SYAHID? / TONGKAT KUASA / BILA 2 AIR BERTEMU
1 Rejab 1427H / 25 Ogos 2006

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami


Katalog : #08
Kod Pesanan : AA232-233-234
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


SYAHID?

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Syahid - Tak Menyerah Kalah oleh Ust Shamsuri Ahmad

Kitab Bahrul Mazi Jilid 8 mukasurat 7. Tajuk "Syahid - Tak Menyerah Kalah" ini menjelaskan siapa yang dikatakan "Syahid". Terdapat 5 macam atau kategori yang dikatakan "Syahid". Siapakah di dalam golongan kategori ini?


Bagaimanakah yang dikatakan "Syahid Dunia"? Dan bagaimanakah yang dikategorikan sebagai "Syahid Akhirat"?


Al Ustaz Shamsuri Hj Ahmad juga membawa hadis nabi yang menerangkan bahawa "penyakit wabak" itu sebagai AZAB kepada umat-umat terdahulu. Walau bagaimana pun, "penyakit wabak" ini pula dikatakan sebagai RAHMAT kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan syarat bersabar menghadapinya.


Bala apakah yang ditimpa ke atas Bani Israel dulu?


Apakah benar "Quarantine" adalah selaras dengan ajaran Islam?


Di dalam kitab Syarahan Muslim karangan Imam Tarmizi ada menyatakan berkaitan umat nabi Muhammad s.a.w yang menghadapi wabak taun adalah dikira sebagai "Syahid Akhirat" dengan syarat, beliau sabar semasa menghadapinya.



TONGKAT KUASA

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Tongkat Kuasa - Tiga Nabi Sezaman oleh Ust Shamsuri Ahmad

Kaset AA233 bertajuk "Tongkat Kuasa" ini menggunakan Kitab Nurul Ehsan Jilid 3 mukasurat 98 sambungan kisah Nabi Musa a.s. yang menampar tukang masak Firaun, yang berbangsa Qibti lalu mati. Kuliah ini adalah kuliah tafsir Surah Al-Qasas ayat 22. "Qasas" di dalam bahasa arab bermakna cerita-cerita atau kisah-kisah.


(Kuliah ini adalah sambungan kuliah bertajuk "Tukang Masak Boleh Duit - Katalog 07" yang lalu).


Kisah Nabi Musa larikan diri ke Negeri Madian, kampung Nabi Shuib a.s dan negeri Madian ini adalah bukan tanah jajahan takluk Firaun pada waktu itu.


Apakah doa yang diucapkan oleh baginda semasa di dalam perjalanan ke Negeri Madian? Bagaimana dan apakah yang berlaku semasa sampai ke Negeri Madian itu? Bagaimana Nabi Musa a.s mengadu kepada Allah selepas sahaja tiba di Negeri Madian itu?


Benarkah Nabi Musa a.s mengangkat tudung batu seorang diri? Tudung batu tersebut hanya boleh diangkat oleh lebih 10 orang lelaki.


Apakah pertanyaan yang diajukan oleh Nabi Shuib dan anak-anaknya? Mengapakah Nabi Musa as tidak mengambil upah dari Nabi Shuib? Apakah cadangan dan alasan yang diberikan oleh anak-anak Nabi Shuib kepada bapanya?


Tongkat Kuasa apakah yang diserahkan oleh Nabi Shuib kepada Nabi Musa a.s?


Untuk mengetahui kisah seterusnya, sila dapat kaset kuliah di atas sehingga stok masih ada. Insya Allah.



BILA 2 AIR BERTEMU

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Bila Dua Air Bertemu - Soalan Cepumas oleh Ust Shamsuri Ahmad

Tajuk "Bila 2 Air Bertemu" Nurul Ehsan Jilid 1 mukasurat 125. Tafsir Surah Ali-Imran Ayat 90.


Kisah bagaimana kaum Yahudi ini menjadi kafir. Kaum Yahudi ini pernah beriman dengan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.


Kitab Taurat dan Injil juga telah memperkatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun Kaum Yahudi ini masih tidak mahu menerima kehadiran baginda apabila sampai waktunya.


Apakah Makam Ibrahim dan keistemewanya? Apakah fadhilat beribadat di Mekah?


Apakah harga atau nilai sebuah hidayah atau iman ini?


Kuliah ini juga menerangkan bagaimana Allah sahaja yang boleh bersifat takabur. Bagaimana penjelasannya?


Seseorang manusia itu tidak dapat kebaikan melainkan dia sedekah barang yang paling ia sayang. Yakni berkorban kebendaan sehingga berkorban nyawa demi Islam!!


Sekumpulan Yahudi berjumpa Rasulullah dan bertanya 5 soalan pada Rasulullah.


Apakah benar cerita Nabi Yaakub tidak makan daging unta? Apakah muslihat Puak Yahudi yang mendakwa cerita ini?



Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.