.

 

KURSUS KUASA MINDA & TENAGA DALAM

 

KUASA MINDA

Kuasa Minda sememangnya telah dimiliki oleh semua orang sejak dilahirkan lagi, cuma kerana tidak dilatih dan tidak digunakan dengan cara yang sebenarnya maka ramai yang tidak menyedari akan kewujudannya. Oleh kerana tidak ada satu dorongan atau tunjuk ajar, maka ianya berfungsi dengan sendiri hanya pada ketika dan waktu yang tidak dijangkakan. Anda boleh merenung dan mengimbas kembali kejadian-kejadian yang mungkin pernah berlaku pada diri anda dan anda menganggapnya sebagai satu kebetulan. Contohnya anda pernah berfikir untuk bertemu dengan rakan yang telah lama terpisah dan langsung terputus hubungan dengannya, maka dalam masa yang terdekat secara tiba-tiba dan tidak dijangkakan anda telah bertemu dengannya secara tidak sengaja. Bagaimana ianya terjadi???

 

Kursus ini amat sesuai untuk diikuti oleh para pelajar, suri rumah, pekerja pejabat yang sentiasa menghadapi tekanan, ahli perniagaan dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemampuan kuasa minda yang dimiliki.

 

Antara faedah yang akan diperolehi oleh setiap peserta kursus adalah:

 

  1. Menguatkan daya ingatan
  2. Menghilangkan rasa stress
  3. Merawat penyakit migraine
  4. Mendapatkan ilham
  5. Menarik dan membuka sumber kekayaan
  6. Merawat penyakit kronik yang dihidapi
  7. Mengurangkan berat badan
  8. Meningkatkan karisma diri
  9. Memancarkan aura pengasih, seri wajah, penarik dan pelaris perniagaan
  10. Menjadikan impian satu kenyataan

 

 

MOHD RUSHDI

Operator Kilang, Sg.Petani, Kedah

 

 “Saya amat berpuas hati dengan ilmu kuasa minda yang dipelajari dari PERGURUAN GERAK ALAM PENDETA. Dulu saya adalah seorang yang tiada keyakinan diri, malu untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, takut dan rendah diri. Kini saya dapat menguruskan pekerjaan saya dengan lebih teratur dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Malah kini saya lebih yakin pada diri sendiri dan tiada lagi perasaan-perasaan negatif yang mengganggu kualiti hidup saya.”

 

 

 

TENAGA DALAM

Tenaga Dalam dan Kuasa Minda adalah perkara yang berbeza dan langsung tidak mempunyai persamaan antara keduanya. Tenaga dalam juga tidaklah sama dengan ilmu kebatinan. Walaupun begitu, Tenaga Dalam dan Kuasa Minda merupakan keilmuan yang perlu dipadukan bersama untuk mendapat hasil yang lebih sempurna. Kuasa Minda boleh diibaratkan sebagai pendorong kepada terhasilnya Tenaga Dalam. Oleh yang demikian, dalam Perguruan Gerak Alam Pendeta kedua-dua ilmu ini diajarkan bersama agar penuntut akan lebih mudah memahami dan mendapat hasil yang maksimum ketika mempraktikkannya.

 

Persoalan dan jawapan mengenai tenaga dalam:

 

Apa itu tenaga dalam?

Tenaga dalam atau “inner power” sememangnya telah sedia ada dalam diri setiap manusia sejak dilahirkan lagi. Tenaga yang wujud itu boleh menghasilkan sesuatu yang mustahil pada logic pemikiran manusia biasa, hanya melalui pengalaman sahaja ianya dapat dibuktikan. Walau bagaimanapun tenaga tersebut semakin hari semakin terpendam kerana ianya tidak dimanafaatkan secara keseluruhannya.

 

Bagaimana membuktikan kewujudannya?

Siapa yang boleh menggunakannya?

Apakah faedah mempelajari dan mengamalkan tenaga dalam?

 

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

 

MOHAMAD ZAKI

0164075439 / 0194227488

REGISTERED REIKI MASTER / GRA (USA)

USUI REIKI MASTER (AUSTRALIA)

SEICHIM MASTER (USA)

 

 

 

 

 

KURSUS AURA REIKI PERCUMA | KUASA MINDA & TENAGA DALAM

BARANGAN HIKMAH | RAWATAN JARAK JAUH

 

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA