Gunung Korbu Gunung Korbu terletak di tulang belakang Semenanjung Malaysia iaitu di Banjaran Titiwangsa. Tinggi gunung ini adalah 2183 meter dimana ia juga adalah gunung ke-2 tertinggi di Malaysia selepas G. Tahan (2187 meter). Ia juga digolongkan dalam kumpulan G7 iaitu gunung yang melebihi 7000 kaki . Puncak G. Korbu boleh di lihat dari Ipoh, Tg. Rambutan, Ulu Kinta dan Chemor. Terdapat 2 trek untuk ke puncak Gunung Korbu. Trek pertama bermula dari National Stud Farm, Tanjung Rambutan. Kemudian anda akan melalui Kampung Tonggang (perkampungan orang asli) ke kaki gunung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD). Trek kedua adalah dari Intake, Ulu Kinta melalui Kampung Termin. Gunung Gayong dilihat dari puncak Gunung Korbu Apabila
sampai ke Gunung Korbu anda mempunyai pilihan untuk ke Gunung Gayong keesokan
harinya. Perjalanan dari puncak Gunung Korbu ke puncak Gunung Gayong adalah
2 jam sahaja (tanpa membawa beban). Gunung Gayong boleh dilihat dengan
jelas dari puncak Gunung Korbu kerana kedudukannya kedua-dua gunung ini
bersebelahan. |
|
Informasi Gunung | Peta Lokasi | Kelengkapan | Teknik Mendaki | Tips | Galeri | Buku Tamu |