SISTITIS

Beribu-ribu wanita (dan segelintir lelaki) menderita akibat sistitis. Ini merupakan jangkitan yang menyebabkan kita membuang air kencing dengan kerap, tetapi dengan amaun yang amat sedikit, malahan perbuatan membuang air kencing menyebabkan kesakitan dan rasa terbakar.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

              Jus buah-buahan

Mengurangkan

   

Kurangkan pengambilan minuman ringan dan makanan pedas

    Peraturan diet yang paling penting untuk pesakit sistitis adalah dengan meminum banyak air- sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari, untuk mencairkan urin. Ini akan mengurangkan asiditi urin dengan itu mengurangkan rasa sakit ketika membuang air kencing. Medikasi seperti potassium citrate turut boleh meneutralkan urin.

    Sesetengah pesakit sistitis mendapati teh, kopi, minuman ringan, makanan yng pedas akan menerukkan keadaan mereka.

    Jus kranberi boleh mencegah culprit bacterium, E.coli daripada melekat pada dinding trek urinari, dengan itu melindungi kita daripada jangkitan.  Di USA, Sekolah Perubatan Harvard telah menjalankan satu kajian selama 6 bulan terhadap153 wanita tua, yang akhirnya berpendapat bahawa segelas jus kranberi dapat melegakan simptom dengan amat berkesan.

    Pesakit UTI sepatutnya mendapat nasihat  daripada pakar kerana jika keadaan ini tidak dirawat, penyakit ini mungkin berubah menjadi  jangkitan renal yang amat berbahaya.