Bagi pemohon yang mencukupi syarat (lihat Kelayakan) langkah-langkah berikut perlu diikuti:

Calon hendaklah mendaftar diri dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan menggunakan Borang SPA 8 atau boleh juga mendaftar on-line melalui laman web SPA iaitu www.spa.gov.my . Pendaftaran boleh dibuat sepanjang masa.

SPA akan mengiklankan dalam akhbar utama urusan pengambilan pegawai baru  

Tapisan pertama dibuat oleh SPA. Calon yang memenuhi syarat minimum seperti mana yang disyaratkan dalam iklan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan khas. Pusat Peperiksaan Khas diadakan di semua ibu negeri dan bandar besar.  

Calon yang lulus Peperiksaan Khas akan dipanggil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tapisan  kedua di PTD Assessment Centre yang dikendalikan oleh INTAN.  

Calon yang berjaya dalam ujian PTD Assessment Centre akan dipanggil untuk temuduga oleh SPA.  

Calon yang berjaya dalam temuduga akan dipanggil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tujuan lantikan dan menjalani kursus Diploma Pengurusan Awam di INTAN selama enam bulan.

Setelah tamat kursus, pegawai-pegawai akan dibuat penempatan di kementerian dan jabatan yang sesuai. Lihat carta alir.