menanti kepulangan anaknya diejek dan dijadikan bahan ketawa. Malah ada penduduk-penduduk Pasir Roboh menganggapnya tidak siuman.
10. Masih ada anggota masyarakatnya yang tidak menghormati orang tua. Contohnya, pemuda-pemuda kampung Pasir Roboh seperti Akil Sani, dan Samin mempermain-mainkan Anjang Aki dengan pelbagai cara.
11. Amalan kerjasama dan gotong royong masih di amalkan oleh masyarakat ini. Misalnya, penduduk-penduduk kampung Pasir Roboh bekerjasama sewaktu membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Pegawai Daerah ke kampung itu.
12. Masyarakat disini masih berpegang kuat dengan adat. Mereka mengamalkan adat merisik dan melamar. Ini terlihat ketika Latih cuba merisik dan melamar Saodah daripada ibunya Siah.
13. Percintaan sebelum perkahwinan adalah satu larang yang masih dipakai oleh masyarakat ini. Hal ini pula disuarakan oleh Saodah kepada Anjang Aki dengan mengatakan ibunnya sentiasa menasihatinya agar tidak terlibat dalam percintaan.
14. Agama masyarakat disini adalah Islam. Tindakan Siah yang menegur Anjang Aki yang sering berulang-alik dari darat ke baruh sehingga sembahyang tidak menentu membuktikan yang masyarakat di sini mementingkan hal-hal yang bersangkutan dengan agama

 

wb01059_.gif (1899 bytes)

NILAI / UNSUR
Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Pendekatan

1. Soalan tentang unsur/nilai ini merangkumi:

-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, murni, moral dan positif
-sejarah
-Islam

2. Bagi menjawab soalan ini pelajar-pelajar perlu nyatakan nilai/unsur yang dikehendaki.
3. Berikan contoh berupa peristiwa daripada teks yang mengambarkan unsur/nilai tersebut

CONTOH SOALAN 16

Huraikan unsur-unsur kemanusian yang terdapat dalam drama " MATINYA SEORANG PAHLAWAN " karya Usman Awang.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Antara unsur-unsur kemanusiaan yang terdapat dalam drama ini ialah:

1. Berani
Hang Jebat berani menentang kezaliman raja. Beliau juga berani menegakkan kebenaran. Kepadanya, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

2. Taat setia
Hang Tuan sangat setia kepada Sultan Melaka sehingga sanggup membunuh rakannya sendiri yang berjuang menuntut bela kematiannya.

3. Cintakan negara/patriotik
Hang Kasturi sanggup menentang Hang Jebat kerana cinta akan negara. Demikian juga dengan Hang Tuah yang sanggup membunuh Hang Jebat sahabatnya sendiri kerana lebih menyintai negara daripada rakan karibnya.

4. Bijaksana
Dalam pertarungannnya dengan Hang Jebat, hang Tauah memperlihatkan kebijaksanaanya dan kepintaran akalnya untuk merampas kembali keris Taming sari dari tangan Hang Jebat.

5. Setiakawan
Penentangan Hang Jebat kepada Sultan Melaka adalah kerana rasa setiakawannya kepada Hang Tuah. Hang Jebat sanggup melakukan apa saja walau pun terpaksa berdepan dengan rajanya sendiri.

6. Bercita-cita tinggi
Hang Tuah bercita-cita untuk menegakkan kedaulatan dan keutuhan raja. Sementara Hang Jebat pula bercita-cita tinggi hendak menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman yang dilakukan oleh raja.

7. Mengenang jasa
Bendahara yang mengingkari perintah raja yang memerintahnya membunuh Hang Tuah kerana beliau mengenagkan jasa Hang Tuah yang begitu banyak kepada Melaka.

8. Tidak mudah mengaku kalah
Dalam pertarungannya dengan Hang Tuah, Hang Jebat tidak mudah mengaku kalah. Sikapnya inilah yang menyebabkan Hang Tuah agak sukar untuk mengalahkan Hang Jebat.

9. Rendah diri atau tidak egoistik
Dang Wangi yang memiliki sifat merendah diri ini menyebabkan beliau menjadi gundik keasayangan Sultan Melaka. Dan bila Hang Jebat menguasai istana, Dang Wangi juga disukai oleh Hang Jebat.

10. Tenang
Bendahara menerima berita penderhakaan HAng Tuah dengan tenang. Demikian juga dengan Hang Tuah. Mereka menerima hukuman itu dengan sabar dan tenang tanpa bertindak melulu terhadap Sultan Melaka.

CONTOH SOALAN 17

" Saodah ternyata seorang gadis kampung yang memiliki nilai-nilai moral yang terpuji "

Berdasarkan drama " PENANTIAN " karya A. Talib Mohd Hassan, huraikan nilai-nilai moral yang terdapat pada watak Saodah.

CADANGAN ISI JAWAPAN

Anak gadis Pak Syukur dan Siah. Gadis kampung yang membahasakan dirinya Odah ini sentiasa membantu ibu dan ayahnya berniaga di gerai.

Saodah banyak memiliki nilai-nilai moral yang terpuji, antaranya:

1. Patuh kepada Ibu bapa
Dia menuruti atau akur kepada ibu bapanya yang melarangnya bermain cinta. Ini disuarakan sendiri oleh Saodah kepada Anjang Aki.

2. Menghormati orang tua
Saodah tidak pernah berkasar dengan Anjang Aki. Anjang Aki dilayannya dengan baik.

3. Berterus-terang atau jujur
Saodah secara terus-terang menolak permintaan Anjang Aki yang mahukannya menjadi pengganti menanti kepulangan anak Anjang Aki kerana dia mungkin tidak lagi berada di kampung itu lagi pada masa akan datang

4. Rendah diri
Kepada Anjang Aki dia pernah mengakui yang dirinya tidak cantik.

5. Peramah dan mudah mesra
Dia begitu ramah dan mesra ketika berbual-bual dengan Aki

6. Taat kepada agama
Saodah taat mengerjakan solat sehingga pernah ayahnya Pak Syukur menanti-nanti kedatangannya

7. Bertimbang-rasa dan bencikan kekerasan / paksaan
Dia membela Anjang Aki dan mengecam sikap Sidang Buyung yang menghalang Anjang Aki menanti kepulangan anaknya sewaktu Pegawai Daerah akan berkunjung ke kampung itu

8. Berpandangan jauh
Permintaan Anjang Aki agar Soadah menggantikan tempatnya menanti kepulangan anaknya bila dia sudah tiada lagi ditolak oleh Saodah dengan alasan yang jelas mencerminkan fikirannya yang luas dan mempunyai pandangan yang jauh

9. Bertanggung jawab
Ibunya, Siah mengharapkan Saodah menjaga gerai sepeninggalannya kerana urusan-urusan lain

CONTOH SOALAN 18

Berdasarkan drama " PENGADILAN " karya A. Shukor Harun nyatakan unsur-unsur islam yang terdapat dalam drama tersebut

CADANGAN ISI JAWAPAN

1. Memberi dan menjawab salam
Contoh: Hitam telah memberi salam " Assalamualaikum" kepada Pak Aji dan Pak Aji menjawab salam itu " Waalaikumusalam" (m/s 82)

2. Menguruskan jenazah
Contoh: Orang Islam yang mati, wajiblah dimandikan, dikapan, disembahyangkan dan kemudian di kebumikan.

3. Perceraian Talak tiga atau konsep cina buta
Contoh: Bibah diceraikan oleh Ngah Deraman dengan talak tiga. Ngah Deraman kemudiannya meminta seorang lelaki menjadi cina buta dengan mengahwini Bibah supaya dia dapat kembali mengahwini semula Bibah

4. Merujuk kepada hukum Al-Quran dan hadith
Contoh:
(i) Maksud ayat al_quran " Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Barang siapa melakukan demikian secara ceroboh atau zalim maka kami akan membakarnya dengan api" (m/s 95)
(ii) Nabi Muhamad S.A.W bersabda yang maksudnya: " Tidak sepatutnya se seorang daripada kamu mengharapkan kematian dan tidak pula mendoakan supaya kematian itu datang sebelum ajalnya, kerana apabila telah mati putuslah amalan bagi orang beriman umur menambah kebaikan" (m/s 96)

5. Bersumpah dengan nama Allah

6. Menyebut nama Nabi.
contoh: Nabi Muhamad S.A.W

7. Konsep akhirat iaitu syurga dan neraka
8. Konsep dosa pahala
9. Konsep malaikat
10. Konsep berdoa
Contoh: Setiap kali selepas solat, Hitam berdoa supaya usianya dipanjangkan dan amalannya diperbaiki oleh Tuhan

11. Tempat beribadat iaitu surau dan masjid
12. Beristighafar
Contoh: Pak Aji ada menyebut " Astaghfirullahilazim" (m/s 89)

13. Konsep musafir
14. Konsep kesabaran
Contoh: Pak Aji pernah menasihati Hitam supaya bersabar dengan kata-kata " Tuhan beserta dengan orang yang sabar"

15. Percaya kepada Qada dan Qadar Allah
Contoh: Pak Aji pernah menasihati Bibah supaya jangan menyesal dan berputus asa kerana katanya, " Semuanya datang daripada Allah> Semuanya adalah takdir-Nya" (m/s 92)

CONTOH SOALAN 19

Nyatakan unsur-unsur sejarah yang terdapat dalam drama:

(a) KERIS LAKSAMANA BENTAN karya Mana Sikana
(b) MATINYA SEORANG PAHLAWAN karya Usman Awang

CADANGAN ISI JAWAPAN

(a) KERIS LAKSAMANA BENTAN karya Mana Sikana

1- Cerita berlatarkan sejarah Johor-Riau iaitu pada dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II Johor
2- Bentuk pemerintahan feudal atau hairarki. Ada susun lapis masyarakat. Raja mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Empat membantu pentadbiran Sultan.
3- Masyarakatnya masih kuat berpegang dengan konsep Taat setia kepada raja atau engkar dengan perintah raja adalah derhaka
4- Senjata atau peralatan pertarungan yang digunakan ialah senjata-senjata feudal seperti keris lembing tombak dismping menggunakan hulubalang
5- Nama-nama wataknya berunsurkan sejarah atau tradisional seperti Sultan Mahmud Syah II, Laksamana Bentam, Wan Anum, Tun Aman dan lain-lain lagi
6- Kata-kata atau dialog yang digunakan juga penuh dengan gaya bahasa lama atau tradisional misalnya:

" Ampun Tuanku, (Mengangkat sembah) sembah patik harap diampun.
Berkat daulat tuanku, patik sekalian pacal yang hina dalam keadaan baik..."

(b) MATINYA SEORANG PAHLAWAN karya Usman Awang

1- Cerita berlatarkan sejarah Melaka iaitu zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka
2- Cerita berlaku pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka
3- Bentuk pemerintahan beraja atau zaman pemerintahan feudal dengan raja mempunyai kuasa mutlak.
4- Pertarungan menggunakan sejata-senjata tradisional seperti keris, lembing dan lain-lainnya disamping menggunakan hulubalang
5- Nama-nama wataknya berunsurkan sejarah atau tradisional seperti Hang Tuah, Hang Jebat, dan lain-lain
6- Dialog yang digunakan masih berunsurkan sejarah atau tradisi iaitu bahasa dalam atau istana yang diperkuatkan dengan prosa lirik.

 

Pemikiran || Persoalan || Mesej || Plot || Watak || Bahasa || Latar || Unsur

wb01059_.gif (1899 bytes)

Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Back || Up || Next