 |
 |
 |
Katalog : #12 Kod Pesanan : AA244-245-246
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.
MALAM JUMAAT DATUK L
Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Kuliah pada kali ini dimulai dengan mukadimah sebuah hadis sahih yang berkaitan dengan harta pesaka, berkait dengan hukum menggantikan hutang puasa, hutang haji dan hutang-hutang lain dengan Allah.
Mukadimah ini juga disusuli dengan sebuah hadis dari An-Nuqman.
Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini diteruskan, dengan persoalan bagaimana adab-adab seseorang lelaki ingin meminang seseorang anak gadis? Apakah kriteria yang perlu diperhatikan ketika pemilihan dibuat. Apakah rahsia pada air muka bakal menantu? Jenis bagaimana akhlaknya?
Seterusnya kuliah membincangkan Imam As-Shafie amat suka jika mayat diuruskan dan dikebumikan dengan cepat seperti mana dicatat oleh beliau di dalam kitab Al-Uum. Bagaimana pula untuk mengesahkan bahawa seseorang itu telah meninggal dunia? Apakah kita perlu terus mengkebumikan jenazah tersebut tanpa membuat usul periksa?
Imam As-Shafie juga memberi garis panduan yang perlu diikuti untuk mempastikan seseorang yang baru meninggal dunia disahkan kematiannya sebelum diuruskan. Bagaimana dengan ulasan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad?
Bab : Sholat Jenazah
Oleh kerana terdapat banyak perbahasan di dalam bab ini, timbul banyak kekhilafan di dalam perkara sholat jenazah. Lalu bab ini mengemukakan hadis sunnan At-Tarmizi yang menerangkan bagaimana nabi mendirikan sholat jenazah.
Di kuliah ini juga, terdapat penjelasan berkaitan taraf sesebuah hadis gharib. Ini adalah penting untuk mengelakkan pertengkaran atau perbalahan dalam masyarakat, dengan ilmu yang cetak, berkaitan dengan taraf-taraf sesebuah hadis.
Bab : Hutang
Bab seterusnya adalah perihal hutang dan berhutang.
Apakah benar roh orang-orang mukmin tergantung kerana hutang-hutangnya? Apakah sandaran hadis perihal ini dan apakah penjelasannya?
Sama-samalah mendengar dan mengambil iktibar setelah mendengar kuliah selama lebih kurang sejam ini.
Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar
sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ustaz Shamsuri Hj Ahmad sendiri. Insya Allah
KISAH KHORUN
Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Kuliah ini adalah kuliah tafsir kitab Nurul Ehsan Jilid 3 yakni tafsir Surah Al-Qasas Ayat 70.
Ia dimulai dengan kisah tanda-tanda hari qiamat menjelang tiba. Salah satu tanda hari qiamat ialah malam akan menjadi sangat panjang dan matahari akan naik di sebelah barat. Bumi di sebelah lagi akan menjadi siang yang sangat panjang juga. Perkara ini akan hanya disedari oleh ahli tahjud yang selalu sholat malam. Ia sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya adalah menjadi rahmat Allah menjadikan siang dan malam. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah tanda-tanda supaya manusia bershukur.
Kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad ini menerangkan bahawa Nabi saw akan menjadi saksi keimanan kita nanti hanya jikalau kita beriman padanya. Bagaimana Nabi saw akan kenal pada kita padahal kita tidak pernah berjumpa? Dengarkanlah penjelasan di dalam kuliah ini.
Seterusnya, kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad ini menafsirkan berkaitan dengan Khorun. Siapakah Khorun ini? Apakah benar ia adalah sepupu kepada Nabi Musa as? Apakah masalah beliau yang sebenarnya? Apakah benar dia adalah salah seorang daripada 70 orang mula-mula beriman dengan Nabi Musa as? Apakah benar Khorun ini adalah seorang ahli kimia yang bijaksana? Ilmu ini dipelajari berasal dari Nabi Musa as.
Ustaz Shamsuri Hj Ahmad juga menerangkan penyakit hati yang bahaya iaitu ego dan sombong yang berpunca dari kekayaan harta dan juga penyakit hasad dengki irihati. Istidraj adalah kemulian atau kelebihan yang membawa kemudratan atau kerosakan diri. Ia adalah suatu ujian yang Allah beri bukan untuk tujuan mendapat kemuliaan.
Sesungguhnya Rasullulah saw mengajar pada para sahabat baginda dan juga umatnya mempunyai bahagian di dunia dan akhirat. Bagaimana penjelasan mengenainya?
Untuk mendapat jawapan diatas, ikutilah kuliah kaset Ustaz Shamsuri Hj Ahmad siri kali ini. InsyaAllah, persoalan-persoalan di atas akan terurai.
INGAT GIRLFRIEND
Oleh Al Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 mukasurat 172 iaitu bab yang menyatakan amalan biarlah bersembunyi. Ini berdasarkan sebuah hadis.
Kisah seorang Badwi yang tidak sabar-sabar untuk bertanyakan kepada Rasulullah saw berkaitan bilakan qiamat. Tatkala itu, Nabi saw sedang bersiap sedia untuk menjadi imam. Apakah yang terjadi seterusnya? Apa yang dijawap oleh orang yang bertanya? Apakah penjelasan dari Nabi?
Apa gunanya bertanya bila qiamat daripada bertanya apakah persediaan kita menghadapi hari qiamat.
Ustaz Shamsuri Hj Ahmad menjelaskan adab-adab bertanya. Kalau nak bertanya untuk menunjuk pandai dan untuk menunjuk berani adalah tidak perlu. Bertanyalah persoalan yang perlu dan mendatang manafaat pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat umum. Mengapa perlu begini?
Seterusnya Ustaz Shamsuri Hj Ahmad meneruskan pengajian dengan bab yang berkaitan amalan yang ikhlas.
Kes pertama adalah perbincangan berkaitan terbatal pahala amalan seseorang itu apabila niat dihatinya terdapat riak iaitu hendak menunjuk-nunjuk. Apakah yang dikatakan riak tersebut?
Kes kedua adalah perbincangan berkaitan seseorang itu menyuruh orang lain ikut perintah Allah dan kerana Allah. Allah sahaja yang mengetahui apa yang niat oleh orang tersebut.
Seterusnya juga Ustaz Shamsuri Hj Ahmad meneruskan pengajian yang berkaitan sebuah hadis yang menyatakan seseorang itu akan bersama-sama di syurga dengan orang yang disukai atau dikasihi atau disayanginya semasa di dunia.
Sekiranya beliau kasih akan hartanya, hatinya akan teringat harta dunia. Jikalau sekiranya, beliau teringat atau kasih "girlfriend"nya, hatinya akan teringat akan "girlfriend" tersebut. Marilah kita bersama-sama mendengar hadis tersebut dan penjelasannya.
Seterusnya Ustaz Shamsuri Hj Ahmad meneruskan pengajian dengan tajuk yang berkaitan berbaik sangka pada Allah. Terdapat sebuah kisah seorang Muslim yang mencabar Allah. Apakah cabaran tersebut? Mengapakah orang tersebut tidak berpuashati pada Allah? Apa yang berlaku seterusnya?
Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar
sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad sendiri.
Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.
Bagaimana Untuk Membuat Pesanan
Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-
Pertama, tentukan "Kod Pesanan" dan harganya.
Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan jumlah harganya ialah RM20.00
Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :
Akaun Sdr Razman Abd Manan
Bank Islam : 12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
Muamalat : 1401-0020705-72-6
Maybank2U : 114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )
ATAU
Akaun Sdr Azha Abu Hasan
Bank Islam : 12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
Maybank2U : 114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )
Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :
Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau
Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180
atau
email ke : KasetAgama@gmail.com
dengan memaklumkan :
i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.
PENGHANTARAN
Penghantaran akan menggunakan
POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah.
Sekian terima kasih.
|
 |
 |
Kaedah Pembayaran Menggunakan Internet Banking.
berikut :-
|
Ruangan Iklan :

|
 |
 |