ARTEROSKLEROSIS

Apabila usia semakin meningkat , arteri kita mula mengeras dan proses ini dikenali sabagai aterosklerosis. Pengerasan nodular arteri berlaku bersama-sama dengan deposit lemak yang dikenali sebagai ateroma pada dinding arteri. Proses ini berlaku perlahan-lahan selama beberapa dekad tetapi menjadi semakin teruk terutama pada orang yang merokok dan orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila mereka mencecah umur lewat 40-an, kebanyakan lelaki akan diganggu dengan penyakit ini. Biasanya perempuan akan bebas daripada keadaan ini semasa waktu kesuburan mereka kerana hormon estrogen mengekalkan kolesterol darah mereka pada tahap yang rendah. Bagaimanapun, selepas menopaus, aterosklerosis akan menyerang dengan cepat.

Penyebab dan Simptom

Arteri yang mengeras adalah kurang elastik dan tidak dapat mengendur dengan mudah, tekanan darah meningkat dan akhirnya aliran darah ke bahagian tisu akan terganggu. Jika arteri koronari diganggu dengan teruk, kita akan mengalami sakit dada bersama-sama dengan angina dan pelbagai jenis penyakit jantung yang lain.

    Kebanyakan serangan jantung dan strok dalam kalangan warga tua adalah disebabkan oleh aterosklerosis. Hal ini adalah disebabkan oleh akumulasi lipoprotein berdensiti rendah (LDL), iaitu lipoprotein yang mengangkut kolesterol dalam darah. Makrofaj adalah sel yang membersihkan debris selular. Biasanya ia tidak menyerang LDL, tetapi apabila LDL dioksidasikan, makrofaj akan mengikat dengan kolesterol untuk membentuk jaluran lemak pada dinding arteri.

    Kebanyakan jaluran lemak ini hilang mengikut peredaran masa, bagaimanapun terdapat juga jaluran lemak yang bertukar menjadi pertumbuhan berfiber atau plak. Biasanya ia disebabkan oleh kematian makrofaj dalam jaluran lemak ini. Makrofaj yang mati mengeluarkan isyarat kimia akibat pembentukan parut pada dinding arteri.

    Tahap LDL darah yang tinggi akan mempercepatkan pembentukan jaluran lemak, tetapi tahap lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) dalam darah akan membantut pembentukan tersebut. HDL membantu menyingkirkan kolesterol daripada jaluran lemak dan membawanya balik ke hati.

Tip rawatan:

Memperbanyakkan

       

  Salmon                           Tuna                                           Sardin

      Mengelakkan

Kekalkan Kesihatan Arteri

Hentikan tabiat merokok dan elakkan daripada makanan yang dapat meingkatkan LDL darah dapat membantu mencegah aterosklerosis. Ini adalah penting untuk menghadkan lemak tepu seperti produk tenusu dan daging berlemak, serta makanan seperti telur yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Elakkan daripada meminum kopi yang banyak kerana ini akan menyumbang ke arah peningkatan tahap kolesterol darah. Peningkatan ini pernah dikaitkan dengan kandungan kafein kopi pada masa dahulu, tetapi kini ia dikait dengan kandungan kahweol dan cafestol yang terdapat dalam minyak kopi yang didapati dapat meningkatkan kolesterol darah. 

    Diet yang rendah kandungan lemak polysaturated dan monosaturated, buah-buahan segar dan sayur-sayuran mambantu mengurangkan keterukan aterosklerosis. Terdapat satu teori yang mengemukakan idea bahawa antioksidan semulajadi yang hadir dalam sayur-sayuran dapat mencegah penyakit ini kerana mereka mencegah pengoksidaan LDL. Walaupun penggunaan drug dapat memberikan hasil yang memberangsangkan, ia juga akan menghasilkan kesan-kesan sampingan termasuk depresi dan adakala boleh menyebabkan kecenderungan membunuh diri.

    Selain itu, terdapat juga teori yang mencadangkan bahawa dengan memakan banyak ikan berminyak seperti mackerel, herring, salmon, sardin, trout dan tuna segar adalah amat bermanfaat kerana kandungan asid lemak omega-3 dapat mencegah penebalan dinding arteri. Terdapat juga kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi kandungan lemak asid omega-3 dapat meningkatkan elastisiti arteri dengan itu membolehkan pengenduran arteri.

    Walaupun pengambilan alkohol yang berlebihan patut dielakkan, dengan minum segelas wain atau alkohol semasa perayaan ada manfaat di sebaliknya. Ini akan meningkatkan tahap HDL di dalam darah dan ekoran daripada itu mencegah pembentukan aterosklerosis. Bagaimanapun, dengan melakukan senaman dari semasa ke semasa akan memberikan perlindungan yang sangat baik.