MENOPAUS

Masa seseorang wanita berhenti ovulasi dikenali sebagai menopaus. Biasanya ia mula berlaku pada lingkungan umur 45 hingga 55 tahun. Untuk sesetengah wanita, mereka akan mengalami hot flushed, berpeluh pada sebelah malam, perubahan emosi (mood swing) dan depresi ketika menopaus.

    Sesetengah simptom ini adalah disebabkan perubahan hormon secara mendadak atau ketidakseimbangan hormon. Keadaan ini meningkatkan risiko kaum menopaus untuk mendapat penyakit jantung dan osteoporosis. Terapi penggantian hormon (HRT) boleh melawan simptom-simptom menopaus yang tidak diingini itu, justeru mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis jika terapi ini diikut untuk satu tempoh yang panjang. Bagaimanapun, HRT boleh meningkatkan risiko kanser payu dara  dan ia bukanlah sesuai untuk semua wanita menopaus.. Walaupun diet dapat membantu, tetapi hubungan di antara diet dan kelegaan simptom masih tidak dapat dibuktikan.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  

susu                                                alfalfa

Mengelakkan

     Elakkan pengambilan alkohol

 Bagaimanapun, keperluan terhadap ferum berkurang memandangkan wanita menopaus tidak lagi kehilangan darah melalui haid. Namun, wanita masih perlukan kalsium untuk mengurangkan masalah kehilangan densiti tulang. Sesetengah pakar menyatakan bahawa wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari.

    Sumber diet yang paling baik untuk mendapatkan kalsium adalah melalui produk tenusu dan sayur-sayuran hijau. Untuk menyerap kalsium dengan efektif, badan kita memerlukan vitamin D. Ikan berminyak membekalkan sumber vitamin D yang tinggi untuk membantu penyerapan kalsium oleh badan. Elakkan daripada pemakanan kulit bijirin mentah yang akan menghalang penyerapan kalsium, kurangkan pengambilan kopi dan teh kerana ia akan menyebabkan ekskresi kalsium dengan lebih cepat.

    Ramai wanita yang semakin berat ketika menopaus. Peningkatan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan paras kolesterol darah meningkat lalu mengakibatkan risiko penyakit jantung. Untuk mengawal berat badan dan paras kolesterol, pilihlah makanan yang rendah kandungan lemaknya dan jangan minum terlalu banyak alkohol.

    Kajian baru-baru ini telah menyiasat kemungkinan bahan dalam tumbuhan yang disebut sebagai fitoestrogen yang mungkin dapat mengurangkan simptom hot flushes ketika menopaus. Fitoestrogen yang mimik kepada estrogen wanita dijumpai dalam kebanyakan makanan terutamanya dalam kacang soya dan alfalfa.