UNDANG-UNDANG TUBUH
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI (DPM)
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)
Pindaan tahun 2000

     
 

BAB TUJUH

 
     
Fasal 1 : PERATURAN UMUM PROGRAM  
     
  a. Setiap program DPM mestilah dimaklumkan kepada pihak PMRAM terlebih dahulu ( s.k )
b. Setiap program atau majlis rasmi mestilah dirasmikan oleh Presiden PMRAM atau ketua Lajnah Muhafazah atau mana-mana wakil Badan Pengurus.
c. Setiap program yang melibatkan selain ahli DPM hendaklah mendapat persetujuan daripada PMRAM.
d. Program yang melibatkan siswi tidak digalakkan diadakan pada waktu malam.
e. Setiap protam Mega yang bersangkutan dengan Pihak Keselamatan Mesir mesti dirujuk dan diluluskan oleh PMRAM.
f. Setiap progaram individu tertentu di DPM, mesti mendapat surat kebenaran dari pihak AJKT melalui Pengerusi DPM.
g. Pihak PMRAM berhak membatalkan mana-mana program atau aktiviti DPM jika difikirkan perlu melalui keputusan mesyuarat Badan Pengurus.
h. Pertermbungan Program Mega PMRAM dengan program DPM, dengan sendirinya membatalkan program DPM.
 
     
Fasal 2 : HUBUNGAN DPM DENGAN BKAN DAN SESAMA DPM.  
     
  a. DPM adalah satu unit di bawah PMRAM, oleh itu setiap hubungan DPM dengan BKAN mestilah melalui PMRAM.
b. Setiap pertembungan program antara BKAN dengan DPM, maka ahli DPM hendaklah mengikut program DPM KECUALI dengan keizinan PMRAM.
c. Badan Kebajikan Anak Negeri tidak dibenarkan membuat sebarang program di DPM kecuali dengan keizinan PMRAM.
d. Setiap perjumpaan Badan Kebajikan Anak Negeri yang menggunakan dewan DPM, BKAN mesti memaklumkan kepada Pengerusi DPM dan Ketua Lajnah Muhafazah tiga hari sebelum dilaksanakan program.
e. Setiap tenaga pengajar individu, majalah, risalah atau apa-apa sahaja yang ingin dihantar ke DPM mesti diluluskan oleh pihak PMRAM atau Pengerusi DPM.
f. Mana-mana DPM yang ingin menggunakan dewan atau markaz DPM yang lain mesti memaklumkan kepada Pengeusi DPM tersebut tiga hari sebelum menggunakannya.
g. Barang-barang jualan kepunyaan individu, persatuan atau apa sahaja yang hendak diletakkan di DPM mestilah mendapat kelulusan daripada Pengerusi DPM.
 
     
Fasal 3 : SYARAT-SYARAT KEPADA PELAWAT-PELAWAT DPM  
     
  3.1 Urusan Pelawat ke DPM
 
a. Segala urusan yang membabitkan pelawat-pelawat ke DPM diuruskan mengikut budi bicara Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM dengan pemakluman kepada PMRAM.

3.2 Dewan / Markaz

a. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
b. Urusan rasmi BKAN yang melibatkan penggunaan dewan / markaz hendaklah melalui surat rasmi kepada Pengerusi DPM dan memaklumkan kepada Ketua Lajnah Muhafazah atau Setiausaha Agung DPM.
c. Sebarang urusan tidak rasmi, tidak dibenarkan menggunakan dewan / markaz DPM kecuali mendapat surat keizinan PMRAM.
d. Setiap program pelawat di DPM mesti dihadiri oleh Pengerusi DPM.
e. Rombongan pelawat VIP mesti diiringi Badan Pengurus PMRAM atau HEWI PMRAM.
 
     
Fasal 4 : PERATURAN UMUM UNTUK AHLI DPM  
     
  a. Sebarang masalah di DPM hendaklah dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM masing-masing.
b. Para mahasiswa tidak digalakkan tinggal satu negeri di dalam sebuah tempat penginapan.
c. Pertemuan yang melibatkan siswi tidak dibenarkan sama sekali KECUALI atas urusan rasmi (persatuan) atau perkara-perkara penting dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi DPM.
d. Pihak DPM digalakkan menyediakan buku pendaftaran keluar masuk muhafazah dan buku pelawat DPM.
 
     
Fasal 5 : PERATURAN KHUSUS SISWI DI DPM  
     
  a. Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam KECUALI dalam keadaan amat perlu dan ditemani oleh siswa.
b. Tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam seorang diri.
c. Tidak dibenarkan rehlah kecuali dalam had yang ditetapkan oleh PMRAM dan dimaklumkan kepada Ketua Lajnah Muhafazah dan Ketua Unit HEWI PMRAM.
d. Program pada waktu malam amat tidak digalakkan kerana kemaslahatan dan keselamatan ahli.
e. Tidak dibenarkan sama sekali menyewa atau mendiami sebuah rumah untuk seorang atau dua orang kepada yang masih belum berumahtangga.
f. Siswi dikehendaki memakai pakaian yang sempurna dan sopan.
g. Siswi hendaklah mematuhi setiap arahan dan nasihat daripada Pengerusi masing-masing dalam menyelesaikan setiap permasalahan dalaman.
h. Ahli bersekutu tidak berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DPM.
 
     
 

BAB LAPAN

 
     
Fasal 1 : PINDAAN UNDANG – UNDANG  
     
  a. Sebarang cadangan pindaan hendaklah di dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPM untuk disemak dan diluluskan oleh mesyuarat Badan Pengurus PMRAM.
b. Mestilah mengemukan usul-usul pindaan tersebut melalui usul bertulis lima hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan DPM dilangsungkan.
 
     
Fasal 2 : PENAFSIRAN UNDANG – UNDANG  
     
  a. Sebarang kesamaran dan kekeliruan yang memerlukan penafsiran, hendaklah dirujuk kepada Badan Pengurus PMRAM.
b. Penafsiran dan keputusan mesyuarat Badan Pengurus PMRAM adalah muktamad.

 
 
 

Lihat bab lain |1| 2|3|4|5| 6|... 9|10

 

| Hakcipta Terpelihara DPMM 2003 |

Menu

Muka Utama
Naik ke atas