|
|
|
|
BAB KETIGA |
|
|
|
|
Fasal 1 : |
TARAF KEANGGOTAAN |
|
|
- Keanggotaan terbahagi kepada dua
(2) :-
- 1.1 Anggota tetap
a. Ahli-ahli yang menetap dan belajar di seluruh cawangan Al-Azhar
masing-masing.
b. Tidak menjadi anggota mana-mana badan yang tidak diiktiraf oleh
PMRAM.
c. Anggota ini berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPM dan
PMRAM serta berhak dicalonkan untuk menjadi anggota Ahli
Jawatankuasa Tertinggi DPM dan PMRAM.
1.2 Anggota Bersekutu
a. Bukan berasal dari DPM tersebut.
b. Mereka yang berkahwin dengan ahli-ahli DPM tersebut.
c. Boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPM.
d. Boleh mengundi tetapi tidak boleh menjadi calon.
|
|
|
|
|
Fasal 2 : |
SYARAT-SYARAT KEANGGOTAAN |
|
|
a. Warganegara Malaysia ,beragama Islam
dan berbangsa Melayu.
b. Mereka yang mengemukan permohonan yang lengkap melalui borang yang
disediakan.
c. Telah diterima menjadi ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
(PMRAM) dan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN).
d. Berakhlak dan berkelakuan baik.
e. Tidak bertentangan dengan dasar dan tujuan PMRAM serta DPM (sila
rujuk dalam Bab Kedua,Fasal 2).
f. Mestilah diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM
masing-masing. |
|
|
|
|
Fasal 3 : |
YURAN TAHUNAN |
|
|
Setiap anggota dimestikan membayar yuran
tahunan DPM mengikut ketetapan DPM masing-masing. |
|
|
|
|
Fasal 4 : |
LUCUT KEANGGOTAAN |
|
|
Keanggotaan akan terlucut dan dilucutkan
dengan perkara-perkara berikut :-
a. Dilucutkan daripada menjadi ahli BKAN atau PMRAM.
b. Apabila luput salah satu daripada syarat-syarat keanggotaan (sila
rujuk dalam Bab Ketiga,Fasal 2).
c. Meninggal dunia dan tamat pengajian.
d. Tidak membayar yuran tahunan kecuali dengan keizinan Ahli
Jawatankuasa Tertinggi DPM.
e. Melakukan perkara-perkara yang menyalahi kepentingan dan
keputusan DPM atau PMRAM.
f. Dibuang iaitu :-
-
i. Sekiranya anggota itu melakukan
sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kerosakan besar kepada DPM dan
PMRAM dari segi material dan moral.
ii. Sekiranya anggota itu memperalatkan kemasukkannya ke dalam PMRAM
atau DPM untuk kepentingan dirinya sendiri.
iii. Setelah dilucutkan keanggotaan DPM,maka AJKT hendaklah
memaklumkan kepada Setiausaha Agung PMRAM atau Ketua Lajnah Muhafazah
PMRAM.
|
|
|
|
|
|
BAB KEEMPAT |
|
|
|
|
Fasal 1 : |
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN |
|
|
- 1.1 Mesyuarat Agung
- a. Memilih perwakilan untuk
Muktamar Sanawi PMRAM.
b. Mesyuarat ini dikira sah apabila dihadiri oleh satu perdua
daripada anggota.
c. Anggota persidangan adalah terdiri daripada anggota menurut (Bab
Ketiga, Fasal 2).
d. Permohonan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan DPM dibuat oleh
Setiausaha DPM melalui surat rasmi kepada Setiausaha Agung PMRAM.
e. Panggilan mesyuarat hendaklah dibuat oleh Setiausaha DPM selepas
mendapat kebenaran daripada Setiausaha Agung PMRAM melalui surat
pekeliling dengan disertakan bersama agenda mesyuarat, penyata
tahunan dan penyata kewangan,LIMA HARI sebelum berlangsungnya
mesyuarat.
f. Jika kehadiran tidak mencukupi satu perdua, maka setelah berlalu
masa,Mesyuarat Agung boleh dilaksanakan dengan kehadiran sepuluh
peratus ahli.
g. Agenda Mesyuarat Agung hendaklah ditentukan oleh Ahli
Jawatankuasa Tertinggi DPM. Jika mesyuarat pertama tidak berjaya
maka keputusannya hendaklah dirujuk kepada Setiausaha Agung PMRAM.
h. Mesyuarat Agung hendaklah dipengeri oleh Pengerusi DPM.
i. Keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad dan dikuatkuasakan
selepas keputusan tersebut dibuat.
j. Memilih dua orang Setiausaha Sidang dari kalangan anggota biasa
dan dua orang Juruaudit.
k. Mematuhi penambahan peraturan daripada Badan Pengurus PMRAM.
l. Sepanjang ketiadaan Pengerusi DPM, mesyuarat hendaklah
dipengerusi oleh Timbalan pengerusi, Setiausaha atau Exco terkanan
DPM.
- 1.2 Mesyuarat Agung Tergempar
- a. Pihak AJKT boleh mengadakan
mesyuarat tersebut kerana sesuatu perkara yang difikirkan perlu.
b. Pihak Ahli Jawatankuasa Tertinggi boleh mengadakan mesyuarat
tersebut dengan permohonan bertulis kepada Setiausaha Agung PMRAM
atau Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM.
c. Mesyuarat ini dikira sah apabila dihadiri oleh dua pertiga
daripada anggota.
d. Mesyuarat ini hanya membincangkan satu agenda sahaja berdasarkan
kepada tujuan-tujuan tertentu.
e. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi DPM dan dikuatkuasakan
selepas mesyuarat diadakan.
|
|
|
|
|
Fasal 2 : |
SURUHANJAYA PILIHANRAYA |
|
|
- 1.2 PENGENALAN
- a. Suruhanjaya pilihanraya
ditubuhkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
b. Suruhanjaya Pilihanraya dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga
orang yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
c. Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik hendaklah bukan terdiri
daripada AJKT DPM.
- 2.2 BIDANG TUGAS SURUHANJAYA
PILIHANRAYA
- a. Melaksanakan urusan
pilihanraya.
b. Menyemak daftar pemilih.
c. Menjaga kerahsiaan berkenaan pilihanraya.
d. Menyediakan peraturan khas pilihanraya.
|
|
|
|
|
Fasal 3 : |
PILIHANRAYA |
|
|
- 3.1 Pilihanraya adalah sebahagian
daripada Mesyuarat Agung Tahunan. Pilihanraya adalah pemilihan umum
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi yang
diadakan setahun sekali.
3.2 Tarikh pilihanraya ditentukan oleh Persekutuan Melayu Republik
Arab Mesir.
3.3 Syarat-syarat am pilihnraya
- a. Anggota tetap yang disahkan
keanggotaannya berhak untuk mengundi dan dicalonkan bagi jawatan
AJKT.
b. Anggota Bersekutu hanya berhak untuk mengundi dan tidak boleh
dicalonkan.
c. Setiap pencalonan hendaklah melalui Suruhanjaya Pilihanraya dan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya.
d. Keputusan pilihanraya hendaklah diumumkan di akhir Mesyuarat
Agung Tahunan.
e. Surhanjaya Pilihanraya berhak membatalkan keputusan pilihanraya
apabila berlaku sebarang penyelewengan.
f. Sebarang rayuan dan bantahan berhubung dengan pilihanraya boleh
dibuat atau dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
|
|
|
Lihat bab lain
1|2|...5|
6|7|
8|9|10 |
|