UNDANG-UNDANG TUBUH
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI (DPM)
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)
Pindaan tahun 2000

     
  BAB KELIMA  
     
Fasal 1 : STRUKUTUR ORGANISASI  
 
1.1 : PENASIHAT
a. Badan Penasihat ini hendaklah dipilih dalam Mesyuarat AJKT setelah dirujuk kepada Ketua Lajnah Muhafazah.
b. Badan Penasihat mestilah dianggotai oleh Ketua Lajnah Muhafazah dan dua orang sahaja ahli DPM yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM.
c. Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM adalah salah seorang anggota Badan Penasihat bagi DPM Iskandariah dan Mansurah HEWI.
 
1.2 : BIDANG KUASA DAN TUGAS PENASIHAT
a. Memberi tunjuk ajar, pandangan serta bimbingan untukk kepentingan DPM selari dengan tujuan dan matlamat kewujudannya.
b. Menjadi tempat rujukan anggota atau AJKT di dalam menyelesaikan masalah peribadi atau masalah dalaman DPM.
c. Tidak boleh memaksa dan menentukan setiap keputusan penting DPM.
 
     
Fasal 2 : AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)  
 
a. Ahli Jawatankuasa Tertinggi mestilah seramai sebelas orang.
b. AJKT dipilih melalui satu pilihanraya.
c. Setiap sesi berakhir, dua orang AJKT lama hendaklah dikekalkan dan ia ditentukan oleh mesyuarat AJKT lama.
d. Ketua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dipanggil Pengerusi DPM.
e. Penentuan jawatan AJKT hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
f. Struktur DPM adalah seperti berikut :-
i. Pengerusi (Ketua Unit Perhubungan Luar )
ii. Timbalan Pengerusi (Ketua Unit Tugas-Tugas Khas)
iii. Setiausaha
iv. Timbalan Setiausaha (Ketua Unit Kebajikan Dan Sambutan)
v. Bendahari ( Ketua Unit Ekonomi )
vi. Ketua Unit Dakwah
vii. Ketua Unit Pengetahuan dan Persekolahan
viii. Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
ix. Ketua Unit Perumahan
x. Ketua Unit Hal-Ehwal Kemasyarakatan
xi. Ketua Unit Kebudayaan, Keseniaan dan Sukan
 
     
Fasal 3 : TUGAS AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI  
 
3.I : Pengerusi (Unit Perhubungan Luar)
a. Mempengerusikan setiap mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM.
b. Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar.
c. Bertanggungjawab di atas perjalanan DPM dan hubungan dengan pihak keselamatan Mesir.
d. Menggunakan budi bicaranya di dalam memutuskan sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera.
e. Berhak menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Unit.
f. Bertanggungjawab memimpin Unit HEWI serta mengawasi perjalanannya.
g. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.2 Timbalan Pengerusi (Unit Tugas-Tugas Khas)
a. Membantu kerja-kerja pengerusi
b. Memangku jawatan pengerusi sewaktu ketiadaannya
c. Memangku jawatan pengerusi secara langsung semasa perletakan jawatan
d. Bertanggungjawab terhadap seliaant ugasan dan portfolio unit-unit lain dalam DPM
e. Bekerjasama PMRAM.

3.3 Setiausaha Agung
a. Mengendalikan urusan rasmi DPM.
b. Bertanggungjawab di dalam urusan surat menyurat rasmi DPM.
c. Mencatit dan menyimpan minit mesyuarat AJKT.
d. Menyediakan laporan kerja utnuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
e. Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ketika keuzurannya.
f. Menguruskan pendaftaran anggota PMRAM
g. Berkerjasama dengan PMRAM

3.4 Timbalan Setiausaha Agung
      (Ketua Unit Kebajikan dan Sambutan )
a. Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung.
b. Membantu Setiausaha Agung dalam menyediakan laporan kerja untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
c. Memangku jawatan Setiausaha ketiaka keuzurannya.
d. Berusaha memberi khidmat kebajikan bagi DPM masing-masing.
e. Menyambut dan menyediakan makan minum untuk tetamu khas DPM.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.5 Bendahari (Ketua Unit Ekonomi)
a. Bertangunggjawab terhadap perjalanan kedai DPM.
b. Berusaha menambah kewangan DPM.
c. Menyediakan laporan kewangan dan anggaran belanjawan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.6 Ketua Unit Dakwah
a. Menyelaras dan menyelia muzakarah berkelompok DPM.
b. Menyusun dan mengadakan program yang berkaitan dengan hari-hari bersejarah dalam Islam.
c. Mengeluarkan risalah dan makalah yang berkaitan dengan hari-hari kebesaran Islam.
d. Mengadakan nadwah bersiri kepada mahasiswa / wi baru.
e. Menyelenggara program-program pengisian jiwa dan tarbiah.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.7 Ketua Unit Pengetahuan dan Persekolahan
a. Menguruskan setiap permasalahan yang berlaku di imigresen dan kuliah.
b. Membantu meningkatkan akademik ahli-ahli DPM.
c. Mengadakan forum, seminar dan sebagainya untuk meningkatkan thaqafah ahli.
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.8 Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
a. Menerbitkan risalah atau Suara Kampus edisi DPM.
b. Menjadi lidah rasmi DPM.
c. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.9 Ketua Unit Perumahan
a. Mengendalikan perjalanan markaz dan rumah DPM.
b. Berusaha mengatasi masalah penempatan ahli.
c. Menjaga harta benda dan kebersihan markaz.
d. Memberi kemudahan tempat tinggal sementara kepada tetamu-tetamu DPM.
e. Menyediakan rumah atau tempat tinggal untuk mahasiswa baru DPM.
f. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.10 Ketua Unit Hal – Ehwal Kemasyarakatan
a. Menyusun program, aktiviti dan khidmat sosial di kalangan ahli.
b. Menyelenggara dan mengadakan aktiviti dikalangan ahli berkeluarga.
c. Mengatur rehlah dan lawatan berdasarkan ketetapan dan keizinan PMRAM
d. Bekerjasama dengan PMRAM.

3.11 Ketua Unit Kebudayaan, Keseniaan dan Sukan
a. Mengadakan pertandingan – pertandingan sukan untuk ahli – ahli DPM.
b. Menganjurkan aktiviti – aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam untuk ahli – ahli DPM
c. Berkerjasama dengan PMRAM
Setiap anggota dimestikan membayar yuran tahunan DPM mengikut ketetapan DPM masing-masing.
 
     
  BAB KEENAM  
     
Fasal 1 : SUMBER KEWANGAN  
  a. Yuran tahunan dari anggota
b. Sumbangan derma
c. Bantuan dari PMRAM atau kerajaan.
 
     
Fasal 2 : WANG KELUAR  
  Setiap peruntukan atau perbelanjaan DPM yang melebihi 150.00 Pound Mesir hendaklah dengan persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi DPM atau budi bicara Pengerusi DPM sahaja.  
     
 

Lihat bab lain 1|2|3|4|... 7|8|9|10

 
| Hakcipta Terpelihara DPM Mansurah 2003 |

Menu

Muka Utama
Naik ke atas