Permulaan artikel ...........

oleh: Ateh

Sekiranya orang bukan Islam , kanak-kanak ,orang fasik yang memungut bayi-bayi tersebut , hak mereka terhadap bayi tersebut tidak diiktiraf . Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kelayakan umtuk memelihara dan menddik bayi tersebut .

 Hukum-hukum yang berkaitan dengan bayi-bayi yang dipungut

 1 ) Orang yang menjumpai bayi tersebut lebih berhak terhadap bayi tersebut .

 · Sekiranya salah seorang daripada anggota masyarakat yang mempunyai kelayakkan menjumpai bayi tersebut maka dia boleh memilihara bayi tersebut dengan belanja daripada duit poketnya sendiri secara sukarela . Tetapi jika kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersama dengan harta ( seperti wang , emas dll ) maka belanja hidupnya bolehlah diambil daripada harta tersebut .

Jika individu yang menjumpai bayi tersebut , tidak mahu memilihara bayi yang dijumpainya maka dia bolehlah menyerahkan bayi tersebut kepada pihak pemerintah . Jika ini terjadi maka imam ( di dalam sistem pemerintahan Islam yang insya Allah akan tertegak di tanah air kita pada suatu hari nanti pemimpin di panggil imam . Ini adalah kerana mereka bertanggujawab memimpin samada dari segi rohani dan maddi . Oleh itu , mereka merupakan imam kepada rakyat di dalam sembahyang berjemaah seperti mana mereka merupakan imam yang memimpin rakyat di dalam menghadapi cabaran kehidupan dunia ) akan mengarahkan seseorang untuk memeliharanya dengan menggunakan belanja daripada Baitul Mal ( insitusi kewangan yang diwujudkan oleh pihak pemerintah demi kegunaan rakyat yang memerluk

 1 ) Sekiranya pemungut tersebut membiayai bayi tersebut dengan duit poketnya sendiri serta mendapat kebenaran daripada imam , maka dia boleh meminta semula harta yang telah dibelanjakan untuk bayi tersebut apabila bayi tersebut telah baligh . Sekiranya ia membelanjakan wangnya untuk kanak-kanak tersebut tampa mendapat kebenaran imam , semua yang telah dibelanjakannya dianggap sebagai satu sedekah secara suka rela dan dia tidak berhak menuntut harta yang telah dibelanjakkan untuk anak tersebut

Jadi saya rasa cukuplah setakat ini perbincangan mengenai anak buangan ini .

PERCERAIAN (at-talaaq )

Saya telah sebutkan pada ruangan yang lalu bahawa Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk kebahagian hidup manusia di muka bumi ini . Tentu kita tertanya-tanya mengapa Islam membenarkan perceraian , sedangkan ia membawa pelbagai permasalahan kepada masyarakat ?. Kehidupan anak- anak menjadi terbiar , hubungan kasih sayang bertukar menjadi permusuhan dan hubungan persaudaraan terputus . Sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut izinkan saya merumuskan seperti berikut :

Perceraian dibenarkan sebagai penawar kepada penyakit . Ia seperti pembedahan yang terpaksa dilakukan untuk menyembuhkan seseorang pesakit , biarpun ianya pahit atau menyakitkan untuk diterima tetapi itulah ubatnya .Jadi apabila tiada lagi jalan penyelesaian di antara kedua-dua suami isteri , maka ubat yang terlalu pahit untuk ditelan ini terpaksa diberi .

 Akal sendiri tidak dapat menerima untuk kita memaksa dua manusia yang sudah tidak sehaluan untuk terus hidup bersama di bawah satu bumbung . Sekiranya kita memaksa mereka untuk terus hidup bersama maka bererti kita telah menyeksa jiwa mereka . Perasaan mereka terus menderita di dalam penjara yang berpanjangan . Sekiranya keadaan ini berterusan , banyak perkara yang tidak diingini oleh agama akan berlaku . Contohnya , sesama suami isteri akan berlaku fitnah menfitnah dan umpat mengumpat .

Adakalanya mereka mungkin mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah masing-masing di khalayak ramai . Perbuatan seperti ini boleh meracuni pemikiran anak-anak mereka . Secara tidak lansung anak-anak akan mempelajari tingkah laku ibu bapa mereka dan mungkin juga mereka akan mengamalkan kehidupan seperti ini apabila telah berumah tangga . Apabila hati dan fikrah sudah tidak sehaluan , tiada lagi jalan keluar melainkan menjalakehidupan secara berasingan . Tidakkah kita pernah mendengar seorang ahli falsafah berkata : " Tidak ada penderitaan yang lebih besar daripada terpaksa mengauli seseorang yang tidak sehaluan dengan kamu dan dia tidak meninggalkan kamu ."

Oleh itu Allah s.w.t. berfirman :

æÅä íÊÝÇÑÞ íÛä Çááå ßáÇ ãä ÓÚÊå ÓæÑÉ ÇáäÓÇÁ

Maksudnya : " Sekiranya mereka berdua berpisah Allah akan memberi kesenangan kepada kedua-duanya ."

 


This page hosted by Get your own Free Homepage