Gunung Tahan Gunung ini terletak di Taman Negara. Ketinggiannya adalah 2187 meter dan menjadikannya gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan kedua tertinggi di Malaysia. Terdapat dua laluan untuk sampai ke puncaknya. Pertama melalui Merapoh dan laluan kedua melalui Kuala Tahan. Laluan Merapoh lebih mudah berbanding laluan Kuala Tahan. Jika anda mendaki bermula dari Merapoh, jangkamasa untuk sampai ke puncak adalah 3 hari manakala 7 hari perlu dihabiskan jika melalui Kuala Tahan. Namun jika pendaki yang ingin lebih cabaran anda boleh menggunakan laluan Kuala Tahan. Jaraknya yang lebih jauh dan keadaan bukit bukau yang menyukarkan. Jika diukur secara mendatar, jarak dari Merapoh ke puncak adalah 77 km manakala dari Kuala Tahan adalah 110 km. Jika anda melalui trek Merapoh anda akan menempuhi beberapa batang sungai. Anda perlu berhati-hati apabila melalui sungai ini terutama sungai yang mempunyai aliran yang deras. Antara sungai-sungai yang perlu diseberangi. Untuk mendaki Gunung Tahan anda boleh mendaftar di Taman Negara Resort, Kuala Tahan. Pemandu arah adalah di wajibkan. Bayaran untuk pemandu adalah RM500 untuk seminggu dan RM50 sehari untuk hari-hari berikutnya. Perlu diingatkan kepada pendaki bahawa anda perlu menunjukkan barang-barang yang dibawa termasuk pakaian,beg-beg plastik, botol air dan sebagainya. Barang-barang ini akan direkod dan anda perlu menunjukkan semula apabila anda turun dari gunung ini. Kegagalan anda menunjukkan barang seperti yang direkod akan di denda. Oleh itu pendaki dinasihatkan membawa pulang apa yang dibawa. |
|
Informasi Gunung | Peta Lokasi | Kelengkapan | Teknik Mendaki | Tips | Galeri | Buku Tamu |