PROFIL SMK PASOH 2

 

 

LENCANA

 Berbentuk perisai dengan dua warna utama iaitu kuning dari bahagian tengah ke penjuru atas sebelah kiri dan warna hijau dari bahagian tengah ke penjuru bawah sebelah kanan.Di bahagian dalam warna kuning terdapat empat gelung yang berangkai, di bahagian dalam warna hijau terdapat sebuah buku yang terbuka dan di tengah lencana terdapat lambang bola dan mata gear. Di bahagian atas perisai terdapat nama sekolah dan di bahagian bawah perisai terdapat motto sekolah `Ilmu Menuju Cita`.

Perlambangan

KUNING

Sebagai sebuah negara yang mempunyai raja adalah wajar para pelajar diasuh untuk mengenali sistem pemerintahan negara,iaitu demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan.

 

HIJAU

Melambangkan agama Islam sebagai anutan sebahagian besar penduduk.Ini sesuai dengan kedudukan negara yang agama Islam menjadi amalan hidup penduduk di samping memberi kebebasan kepada penganut agama lain yang menjadi warganegara.

 

BUKU

Ilmu pengetahuan; ini selaras dengan cita-cita untuk membentuk masyarakat berilmu dan mengamalkan budaya ilmu.

 

EMPAT GELUNG

Perpaduan dijalin melalui pelbagai program sukan

 

BOLA DAN GEAR

Membentuk pelajar yang seimbang dari segi kognitif, efektif dan psikomotor

 

 

VISI SMKP2

Visi SMK Pasoh 2 ialah

Pelajar bermotivasi

Sekolah berinspirasi

Guru berdedikasi

Peperiksaan Tanpa D/P

 

MISI

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Membentuk masyarakat sekolah (guru,pelajar dan kakitangan sokongan) yang ikhlas ,amanah dan bertanggungjawab

Melahirkan anak didik yang berilmu , berpengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

 

OBJEKTIF

1. Meningkatkan hubungan kemanusiaan antara guru dengan pelajar dan guru\kakitangan dengan pihak pengurusan.

2.Meransangkan semangat untuk belajar dan bekerja di kalangan pelajar , guru dan kakitangan untuk meningkatkan hasil kerja.

3. Peningkatan dalam bidang akedemik dan program kegiatan kokurikulum sekolah .

4. Melibatkan pelajar, guru, kakitangan , ibubapa dan masyarakat dalam proses pendidikan sekolah .

5. Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis, menyeronokkan hati guru dan juga pelajar.

6. Mengadakan persekitaran sekolah yang bersih dan indah di samping memperseimbangkan profesionalisme di kalangan guru.

7. Mempertingkatkan dan dan memantapkan displin di kalngan pelajar.

8. Mewujudkan masyarakat sekolah yang berbudayakan ilmu, kecemerlangan dan seimbang( dunia dan akhirat)

9. Menjadikan sekolah fokus masyarakat.

 

MOTTO

` ILMU MENUJU CITA `

 

LAGU SEKOLAH SMK P2

Bersama kita menuntut ilmu

Untuk mencapai wawasan

Bergerak maju berganding bahu

Sikap yang terpuji jadi teladan

 

Sekolah Menengah Pasoh 2

Membimbing untuk kita berjaya

Hormat kepada guru

Ilmu menuju cita-cita

 

 

PRINSIP KECEMERLANGAN SEKOLAH

1.Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kemajuan.

2.Mempercayai dan mengakui sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para pelajar.

3.Pembangunan kemajuan sekolah memerlukan falsafah , matlamat, objektif dan dasar sekolah.

4. Pembangunan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif .

5. Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.

6.Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca( underlying causes) yang menyebabkan timbulnya masalah dan bukan kepada gejala-gejalanya.

7.Pembangunan kemajuan sekolah perlu didasarkan atas dasar usaha sama dan bukan semata-mata usaha pengetua seorang sahaja.

8.Maklumat balas yang berterusabn merupakan mekanisme penting perlaksanaan pembanguna kemajuan sekolah.

9.Mempercayai dan mengetahui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga yang dapat membantu piha sekolah .

10. Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang berkesan.

 

[LamanUtama][Sejarah][Organisasi][ProfilSekolah][Kurikulum]

[Kokurikulum][Peperiksaan][PIBG][Galeri][Rayuan Derma Surau]

[Tanya Pengetua][Berita Semasa][Hantar Kad]