Gunung Kinabalu   

   Gunung Kinabalu terletak di banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Sabah. Gunung ini mempunyai ketinggian 4093.4 meter dan ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan ketiga di Asia Tenggara. Secara keseluruhannya, permukaan gunung ini adalah berbatu-batu.

   Untuk sampai ke kaki gunung, pendaki (terutama dari Semenanjung Malaysia) boleh menggunakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari KLIA. Dari Kota Kinabalu, naik bas ke Kinabalu Park. Bas akan bertolak pada pukul 7.30 pagi setiap hari dan tiba di Headquarters dalam masa 2 jam. Kaki gunung ini terletak di PublicWorks Department's Power Station, Taman Kinabalu iaitu sejauh 4 kilometer dari Headquarters. Semasa di Headquarters pendaki perlu merekodkan butir peribadi dan mendapatkan pemandu arah (guider).

Kinabalu Park Headquarters

   Pendaki seharusnya menempah pemandu dalam masa sebulan sebelum mendaki. Mendirikan khemah tidak dibenarkan di Gunung Kinabalu. Pendaki disediakan hostel yang dilengkapi dengan kantin dan kemudahan lain. Hostel ini terletak di kaki gunung dan satu lagi di Panar Laban (3341 meter). Pendaki yang ingin mendaki gunung ini dikehendaki membayar RM10 untuk penginapan di kaki gunung dan RM25 untuk penginapan di Panar Laban. Selain itu pendaki perlu membayar RM27 untuk permit mendaki dan insurans.

   Pendakian dari Panar Laban bermula lebih kurang pukul 3:00 pagi keesokan harinya. Anda dijangka tiba di puncak dalam masa 2-3 jam.

 

                Antara pemandangan yang boleh dilihat di Gunung Kinabalu

 

Kembali


Informasi Gunung | Peta Lokasi | Kelengkapan | Teknik Mendaki | Tips | Galeri | Buku Tamu