PSORIASIS

    Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan dengan kulit bersisik yang gatal dan kemerahan, biasanya pada kawasan siku, lutut dan kulit kepala. Psoriasis berlaku apabila kadar pembahagian sel kulit melebihi kadar penanggalan sel kulit mati. Pesakit psoriasis juga didapati mengalami masalah metabolisme vitamin D.

    Keadaan psoriasis boleh dibaiki atau diburukkan oleh makanan. Ikan berminyak dapat melegakan sesetengah simptom psoriasis kerana mengandungi asid lemak omega-3 yang mempunyai kesan anti-inflamasi, dan kuantiti besar vitamin D. Pengambilan organ haiwan perlu dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi asid arakidonik yang ditukarkan dalam badan ke prostaglandin pro-inflamasi yang memburukkan keadaan psoriasis. Alkohol pula merupakan vasodilator yang meningkatkan aliran darah ke kulit menyebabkan kulit menjadi merah dan panas. Ini memburukkan lagi masalah kegatalan kulit dalam psoriasis.

Tip rawatan:

Memperbanyakkan

                          

Herring                                                        Salmon

Mengurangkan

  Kurangkan pemakanan rempah