VENA VARICOSE

Vena varicose biasanya terjadi pada kaki. Kerosakan injap vena menyebabkan pengumpulan darah dalam vena. Ini mengakibatkan dinding vena diregang sehingga kehilangan elastisiti dan tidak dapat menguncup kembali ke bentuk asal. Ulser varicose boleh berlaku apabila terdapat luka pada vena varicose dan berlakunya kebocoran darah. Ulser varicose memerlukan rawatan selama beberapa bulan hingga tahun untuk sembuh.

    Vena varicose lebih cenderung berlaku dalam perempuan. Masalah ini boleh berlaku semasa kehamilan di mana terdapat pengurangan aliran darah dari kaki ke jantung. Masa berdiri yang panjang dan obesiti juga meningkatkan risiko terhadap vena varicose.

    Pengamalan diet yang sesuai dan senaman dapat membantu mencegah vena varicose. Diet yang kaya dengan fiber dapat mengelakkan sembelit dan ini dapat mengurangkan risiko terhadap vena varicose. Selain itu, bioflavonoid dikatakan dapat mencegah atau merawat vena varicose.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

  

Banyak memakan salad dan avocado

Mengurangkan

  Kek