|
Pergolakan Politik di UMNO Cawangan Taman Sri Tunas, Bahagian Bayan Baru. UMNO Cawangan Taman Sri Tunas ditubuhkan pada tahun 1997 dan sepanjang pernubuhannya, tiada sebarang pergolakan politik di peringkat cawangan kerana ahli ahlinya sepakat dalam pemilihan ketua dan jawatan kuasa cawangan bagi kebaikan Bahagian untuk meneruskan perjuangan membela nasib orang orang Melayu yang kurang berkebolehan membela nasib mereka sendiri. Syabas diucapkan kepada Bahagian Bayan Baru yang diketuai oleh Datuk Omar Fauzar dimana banyak program program untuk menolong orang Melayu dilaksanakan. Bahagian Bayan Baru menerima banyak pengiktirafan daripada para pembesar negara dan telah menjadi contoh bagi Bahagian Bahagian UMNO yang lain. Program pendidikan dilaksanakan secara jangka panjang dan bukan semasa musim peperiksaan, Yayasan Melayu ditubuhkan khususnya untuk pendidikan dan berbagai bagai program yang lain. Orang yang memainkan peranan penting dalam segala urusan Bahagian Bayan Baru dari 1997 hingga 2003 ialah setia usaha UMNO Bahagian, En. Tahir Merican yang tidak tahu penat lelah memperjuangkan nasib orang orang Melayu di dalam Bahagian Bayan Baru. UMNO Cawangan Taman Sri Tunas turut membantu dan mengambil bahagian dalam berbagai bagai aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Bayan Baru. Dalam tahun 2003 apabila persempadanan semula dilaksanakan, maka UMNO Bahagian dan Cawangan diturunkan statusnya kepada status penaja. Disinilah bermulanya pergolakan politik didalam UMNO Bahagian Bayan Baru dan UMNO cawangan cawangan lain. Setelah persempadanan semula dilaksanakan, Datuk Omar Fauzar memangku jawatan Ketua Penaja UMNO Bahagian Bukit Gelugor dan UMNO Bahagian Bayan Baru pula diserahkan kepada Datuk Zain dari Balik Pulau. Maka berlakulah pergolakan politik di peringkat UMNO Bahagian Bayan Baru dan UMNO cawangan cawangan kerana kerakusan Datuk Zain yang tamakan kedudukan sebagai Ketua UMNO Bahagian dan orang orang kanannya yang dijanjikan kedudukan istimewa. Banyak kekecohan dan penipuan dilakukan oleh pihak UMNO penaja Bahagian Bayan Baru di dalam mengendalikan urusan mesyuarat Agung cawangan cawangan.Tidak terkecuali, UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Encik Zainal Abidin Bin Yusof yang pada satu masa dulu ialah ahli parti ADIL telah memohon untuk menjadi ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas pada tahun 2002. Sebelum persempadanan semula dilaksanakan, Encik Zainal telah menemui Datuk Zain dan meminta beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Apakah motif sebenar beliau bertemu dengan Datuk Zain seperti peminta sedekah untuk dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO cawangan Taman Sri Tunas? Apakah janji janji manis yang ditaburkan oleh kedua dua belah pihak? Kenapa Tuan Hj Md Said Aziz yang memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Taman Sri Tunas semenjak penubuhannya sehingga persempadan semula diketepikan? Kenapa Datuk Zain ingkar ketetapan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengekalkan Ketua dan jawatan kuasa cawangan seperti sebelum persempadanan semula? Dan kenapa Tn Hj Md Said Aziz yang telah dilantik oleh perwakilan di persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru sebagai AJK Bahagian digugurkan dari senarai AJK Penaja UMNO Bahagian Bayan Baru? Sebab utama ialah supaya beliau mendapat undian daripada UMNO Cawangan Taman Sri Tunas untuk memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bayan Lepas. Setelah persempadanan semula dilaksanakan, Tn Hj Md Said Aziz telah menulis surat bantahan kepada Majlis Tertinggi UMNO dengan tindakan Datuk Zain yang telah melantik En Zainal Abidin Yusof yang nyata bertentangan dengan arahan dan ketetapan Majlis Tertinggi UMNO. Sementara itu, En Zainal Abidin Yusof telah bertemu dengan Ketua UMNO Pemuda Cawangan Taman Sri Tunas En. Che Yub bin Saad bagi mendapatkan sokongan beliau. Che Yub tidak setuju dengan cara En Zainal Abidin Yusof mendapatkan jawatan Ketua Penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Oleh kerana En Zainal Abidin Yusof gagal mendapatkan sokongan Che Yub bin Saad, maka beliau membuat senarai ahli jawatan kuasa penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang hampir semua AJK cawangan ditukar. Che Yub juga tidak terkecuali kerana En Zainal telah melantik orang lain untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Selepas itu, bermulalah kempen untuk mendapat sokongan dari ahli ahli lama dan baru dengan menjanjikan berbagai bagai pembangunan di sekitar Taman Sri Tunas. Maka ahli ahli yang tergolong dalam golongan cerdik pandai telah diperbodohkan dengan janji janji manis ini dan tidak sedar bahawa mereka telah diperbodohkan. Yang sebenarnya, pembangunan infrastruktur hendaklah dimohon oleh Persatuan Penduduk dan bukan UMNO. Kenapa En. Zainal yang juga memegang jawatan pengerusi penaja Persatuan Penduduk tidak mengadakan mesyuarat Agungnya yang pertama walhal kelulusan untuk menubuhkan Persatuan Penduduk Taman Sri Tunas telah diperolehi empat bulan yang lalu (bulan Mar 2004)? Berbalik kepada pergolakan politik di UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas telah ditetapkan pada 15hb Jun 2004 pada jam 8.00 malam di bilik mesyuarat Pangsapuri Putri Indah. Apabila Tn Hj Md Said Aziz tiba diperkarangan Pangsapuri Putri Indah pada jam 7.45 malam selepas solat maghrib, beliau dapati ramai ahli ahli disekat dipintu masuk Pangsapuri Putri Indah dan diperiksa nama mereka di dalam senarai ahli cawangan. Setelah proses pengesahan dibuat di bawah, maka beliau masuk kedalam bilik mesyuarat pada jam 8.08 malam dan dimaklumkan bahawa mesyuarat pemuda telah pun selesai dilangsungkan. Macam mana ini boleh berlaku? Ramai ahli ahli yang masih dibawah yang disekat di pintu masuk Pangsapuri Putri Indah telah dinafikan hak mereka untuk menghadiri mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Bagaimana mesyuarat Pemuda boleh selesai dalam masa 8 minit? Banyak kepincangan telah berlaku dalam proses pengendalian mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas pada malam itu.Walaupun bantahan telah dibuat sebelum mesyuarat cawangan dilangsungkan, tetapi setia usaha penaja Bahagian, tidak mengambil peduli dan meneruskan juga hasrat beliau untuk melansungkan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Apakah motif beliau? Selepas mesyuarat wanita selesai, maka mesyuarat cawangan pula dimulakan. Ahli ahli yang telah melalui proses selidik mengikut senarai yang diberikan oleh pihak Bahagian di pintu masuk Pangsapuri Putri Indah dikehendaki menandatangani kehadiran mereka pada senarai ahli di pintu masuk bilik mesyuarat. Didapati beberapa ahli yang telah melalui proses semakan di pintu masuk Pangsapuri Putri Indah tidak dapat menandatangani kehadiran mereka kerana nama mereka tidak ada dalam senarai ahli di pintu masuk bilik mesyuarat. Senarai apa pula yang digunakan oleh pihak urus setia penaja Bahagian? Kenapa pula ada perbezaan? Dan kenapa beberapa ahli yang ada di dalam bilik mesyuarat disuruh keluar dari bilik mesyuarat kerana kononnya tidak membayar yuran walhal mereka ada resit pembayaran yuran bersama mereka? Dan kenapa urus setia penaja Bahagian ingkar dengan ketetapan Majlis Tertinggi UMNO yang membolehkan ahli ahli membayar yuran sebelum mesyuarat Agung berlangsung? Urus setia penaja Bahagian En Roslan, telah menjemput En Mohd Othman untuk mempengerusikan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Ini bertentangan dengan prosedur mesyuarat penaja dimana, pengerusi sementara hendaklah dipilih oleh ahli ahli yang hadir. Dan Tn Hj Md Said Aziz telah dijemput untuk duduk di barisan hadapan dan merasmikan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Tn Hj Md Said Aziz terperanjat kerana beliau tidak menerima sebarang surat yang mengatakan bahawa beliau telah dilantik semula sebagai Ketua Penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Rupa rupanya pihak urus setia Bahagian telah menerima surat untuk melantik Tn Hj Md Said Aziz sebagai Ketua Penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas sebulan yang lalu. Jika demikian, siapakah yang mengatur mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas? Kenapa Ketua Penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas, Tn Hj Md Said Aziz tidak dimaklumkan atau dirujuk tentang mesyuarat Agung cawangan yang akan berlangsung? Apakah motif sebenar, pihak Bahagian tidak memaklumkan Tn Hj Md Said Aziz dilantik sebagai Ketua penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas dan hanya diberitahu disaat saat akhir sebelum mesyuarat Agung dijalankan? Kenapa setia usaha penaja UMNO Cawangan Taman Sri Tunas En. Rosli Musa (yang dilantik oleh En Zainal Abidin bin Yusof membiarkan sahaja perjalanan mesyuarat dikendalikan seluruhnya oleh pihak urus setia Bahagian? Kenapa 10 wakil Bahagian menghadiri mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas? Kenapa fokus dan perancangan yang begitu rapi dan penuh dengan penipuan dan melanggar perlembagaan UMNO dilakukan terhadap mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas? Semasa mesyuarat Agung dijalankan, En Che Yub bin Saad telah membangkitkan persoalan tentang jumlah ahli cawangan. Pihak urus setia Bahagian, En Roslan mengatakan jumlah ahli cawangan hanya 175 orang. Tetapi mengikut senarai yang diperolehi daripada ibu pejabat UMNO Malaysia, jumlah ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas ialah 198 orang. Kenapa ada perbezaan? Kenapa pihak urus setia Bahagian mengeluarkan senarai ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang berbeza dengan senarai yang diperolehi daripada ibu pejabat UMNO Malaysia? Memandangkan ketegangan dalam perbahasan jumlah ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas dan juga ahli ahli seramai 31 orang yang tidak dibenarkan memasuki bilik mesyuarat kerana nama mereka tidak terdapat dalam senarai ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang dikeluarkan oleh urus setia Bahagian, maka pengerusi mesyuarat En. Mohd Othman, membuat keputusan menangguhkan mesyuarat bagi membolehkan pertikaian jumlah ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas diselesaikan dahulu. Tn Hj Md Said Aziz pada hari hari berikutnya telah mendapat pengesahan jumlah ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas seramai 198 orang dari ibu pejabat UMNO Malaysia dan mengikut surat yang dikeluarkan oleh ibu pejabat UMNO Malaysia senarai ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas seramai 198 orang hendaklah diguna pakai dan bukan senarai 175 orang yang dikeluarkan oleh urus setia Bahagian Bayan Baru. Tn Hj Md Said Aziz telah dipanggil oleh UMNO perhubungan negeri untuk memberi keterangan tentang perjalanan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas sehingga menyebabkannya tertangguh. Dalam pertemuan ini, Tn Hj Md Said Aziz telah mendapat persetujuan dari Datuk Azmi Merican selaku setia usaha kerja UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan mesyuarat yang tertangguh dan tidak perlu menunggu sebarang surat dari pihak UMNO Pengurusan Negeri. Pada 24hb Jun 2004, Tn Hj Md Said Aziz telah dipanggil oleh UMNO Pengurusan Negeri Pulau Pinang di bilik Kuang, Hotel Equatorial untuk memberi penjelasan tentang mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang tertangguh. Tn Hj Md Said Aziz bersama dengan En Che Yub bin Saad telah menghadiri mesyuarat ini yang dipengurusi oleh YB Datuk Helmi Yahaya. Turut hadir di dalam bilik mesyuarat itu ialah, Datuk Azmi Merican, Datuk Azhar Ibrahim, Datuk Omar Fauzar dan Datuk Latif Mirasa. Di dalam mesyuarat ini setelah meneliti fakta fakta yang dikemukakan, Datuk Helmi dengan persetujuan Datuk Datuk yang lain telah membuat keputusan bahawa Tn Hj Md Said Aziz boleh menjalankan mesyuarat semula Pemuda, Wanita dan Cawangan dengan menggunakan AJK AJK sebelum persempadanan semula. Berdasarkan persetujuan ini, notis mesyuarat semula telah dikeluarkan dan diedarkan kepada semua ahli UMNO Cawangan Taman Sri Tunas. Mengikut notis ini, mesyuarat semula akan diadakan pada 28hb Jun 2004, jam 9.00 malam. Pada malam itu, tidak ada wakil dari Bahagian yang hadir walaupun notis mesyuarat telah disampaikan kepada pihak Bahagian dan juga Pengurusan UMNO Negeri. Kenapa ahli ahli yang sekongkol dengan En Zainal Abidin bin Yusof tidak menghadiri mesyuarat Agung? Siapakah dalang yang memainkan peranan dan menghasut ahli ahli dari menghadiri mesyuarat Agung ini? Mungkin dengan berbuat demikian, kuorum tidak akan mencukupi dan mesyuarat tidak dapat dijalankan? Alhamdulillah, kuorum mencukupi dan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas dijalankan mengikut peraturan peraturan persidangan UMNO. Dua hari selepas mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas selesai, urus setia penaja UMNO Bahagian Bayan Baru dan UMNO Perhubungan Negeri telah dimaklumkan secara bertulis. Pada 4hb Julai, 2004 Tn Hj Md Said Aziz menerima surat daripada urus setia UMNO Bahagian Bayan Baru untuk mengadakan mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas pada 7hb Julai 2004 pada jam 8.30 malam di Balai Raya Sg Nipah di Kawasan Batu Maung. Dikepilkan juga surat daripada Datuk Helmi yang ditandatangi bagi pihak beliau oleh Datuk Azmi Merican untuk mengadakan mesyuarat semula. Tiada sebarang sebab yang diberi untuk menjalankan mesyuarat semula. Kenapa Datuk Helmi mengeluarkan surat demikian walhal beliau sendiri yang menyuruh Tn Hj Md Said Aziz menjalankan mesyuarat Agung semula pada 28hb Jun 2004? Apakah Datuk Helmi seorang yang tidak berpendirian? Apakah kata kata Datuk Helmi tidak boleh diguna pakai tanpa sebarang surat walaupun telah dipersetujui oleh Datuk Datuk yang hadir di perjumpaan di Hotel Equatorial? Kenapa masaalah cawangan ini dipandang remeh oleh Datuk Helmi? Apa guna Datuk Helmi duduk di Pengurusan UMNO Negeri jika keputusan yang telah dibuat boleh ditarik balik tanpa sebarang alasan? Apakah yang menyebabkan Datuk Helmi megeluarkan surat supaya mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas diadakan semula di bawah selian Bahagian yang menyebabkan persidangan UMNO Cawangan Taman Sri Tunas ditangguhkan? Persoalannya, kenapa mesyuarat Agung semula UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang dilangsungkan pada 28hb Jun 2004 mengikut tatacara persidangan dan peraturan perlembagaan UMNO dan mendapat persetujuan dari pihak Pengurusan UMNO Negeri Pulau Pinang semasa perjumpaan di Hotel Equatorial dikehendaki dijalankan semula tanpa sebarang sebab? Kenapa hanya mesyuarat UMNO Cawangan Taman Sri Tunas kena diadakan semula dan bukan peringkat Pemuda dan Wanita sebagaimana dipersetujui oleh Datuk Helmi? Dan kenapa urus setia UMNO Bahagian Bayan Baru masih berkeras hendak menggunakan senarai nama 175 orang ahli walaupun telah dianggap batal oleh ibu pejabat UMNO Malaysia? Jika beginilah Pengurusan UMNO Negeri membuat keputusan yang secara terang terangan melanggar lunas lunas keadilan, macam mana pula mereka ini hendak mentadbir sebuah Negeri? Sedangkan masaalah sebuah cawangan pun tak boleh buat keputusan yang kukuh. Rupa rupanya UMNO Cawangan Taman Sri Tunas adalah cawangan penentu bagi menamakan calon untuk bertanding kerusi Ketua Bahagian Bayan Baru. Oleh kerana itu, maka berbagai tipu helah dilakukan supaya calon yang hendak bertanding tidak dapat peratusan undi daripada cawangan cawangan bagi membolehkan ia bertanding kerusi Ketua Bahagian. Adakah Datuk Zain takut dengan pertandingan sedangkan beliau mempunyai undi poket yang banyak? UMNO Cawangan Taman Sri Tunas tidak memerlukan seorang Ketua Bahagian yang takut untuk bertanding. Kita tak memerlukan seorang yang sanggup menggunakan cara cara yang tidak sihat untuk mencapai matlamatnya duduk di kerusi Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru. Jika Datuk Zain terlantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, maka nasib orang orang Melayu Bahagian Bayan Baru tidak akan terbela kecuali segelintir yang bersekongkol dengannya. Dan semua ini diketepikan oleh golongan ahli ahli yang cerdik pandai dalam cawangan kerana kepentingan diri masing masing. Walaupun dinamakan golongan cerdik pandai, tetapi telah diperbodohkan dengan janji janji manis yang ditaburkan. Walaupun celik penglihatan dan boleh nampak kesalahan dibuat secara terang terangan tetapi telah menjadi buta dengan sebab kepentingan diri sendiri. Selagi Pengurusan UMNO Negeri tidak memberi alasan alasan yang kukuh tetapi berselindung disebalik alasan alasan yang berbentuk fitnah dari urus setia UMNO Bahagian Bayan Baru, maka mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Sri Tunas yang diadakan pada 28hb Jun 2004 hendaklah dianggap sah dan semua AJK yang dilantik semasa mesyuarat itu adalah sah dan semua penamaan calon hendaklah dianggap sah. |