Tanpa keriuhan paluan kompang atau iringan bunga manggar dan letupan bunga api, Hompej TM2 telah selamat dilancarkan.
Pelancaran Hompej TM2 telah diadakan di Bilik Pensyarah Teknologi Maklumat di dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bererti bagi seluruh warga TM2 khususnya dan Unit Teknologi Maklumat. Perasmian telah dilakukan oleh Penasihat Kumpulan TM2, Encik Ishak Othman pada pukul 12.30 tengah hari yang dihadiri oleh kesemua warga TM2. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Unit Teknologi Maklumat IPDA, Encik Zaidun Omar dan Pensyarah Multimedia TM2, Encik Jusni Nasirun.
Dalam ucapannya, Encik Ishak telah melahirkan rasa bangga atas usaha Kumpulan TM2 mewujudkan Hompej sendiri di ruang www dan berharap usaha serta kerjasama sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa di dalam pelbagai bidang. Sementara itu, Encik Zaidun turut memuji usaha TM2 yang menyediakan hompej yang agak berbeza di segi isi kandungan. Menurut beliau, sebelum ini telah wujud beberapa hompej yang dihasilkan oleh pelatih-pelatih IPDA, namun isi kandungannya tidak banyak berbentuk informasi. Ini kerana Hompej TM2 turut menyelitkan Buletin TM2 On-line yang mengandungi pelbagai maklumat dan berita semasa. Buletin TM2 On-line adalah merupakan buletin kembar naskhah hardcopy yang diterbitkan khusus untuk warga TM2 oleh TeknoMedia, sebuah anak syarikat subsidiari TM2.
Sehubungan itu, Encik Jusni Nasirun telah mencadangkan kepada Webmaster TM2, Sdr. Zuber, agar hompej ini turut dihubungkan dengan hompej IPDA. Menurut Webmaster TM2, kejayaan melancarkan ini merupakan satu pencapaian di luar dugaan memandangkan sebelum daripada itu, pihak TeknoMedia tidak mempunyai sebarang pengalaman di bidang ini. Masa yang diambil oleh pihak TeknoMedia untuk mempelajari penggunaan html, menyediakan hompej dan seterusnya meletakkan hompej ke dalam www hanya selama 3 hari.
Majlis pelancaran yang diselaraskan oleh Sdra. Shukri, diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ketua Sektor Agama TM2, Sdr. Wan Yaacob. Majlis jamuan ringan telah ditangguhkan ke satu masa yang tidak ditetapkan memandangkan sebahagian besar warga TM2 dan tetamu jemputan berpuasa.
Pihak TeknoMedia telah berusaha sekali lagi untuk mendapatkan tapak web di Tripod.Com seperti cadangan Encik Zaidun. Setelah beberapa jam mencuba, satu tapak ‘seluas’ 200K berjaya diperolehi untuk menempatkan hompej TM2 bagi menggantikan tapak pertama di Angelfire, Arizona seluas 35K yang telah diguna sepenuhnya. Selain itu, pihak GeoCities turut menawarkan satu tapak untuk TM2. Tawaran yang dibuat melalui e-mel ini terpaksa ditolak memandangkan pada masa yang sama, TeknoMedia telahpun memulakan pembinaan tapak web di Tripod.Com.
Dalam Buletin TM2 yang lalu, terdapat kesilapan alamat URL menyebabkan hompej TM2 gagal diakses. Maafkan kami! Kesilapan amat dikesali. (En. Jusni, maaf nooo.. anyway, we got your message on behalf of KU/TM. Thanks)
Majlis cabutan assignment baru terbitan Pengurusan Pusat Sumber telah terlebih langganan sebanyak 76.3 kali. Sebanyak 14 lot (tajuk) telah ditawarkan untuk langganan.
Menurut Pengurus Besar TM2 Assignment Clearing House, Sdr. Noor Azizan, proses undian mendapat sambutan yang hangat. Undian yang dijalankan di Hotel Platform Makmal 5, disertai oleh semua pemegang saham TM2 Berhad. Proses undian telah dibantu BSTeh & Associates dan Sdr. Fauzi sebagai Pegawai Pencatat.
Cabutan Terbitan Assignment dibatalkan! Arahan telah dikeluarkan oleh pihak PPSumber, supaya cabutan baru diadakan kerana terdapat beberapa lot terbitan baru!
Majlis pengundian semula telah diadakan di tempat yang sama pada 20 Jan. 1997. Setelah itu, satu lagi majlis pengundian lot-lot assignment terbitan Tamadun Islam telah dijalankan.
Majlis tersebut berjalan lancar kerana 24 lot terbitan yang ditawarkan melebihi permintaan. Sebanyak 20 lot berpindah tangan.
Pada sepanjang minggu lalu (12-16 Jan), kumpulan TM2 telah ditugaskan mejadi hos senaman pagi. Aktiviti telah diselaraskan oleh PRO. Bacaan doa oleh Uztaz TM2, Sdra. Wan Yaacob.
Antara yang telah berjaya menunjukkan bakat pada sesi senaman pagi tersebut ialah Sdra. Liew, Sdra. Nordin dan PRO sendiri yang terpaksa ‘stand-in’ untuk petugas yang mengidap senak perut secara tiba-tiba.
Selain itu, Kumpulan TM2 Bhd. telah melakukan satu ‘unprecedented move’ dengan memberi penghormatan kepada Prof. Ajung Institut Sri Padang, Sdra. Tharu, untuk mengendalikan satu sesi renungan pagi.
Mengikut rekod, inilah julung-julung kalinya, sesi renungan pagi dibuat dalam bahasa Inggeris dan mendapat tumpuan hampir 100% warga KDPK yang hadir. Berikut diperturunkan intipati renungan pagi berkenaan:
Keluaran lalu menerangkan serba sedikit mengenai Internet dan World Wide
Web (www). Intranet (untuk warga korporat) akan diperkatakan kemudian.
Itupun, jika ada yang bertanya. Jika tidak, kita senyapkan saja.... Kita
jawab dulu soalan keluaran lalu:
Soalan: Apakah perkakasan atau peranti (hardware/peripherals) yang diperlukan untuk berkecimpung secara aktif di dalam Internet?
Anda mesti ada sebuah PC dengan Windows 3.x/Windows95(atau Mac - MacOS). Kemudian modem (MOdulator DEModulator).
Modem
Modem adalah merupakan peranti yang digunakan oleh komputer untuk berhubung antara satu sama lain. Seperti yang anda sedia maklum, sebahagian sistem perhubungan telefon pada hari ini masih menggunakan kabel tembaga yang hanya mampu mengalirkan isyarat dalam bentuk analog. Komputer mengeluarkan isyarat digital. Modem bolehlah diibaratkan sebagai juru bahasa isyarat yang dapat menukarkan isyarat digital ke analog dan sebaliknya.
Terdapat dua jenis modem, dalam dan luaran. Modem dalaman berbentuk kad tambahan yang dimasukkan ke slot tambahan di motherboard manakala luaran, disambungkan melalui port dan berada di luar komputer. Bagaimanapun, kebanyakan komputer sekarang dipasang-siap modem dalaman berlabelkan ‘Internet-ready’. Kalau komputer anda dari golongan ‘Internet-not-ready’, korbankanlah elaun sebulan untuk mendapatkannya di pasaran. Cuma pastikan modem yang anda akan beli, paling komanpun, 14.4kbps, lebih baik 28.8kbps. Kalau lebih baik daripada itu, tak berguna buat masa ini, kecuali semua talian telefon telah digantikan dengan kabel serat kaca optik (fibre optic cable).
Setelah anda ada komputer dan modem, pilihlah mana-mana ISP, Mimos Bhd. (Jaring) atau Telekom Malaysia Bhd. TMNet). Bayarlah untuk belajar belayar. Kalau anda pilih TMNet, sila bawa satu salinan KPT, duit RM49 ke Kedai Telekom (tapi tak semua Kedai Telekom menguruskan pendaftaran TMNet - hubungi dulu, takut nanti pulang tangan kosong).
Jika pendaftaran anda diterima, anda bolehlah meng’install’ perisian Internet (TMNet membekalkan anda 3 keping installation disket untuk anda lakukan sendiri). Kebanyakan perisian menggunakan Wizard (tok guru) untuk membantu anda langkah demi langkah sehingga anda berjaya membuat sambungan ‘dial-up’ ke ISP. Selepas itu, barulah anda diberi laluan ke Internet (jika anda tak buat silap ketika meng’install’).
Seperti yang dinyatakan pada keluaran lalu, melayari Internet sama seperti memandu di lebuhraya. Apa yang hendak anda cari, dan di mana? Sekiranya anda ada tujuan dan tahu tempat dituju, gerenti sampai. Kemungkinan sesat jalan tetap ada. Anda gunakan saja perkhidmatan ‘polis-polis pelancong’ yang dilengkapi mesin-mesin pencari maklumat yang banyak terdapat di Internet.
Mintalah bantuan mereka. Mereka menggunakan tag nama seperti, Yahoo, Alta Vista, Lycos, Infoseek ataupun eXcite! Anda nyatakan kata kunci perkara yang anda hendak cari, dengan senang hati mereka akan membantu anda.
Kalau nasib anda baik, mereka akan menyenarai-pendek 10 hingga 20 tempat yang mungkin terdapat apa yang anda hajati. Jika tidak, anda akan diberi senarai panjang, beribu-ribu atau puluhan ribu tempat yang terpaksa anda jenguk satu persatu! Jangan berputus asa. Pengalaman akan mengajar kita.
Sekiranya kita dah pandai sikit, lebih mudah. Kita terus menyatakan URL (Uniform Resource Locator) atau Pengesan Sumber Tetap. Kalau kita hendak ke Hompej TM2, taipkan URLnya di kotak Location: http://members.tripod.com/~tm2ipda dan tekan kekunci Enter. Sekiranya pelayannya (server) masih tak tidur atau sakit kepala (server down), anda akan sampai ke Hompej TM2.
Anda akan dimaklumkan sama ada anda telah disambungkan atau tidak. Jika anda telah disambungkan, proses ‘downloading’ memerlukan anda bersabar seketika. Ini kerana komputer anda sedang berhempas pulas menyusun semula bahan-bahan yang telah dilonggokkan (download) di dalam memori komputer.
Masa yang digunakan berbeza-beza. Jika bahan yang dicari mengandungi banyak teks, sekejap saja selesai. Tapi jika bahan yang di’download’ mengandungi banyak imej dan grafik, eloklah anda pergi bancuh kopi atau teh terlebih dahulu (bulan posa, bulan posa...). Cuba kita jenguk rumah jiran kita TM1 yang hebat di alamat http://www.nether.net/~arman/kdpk.
Membolehkan anda mengakses halaman web dengan menaipkan URL ke dalam baris Location tanpa bantuan mesin pencari. URL adalah ‘case-sensitive’ di segi penggunaan huruf besar dan kecil.
Terdapat empat bahagian dalam URL.: skema://host/laluan/namafail
skema: jenis perkhidmatan internet sama ada http / ftp /news.
host: lokasi komputer pelayan.
laluan: direktori lokasi
namafail: fail khusus
Untuk memudahkan pengguna mengingat alamat pelayan web. Sebenarnya setiap pelayan web mempunyai alamat berbentuk numerik. Contoh, alamat Jaring ialah 128.228.128.20 dan TMNet: 202.188.0.133 dan 202.188.1.5. Ini pastinya sukar untuk diingat. Untuk itu, nama domain digunakan untuk mewakili alamat numerik tersebut. Nama domain mengandungi hos, organisasi dan negara.
Jika nama domain http://mtk.kpm.my/~ipdar : mtk (Makmal Teknologi Komputer
- host) kpm (Kementerian Pendidikan Malaysia - organisasi) dan my (Malaysia
- negara).
Kod negara (berdasarkan Dokumen 3166/ISO): antaranya: au (Australia), ca
(Kanada), dk (Denmark), es (Sepanyol), fr (Peranchis), in (India), jp (Jepun),
my (Malaysia), sg (Singapura), tw (Taiwan), th (Thailand) dan lain-lain.
Jenis organisasi: com: Pertubuhan komersial. edu: pendidikan dan penye-lidikan.
gov: agensi kerajaan. org. pertubuhan lain. net. pusat sokongan rangkaian,
mil. agensi ketenteraan. int. pertubuhan antarabangsa.
Kesimpulannya, komputer tetap akan menggunakan alamat domain manakala pengguna menggunakan nama domain.
Halaman induk atau halaman pertama yang dipaparkan (biasanya menggunakan namafail index.html . Halaman ini mengandungi Nama Utama Hompej, panduan, senarai pilihan (menu), hubungan hompej (links) dan pembilang (counter). Pengguna bolehlah berinteraksi dengan mengklik mana-mana hiperteks atau ikon yang terdapat di hompej. ( lambang G akan dipaparkan menggantikan lambang anak panah kursor).
Catatan: penggunaan hypermedia adalah lebih tepat memandangkan pada masa ini kebanyakan hompej dan halaman web banyak mengandungi ikon grafik, audio dan video. Hiperteks hanyalah melibatkan pengguna teks.
IF you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:
IF you can dream-and not make dreams your master;
If you can think-and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken.
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you give your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:
IF you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your nerve and heart and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: 'Hold on!'
IF you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings-nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men can count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And-which is more-you'll be a Man, my son.
- Rudyard Kipling.
emailed by: ijah@tm.net.my (UM/KL)
Ketua Eksekutif TM2: Tel: 700 5893 / 924 2121 (fax) e-mail: spidey@lelabah
Setiausaha Eksekutif TM2: Tel: 7141194 (fon/fax) e-mail: rohazi@tm.net.my
PRO TM2: Tel: 733 4836 e-mail: afauzi@hotmail.com
Buletin TM2 diterbitkan oleh TEKNOMEDIA (satu lagi anak syarikat milik penuh Kumpulan TM2